Tuesday, March 29, 2011

Usrah Tonggak Tarbiyah

Manhaj perubahan sebenarnya bermula dengan pembentukan jiwa yang : Tunduk, Takut, Khusyu’
kepada Allah swt. 

Manhaj ini ialah suatu unsur yang tidak akan berubah di dalam sesebuah organisasi yang mantap dan ianya bukanlah suatu taktik seperti yang disangka oleh sebahagian manusia. Bahkan manhaj ini merupakan prinsip akhlak dan agama yang tetap selama-lamanya. 

Sesungguhnya Allah swt mewariskan bumi ini kepada mereka yang ia kehendaki. Maka prinsip ini akan menolak segala bentuk pendekatan yang bersifat keganasan. 

Kita berpegang teguh bahawa tarbiyah sebagai jalan yang tiada pilihan lain selain darinya. Ianya merupakan manhaj yang : Bijaksana, Disiplin, Teguh.

Dakwah yang kita bawa pula dikawal dengan hikmah dan nasihat yang baik serta tidak ada unsur-unsur paksaan, kekerasan dan desakan yang melampau.

Dakwah ini berdiri di atas kekuatan hujah dan syiarnya berdasarkan firman Allah swt :
“Dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik.” (Al Baqarah : 83)

Penegaknya pula adalah sebagaimana kata-kata Saidina Ali ra :
"Sesiapa yang lembut kata-katanya, wajiblah mahabbahNya".

Tarbiyah Islamiyah yang kita jalani adalah berasaskan Al-Quran dan As Sunnah melalui pelbagai wasilah sehingga mampu merubah individu yang sekadar bercakap menjadi individu yang beramal.

Syiarnya ialah :

"Kenalilah Tuhanmu, perbaikilah dirimu dan serulah orang lain. Tegakkan daulah Islam dalam hatimu, niscaya ia akan tertegak di atas muka bumi".

Tarbiyah ini mempunyai beberapa ciri :

a. Bersifat rabbani.
b. Mempunyai asas yang tetap.
c. Bertepatan dengan fitrah.
d. Merangkumi seluruh aspek kehidupan secara seimbang.
e. Menyatupadukan tenaga-tenaga manusia.
f. Optimis, positif dan praktikal yang dibangunkan di atas asas aqidah, ibadat dan

syariah.

Semua ciri-ciri di atas diperlukan dalam rangka untuk mencapai kemuliaan insan bagi menegakkan semula tamadun Islam.

Daripada asas di atas, maka dibentuk pula keluarga Islam, kemudian masyarakat Islam dan seterusnya kerajaan Islam.

Oleh sebab itu, tarbiyah secara perlahan-lahan menjadi antara unsur yang tetap agar kita akan memperolehi individu muslim sebagai titik tolak perubahan sebagaimana yang ditunjukkan oleh manhaj Rasulullah saw.

Maka, mengikut Imam Hasan Al Banna, wasilah untuk melaksanakan tarbiyah sebegitu rupa ialah usrah.

Jadi usrah merupakan suatu unsur yang tetap di mana di dalam usrah berlakunya :

Ta’aruf.
Tafaahum.
Takaaful.

Pembetulan mana-mana kesilapan daripada sudut kefahaman atau amal akan dilakukan di dalam usrah. Oleh yang demikian, di dalam usrah, kefahaman akan diperdalamkan lagi.

Usrah juga menjadi sebagai wasilah bagi melaksanakan tuntutan ukhuwah. Melaluinya akan kelihatan :

Potensi.
Kepimpinan.

Di dalamnya, setiap peserta akan dilatih untuk mengenali unsur yang tetap dan unsur yang berubah.

Seterusnya, usrah akan mampu memperkasakan intima' (penggabungan dengan Islam dan organisasi).

Institusi ini dinamakan usrah kerana mengandungi pengertian :

Ketenangan.
Kasih sayang.
Rahmat.

Ketuanya dinamakan ‘naqib’ sebagai mengikuti tindakan Rasulullah saw dalam Bai’ah Aqabah yang kedua selepas kepulangan Mus'ab bin Umair dari Madinah bersama tujuh puluh tiga (73) orang lelaki dan dua (2) orang perempuan.

