Sunday, February 27, 2011

PERDANA MENTERI ISLAMIK PERTAMA TURKI DALAM KENANGAN

Bagi pihak i-madani saya ingin merakamkan rasa simpati di atas kematian tokoh politik Islam Turki Negm Eldin Erbakan yang meninggal dunia dalam usia 85 tahun. Beliau yang pernah menjadi Perdana Menteri Islamic yang pertama selepas kejatuhan kerajaan Othmaniah Turki.  Beliau diminta berundur sebagai perdana menteri selepas setahun memegangnya pada tahun 1997 di atas desakan tentera Turki.  Parti pimpinan beliau ketika itu Parti Kebajikan Islam juga dicegah dari terlibat dalam arena politik dan beliau sendiri dilarang berpolitik selama lima tahun kerana dituduh melanggari perlembagaan.  Walau bagaimana pun sebahagian dari mereka kini telah menubuhkan parti yang mempunyai mirip Islam adalah Parti AK Turki. 

Thursday, February 24, 2011

Setiausaha Negara US menyambut baik Ikhwan Muslimin jika terpilih dalam pilihanraya

Dalam suatu dialog terkini dengan Setiausaha Negara US, Hillary Clinton telah mendedahkan bahawa AS mungkin mempunyai perubahan sikap yang mempertahan rejim sebelum Revolusi Rakyat Mesir. Dalam video persidangan tersebut beliau telah diajukan pelbagai persoalan dari pemuda Mesir berhubung pendapat US, dimana lebih 6,500 persoalan dalam masa dua hari melalui Facebook, Twitter dan Masrawy.com.

Hillary menyatakan bahawa tujuan dari persidangan itu adalah untuk berkomunikasi secara langsung dan mendengar dari ribuan rakyat Mesir tentang apa yang ada di fikiran mereka serta apakah harapan mereka seterusnya setelah melalui saat sangat inspiratif dan luar biasa dalam sejarah yang telah terjadi. Dia menekankan bahawa AS menyokong aspirasi rakyat Mesir yang menyatakan adalah penting kerajaan perlu mendengar orang-orang muda.

Beliau mengakui bahasa sangat penting Mesir untuk menggambarkan dan merialisasikan harapan dan impian yang telah ditunjukan di Tahrir Square. Dia juga mendakwa negara Mesir sekarang mempunyai kesempatan untuk menunjukkan apa artinya demokrasi dan untuk bergerak maju ke lebih baik di masa depan.

Sebagai maklumbalas terhadap apa reaksi AS jika Ikhwanul Muslimin di Mesir mendapatkan kuasa melalui pemilihan demokrasi sebenar, Clinton menyatakan bahawa, bergantung kepada orang-orang Mesir yang memutuskan untuk memilih dan apa Peraturan pilihan raya yang dikenakan kepada untuk parti politik yang terlibat. Dia menambah bahawa setiap pihak yang komited untuk antikekerasan, komitmen pada demokrasi, komited untuk hak semua orang Mesir, siapa pun mereka, harus mempunyai peluang untuk bersaing untuk suara Mesir.

Clinton menegaskan bahawa AS menyokong proses, jika parti politik, siapa pun mereka, percaya pada demokrasi, tidak pula percaya satu pilihanraya umum satu masa, maka, dan bergantung kepada orang-orang Mesir. Dia menekankan bahawa kita tidak ingin melihat parti politik atau ideologi apapun cuba untuk merampas proses tersebut sebab itu perlu kepada memastikan perlembagaan dan undang-undang Mesir diberi perlindungan.

Ia mengecam usaha oleh beberapa orang yang terpilih dan menganggap diri mereka sebagai satu-satunya orang yang mampu menguruskan negara dan mengubah perlembagaan dan undang-undang. Clinton menyatakan berserahlah kepada orang-orang Mesir untuk membangunkan masa demokrasi mereka. Berikutaan kenyataan ahli eksekutif Ikhwan Muslimin dan media juru bicara Dr Essam Erian el yang meneriman jemputan dailog dari beberapa wakil kerajaan Norway, Jerman, Sweden, Switzerland dan Australia dalam usaha untuk menjelaskani tuntutan berikut revolusi rakyat Mesir.

LIBYA: Komuniti Antarabangsa Desak untuk Tamatkan Keganasan Protes Damai

Geneva, 22 Februari 2011. Organisasi Dunia Menentang Penyiksaan (OMCT) dan Hak Asasi Manusia Solidaritas (HRS) mengutuk pembunuhan kejam terhadap demonstran oleh pasukan keselamatan Libya terhadap protes yang menuntut perubahan.

Organisasi Dunia Menentang Penyiksaan (OMCT) dan Hak Asasi Manusia Solidaritas (HRS) mengutuk pembunuhan insan yang tidak berdosa terhadap penunjuk perasaan oleh pasukan keselamatan Libya yang menuntut perubahan semenjak 5 Februari 2011 dan mendesak pihak berkuasa Libya untuk segera menghentikan