Apabila selesai berbai’ah, Rasulullah saw meminta mereka memilih dua belas orang di kalangan

mereka sebagai ‘naqib’. Alangkah bijaknya tindakan Rasulullah saw itu.

Kajian pendidikan moden telah membuktikan bahawa semakin sedikit bilangan pelajar, semakin kuat pengaruh ‘murabbi’ dan tarbiyah akan terus diperkuatkan dengan ‘qudwah’ dan kebersamaan.

Oleh kerana usrah merupakan batu bata asas kepada organisasi, ketuanya mempunyai hak untuk

Mengarah.
Mentarbiyah.
Ditaati.

Pimpinan bertanggungjawab untuk :

Menentukan objektif.
Menetapkan wasilah.
Menggariskan tahap-tahap amal.

Maka dalam rangka inilah, usrah bertindak sebagai pelaksana.

Amal tarbawi yang produktif ialah suatu manhaj yang tetap. Jika kita mempunyai individu-individu yang berkualiti dan keluarga-keluarga Islam yang diikat dengan hubungan kasih-sayang, maka apakah insititusi yang :

Boleh mengikuti antara mereka?
Boleh menjaga dan mengikuti perkembangan perjalanan hidup mereka?
Boleh mengenal pasti turun naik prestasi iltizam dan pencapaian objektif mereka?

Jawapannya ialah Tarbiyah Melalui Usrah.

Proses tarbiyah yang mengandungi unsur-unsur ilmu, fiqh dan kefahaman memerlukan murabbi dalam satu naungan atau semaian dan itulah ‘usrah’.

Murabbi dalam usrah samalah seperti imam dalam solat di mana beliau akan ditaati dan dipatuhi.

Imam Hasan Al-Banna telah mengenal pasti bahawa proses tarbiyah tidaklah semudah yang disangka oleh kebanyakan orang. Umat Islam telah menghadapi serangan pemikiran, kekeliruan dan keperibadian.

Semua penyakit itu tidak dapat dirawat dalam masa sehari semalam. Tidak cukup dengan kuliah, ceramah atau kursus di sana sini oleh pemikir Islam atau para ulama’. Selepas ceramah, kursus dan kuliah, masing-masing membawa diri. Begitu juga dengan risalah atau makalah, kesannya akan hilang selepas habis membacanya.

Rawatan itu memerlukan kesabaran dan Tarbiyah Islamiyah yang panjang dalam satu naungan tarbawi iaitu ‘usrah’.

la juga perlu kepada murabbi yang memiliki ciri-ciri tertentu. Ini disebabkan tarbiyah yang merupakan unsur tetap dakwah memerlukan satu usaha yang bersungguh-sungguh tanpa henti agar dapat melahirkan ‘rijal’, bukannya tulisan atau buku.

Proses ini memerlukan :

Manhaj yang betul.
Ketekunan amal.
Akhlak yang mantap.
Polisi nafas panjang.
Kesabaran.
Nasihat yang baik.
Hujah yang jelas.
Kepekaan dan pemantauan yang teliti dan berhati-hati.

Proses ini tidak boleh tidak mesti dipikul oleh para ‘murabbi’.

Inilah usrah atau pun manhaj Islam bagi menghadapi arus kehidupan secara sempurna. Ia juga

merupakan dakwah yang sebenar yang mampu membetulkan kefahaman. Maka usaha ini memerlukan tarbiyah yang bermanhajkan Al-Kitab, As-Sunnah dan pengalaman salafus soleh yang berpegang teguh dengan ‘al-Usul al-Fiqh’ dan ‘al-Qawaid al-Syariah’.

Semua tugas ini tidak akan berjaya melainkan dengan rasa tanggungjawab ‘naqib’ terhadap anak-anak didiknya di mana ia perlu menerangkan kepada mereka sejelas-jelasnya apakah tanda dan isyarat ketika melalui jalan ini (dakwah) agar tidak timbul kerumitan dan kekaburan.

Ia mmerlukan :

Kejelasan fikrah.
Kesepaduan tasawwur dan suluk.
Kesatuan tujuan dan kesudahan.
Kesatuan matlamat dan wacana.


bagi menjayakan keseluruhan amanah ini hingga tiada di sana timbul persoalan, syak wasangka dan kekeliruan.

Akhirnya ia akan membentuk individu jama’ah yang satu dan kerana itulah diletakkan secara jelas segala peraturan, pengurusan, wacana dan matlamat.

Apa yang diperlukun sekarang ialah iltizam terhadap sistem yang tetap ini.

Imam Hasan Al-Banna berkata :

"Islam menitik beratkan pembentukan usrah-usrah yang mendorong ahli-ahlinya ke arah nilai-nilai yang tinggi, memperkuatkan ikatan ukhuwah, menaikkan taraf bercakap dan berteori kepada taraf beramal dan perbuatan. Rukun ikatan ini ada tiga, maka peliharalah dan berikan tumpuan untuk melaksanakannya agar ia tidak sekadar tugasan tanpa ruh.”


PERTAMA : TAARUF

Ia adalah rukun yang pertama. Hendaklah kita saling kenal mengenali dan berkasih sayang kerana Allah.

Hayatilah pengertian ukhuwah yang sahih dan sempurna di kalangan kita dan berusaha agar hubungan ini tidak dicemari oleh sesuatu.

Allah swt berfirman dalam surah Al Hujuraat :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara".

Selepas zaman para salaf, ukhuwah yang merupakan arahan Allah dan rasulNya ini hanya tinggal sebagai mainan lidah sahaja dan tidak berada di dalam hati kaum muslimin, sehingga munculnya Jamaah Ikhwan Muslimin yang cuba melaksanakannya dalam masyarakat serta berusaha untuk menyatukan umat dengan ruh ukhuwah ini.


KEDUA : TAFAAHUM

Melalui rukun yang kedua ini, berlakulah muhasabah diri di mana setiap anggota boleh menasihati saudaranya jika ia melihat sebarang kesilapan atau kekurangan yang perlu dibaiki.

Anggota yang diberi nasihat itu hendaklah menerimanya dengan hati yang gembira. Jika nasihatnya tidak memberi kesan, kekurangan itu tidak disebarkan kepada sesiapa kecuali naqib usrah. Walaupun begitu, ia tetap menghormati dan mengasihi saudaranya yang mempunyai keaiban itu.

KETIGA : TAKAAFUL

Hendaklah kita saling membantu bantu, pikul memikul masalah dan tanggungjawab antara kita.

Ini adalah sebuah tuntutan iman yang nyata dan intipati ukhuwah di mana kita hendaklah sentiasa saling bertanya khabar dan bersegera sedaya upaya untuk membantu pihak yang memerlukannva.

 Sabda Rasulullah saw ;

"Usaha seseorang untuk memenuhi hajat saudaranya lebih baik baginya dari beri’tikaf sebulan dalam masjidku ini".

Allahlah yang mempertautkan hati-hati kita dengan kekuasaanNya. Tidakkah kita lihat bagaimana sistem ini boleh melaksanakan kewajipan individu, sosial dan kewangan?

Di sini dibawakan contoh agenda usrah yang boleh meninggalkan kesan tarbawi yang besar dalam kehidupan individu :


PERTAMA : 

Setiap akh membentangkan permasalahannya agar dapat dikongsi oleh orang lain demi mendapatkan penyelesaian dalam suasana ukhuwah dan ikhlas.

Itu semua boleh memantapkan ‘thiqah’ (kepercayaan) dan memperkukuhkan ikatan persaudaraan di mana seorang mukmin itu adalah cermin bagi saudaranya sehingga tercapai apa yang disabdakan Rasulullah saw :

"Perumpamaan hubungan kasih sayang dan simpati sesama mukmin seperti satu jasad, jika satu anggota mengadu sakit niscaya anggota-anggota yang lain akan turut berasa sakit dan berjaga malam".


KEDUA

Mengkaji dan bermuzakarah tentang urusan umat Islam di samping menerima arahan-arahan daripada pimpinan. 

Usrah bukanlah tempat untuk berdebat atau mengangkat suara. Itu adalah haram di sisi fiqh usrah, sebaliknya usrah merupakan tempat untuk penjelasan dan penerangan dalam suasana beradab dan saling hormat-menghormati.


KETIGA 

Mengkaji buku-buku yang berkualiti yang mendatangkan manfaat kepada individu agar tercapai objektif keperibadian Islam sebagai agen perubah.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk kami tetap menjalani Tarbiyah Islamiyah melalui ‘usrah’ yang menjadi medan sebenar bagi membentuk ikatan persaudaraan keranaMu di samping kami dapat nasihat menasihati serta bersama memikul beban dakwah di jalanMu.

Al-Ghamidiyyah

Al-Ghamidiyyah adalah sosok wanita sahabat yang hidup di Madinah dan bersuami dengan lelaki sahabat. Bayangkan, ia belajar Al-Qur’an dengan kedua telinganya dari lisan Rasulullah SAW, berIslam di tangan Nabi SAW dan hidup di Madinah. Setelah semua itu, ia berzina. Bayangkanlah!

Ia berzina, tetapi ia punya keinginan bertaubat, maka ia pergi kepada Rasul SAW seraya berkata, “Wahai Rasulullah, aku telah berzina, dan kini aku sedang hamil. Sucikanlah aku, ya Rasulullah.”

(Perhatikanlah kalimat “Sucikanlah aku, ya Rasulullah!” Lihatlah yang dosa mereka menguasai hati dan fikiran mereka selama puluhan tahun. Al-Ghamidiyyah sekali berbuat salah, tetapi ia ingin bertaubat.)

Rasulullah SAW bersabda, “Pergilah sampai anakmu lahir, lalu datanglah kepadaku!”

(Apakah kita tahu, apa yang akan diperoleh penzina yang bersuami? Hukum rejam sampai mati! Ia menjadi tercemar, suaminya menjadi tahu dan keluarganya pun tahu. Tetapi menyucikan diri lebih utama)

Kemudian Al-Ghamidiyyah kembali setelah sembilan bulan. Keinginan taubat di hatinya masih membara. Ia hanya mendengar beberapa kalimat dari Rasulullah SAW.)

Setelah sembilan bulan ia datang sambil membawa anak kecil seraya berkata, “Sucikanlah aku, ya Rasulullah.” Rasulullah bersabda, “Pergilah hingga kau dapat ceraikan susunya.”

(Apakah masuk akal? Ia akan menunggu dua tahun setelah menunggu sembilan bulan? Ia akan menunggu dan ia hanya berfikir, “Aku ingin menyucikan diri.” Hal ini tidak sesuai dengan kondisi kita, kerana hukum hudud tidak ditegakkan, sehingga taubat hanya dilaksanakan dengan tiga hal – menyesal, menghentikan dan bertekad kuat untuk tidak akan mengulanginya.)

Setelah dua tahun, ia melihat anaknya sudah mahu memegang roti, maka segera ia mengerti bahawa anaknya sudah mampu diceraikan susunya, iapun datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata, “Bunuh dan sucikanlah aku.” Rasulullah bersabda, “Berikan anak itu.”

(Siapa yang lebih mahal, anak atau ibu? Anak itupun diambil, tetapi lihatlah pada masyarakat ketika itu yang mempunyai ukhuwwah yang mantap. Apa yang mereka katakan kepada anak tersebut? Adakah anak penzina? Tidak! Orang Islam tidak akan mengatakan pada anak mereka dengan perkataan itu.)

Rasulullah SAW mengangkat anak itu, lalu berkata, “Siapa yang mahu menjamin anak ini, ia akan menjadi pendampingku di Syurga!” Anak itupun diambil dan Al-Ghamidiyyah pun direjam.

(Ia adalah seorang wanita, yang kalau sahaja ia lari daripada batu tentu mereka akan meninggalkannya.)

Al-Ghamidiyyah pun dibelenggu hingga mati. Lalu Nabi SAW berdiri untuk melakukan solat (jenazah), maka ‘Umar pun berkata, “Wahai Rasulullah, apakah Anda akan mensolatkan dia sedangkan dia itu penzina?” Nabi SAW bersabda sambil marah, “Celaka kau ‘Umar, ia telah bertaubat dengan taubat yang kalau dibahagi-bahagi kepada 70 orang penduduk Madinah tentu akan mencukupi mereka. Apakah kau pernah melihat taubat yang lebih baik dari mendermakan jiwanya kepada Allah?”

Sunday, March 6, 2011

Fatwa Yusuf Al-Qaradawi: Membunuh Gaddafi

Gambar. 1. Courtesy of Al Jazeera.

Penampilan selama 23 minit dalam studio di Al Jazeera pada tarikh 21hb Februari 2011 yang lalu ulama Terkemukan muslim Dr. Yusuf al-Qaradawi mengeluarkan fatwa untuk membunuh penguasa Libya Muammar Gaddafi dengan menyatakan bahawa "setiap askar Libya atau pegawai yang mempunyai peluang untuk menembak dan membunuh Gaddafi harus melakukannya". 

Ia berkomentar mengenai situasi saat ini di Libya dan mengkritik penggunaan serangan udara terhadap rakyat yang membantah terhadap rejim pimpinan Gaddafi.  Beliau menambah bahawa "bahkan Israel tidak melakukan hal seperti ini" di Gaza. Pada akhirnya dia berdoa dan meminta semua umat Islam dan non-Muslim untuk berdoa bagi orang-orang Libya.

Friday, March 4, 2011

Israel melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan di OPT terus selama tempoh pelaporan (17-23 Februari 2011)


Di Semenanjung Gaza, Tentera Penceroboh Israel melakukan 3 serbuan di kawasan Semenanjung Gaza selatan dan tengah, di mana mereka menceroboh tanah penduduk Palestin.

Israel terus mengadakan pengepungan dan merancakkan sekatan terhadap pergerakan warga awam Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, termasuk Jerusalem Timur.

Israel terus menutup semua penyeberangan sempadan ke Semenanjung Gaza selama lebih dari tiga tahun. Pengepungan itu dilakukan semenjak Jun 2007, hasil dari kepungan telah memberi kesan buruk kemanusiaan dan ekonomi di Semenanjung Gaza.

Penutupan haram telah menyebabkan tidak hanya krisis kemanusiaan tetapi krisis hak asasi manusia dan martabat manusia bagi penduduk di Semenanjung Gaza. Keputusan yang dijanjikan bagi meringankan sekatan tidak jelas hanya sekadar kosmetik dan gagal untuk menangani akar penyebab krisis.

Krisis ini hanya boleh diatasi segera membuka penutupan sempadan termasuk mengangkat larangan perjalanan keluar dari Gaza Semenanjung dan larangan eksport. PCHR prihatin bahawa dasar Israel baru hanya sekadar memindahkan Gaza ke dalam bentuk sekatan haram yang lain yang bisa jadi yang diterima secara antarabangsa dan diiktirafkan.

Warga Palestin di Gaza mungkin tidak lagi menderita kekurangan barang tetapi mereka akan tetap bergantung secara ekonomi dan tidak mampu untuk merawat diri mereka sendiri, mereka terus terpencil dari seluruh dunia samada dari sudut sosial, budaya dan akademik.

Memperluas senarai item yang dibenarkan masuk ke Gaza tidak mengubah perundangan dasar yang tidak konsisten dengan kewajipan undang-undang Israel sebagai kuasa penjajah atau perjanjian antarabangsa hak asasi manusia yang menjadi hak seperti mana Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Hak-hak Politik.

Fakta di lapangan membantah tuntutan Israel sehubungan dengan pengurangan penutupan dikenakan di Semenanjung Gaza dan mengurangkan sekatan yang dikenakan ke atas kemasukan barang.

Deklarasi Israel membenarkan barangan baru dibawa masuk ke Semenanjung Gaza adalah merupakan usaha untuk menipu masyarakat antarabangsa, bagaimana pun barang tersebut tidak memenuhi keperluan minimum Semenanjung Gaza.

Tentera Penceroboh Israel terus melarang kemasukan bahan bangunan mentah ke Semenanjung Gaza.

Tentera Penceroboh Israel telah menguatkuasakan larangan semua eksport dari Semenanjung Gaza.

Israel terus menutup Beit Hanoun (Erez) sempadan yang membolehkan penyeberangan warga awam Palestin yang ingin melakukan perjalanan ke Tebing Barat dan Israel untuk rawatan perubatan, perdagangan atau lawatan sosial.

Israel telah mengenakan sekatan akses tambahan pada diplomat antarabangsa, wartawan dan pekerja kemanusiaan ingin masuk Semenanjung Gaza. Mereka telah menghalang wakil-wakil dari beberapa organisasi kemanusiaan antarabangsa masuk ke Semenanjung Gaza.

Hidup keadaan penduduk awam Palestin serius memburuk, tahap kemiskinan dan pengangguran telah meningkat tajam.

Tentera Penceroboh Israel terus memaksakan sekatan pada pergerakan awam Palestin di seluruh Tebing Barat, termasuk Jerusalem Timur. Ribuan warga awam Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza terus ditolak akses ke Baitulmuqaddis.

Tentera Penceroboh Israel telah mendirikan pos pemeriksaan di dalam dan sekitar Jerusalem, sangat menyekat akses Palestin ke bandar. Warga awam sering dicegah dari berdoa di al-Aqsa di Jerusalem.

Ada sekitar 585 pos pemeriksaan secara kekal yang berkawal dan tak berkawal di Tebing Barat.

Apabila selesai nanti tembok pengasingan haram akan mempunyai jarak sebanyak 724 kilometer di sekitar Tebing Barat akibatnya penduduk akan menjadi terpisah dan terpenjara. Buat masa ini 350 kilometer Tembok telah siap dibina. Sekitar 99% dari tembok telah dibina di dalam Tebing Barat sendiri semuanya adalah tanah merampasan dari penduduk Palestin.

Sekurang-kurangnya 65% dari jalan utama yang menghubungkan 18 perkampungan masyarakat Palestin di Tebing Barat ditutup atau sepenuhnya dikendalikan oleh Tentera Penceroboh Israel.

Ada sekitar 500 kilometer jalan terhad di Tebing Barat. Selain itu, sekitar sepertiga dari Tebing Barat, termasuk Jerusalem Timur, tidak boleh diakses untuk Palestin tanpa izin yang dikeluarkan oleh Tentera Penceroboh Israel. Izin ini sangat sulit diperoleh.

Tentera Penceroboh Israel terus mengganggu dan menyerang penunjuk perasaan secara aman yang terus membantah pembangunan Tembok Pengilhakan.

Tentera Penceroboh Israel terus terus menyukarkan kehidupan orang awam Palestin di Baitulmuqaddis dan seluruh Tebing Barat. Mereka ditahan dan diperiksa tanpa alasan.

Israel meneruskan kegiatan penempatan dalam kawasan Palestin yang melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan penduduk Israel terus menyerang orang awam Palestin.

Pada tarikh 17 Februari 2011, Tentera Penceroboh Israel menyerbu wilayah Khillat al-furn di sebelah barat desa Bani Na'im, tenggara Hebron. Mereka menghancurkan telaga air 3 dan ruang pertanian terletak berhampiran bypass # 60.

Pada tarikh 20 Februari 2011, penduduk Israel dari pemukiman "kida" dekat desa Qasra, selatan Nablus, mencabut 200 bibit zaitun dan pohon zaitun 70 di desa Qasra.

Pada tarikh 22 Februari 2011, Tentera Penceroboh Israel memusnahkan 8 khemah dan tempat penginapan sementara penduduk, serta menghancurkan dua perigi air di kawasan Sousia di selatan bandar Yatta, selatan Hebron.

Juga pada 22 Februari 2011, sejumlah penduduk Israel dari pemukiman "Ain Bat" ke arah barat laut bandar Beit Ummar, utara Hebron, mencabut sekurang-kurangnya 250 pokok zaitun dan bibit.

Sumber dari http://qassam.ps/occupation_terrorism.html

Presiden Turki: Meraikan Pengerusi Ikhwanul Muslimin Sebagai Tetamu

Dr Mohammed Badie, Pengerusi Ikhwanul Muslimin mengetuai delegasi persaudaraan dalam acara makan tengahari yang dianjurkan oleh Presiden Turki Abdullah Gul.  Ianya anjurkan sebagai meraikan kejayaan Revolusi Rakyat yang diadakan bermula dari tarikh 25hb Januari 2011 sehingga memaksa Mubarak mengundurkan diri selepas hanya 18 hari berjuang memegakkan keadilan di bumi Mesir.

Mekan tengahari itu diadakan di Kedutaan Besar Turki di Kaherah bersama beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin lain seperti Dr Mohamed Morsy dan Dr Essam el-Erian. Sejumlah ahli pembangkang juga mengambil bahagian dalam majlis tersebut.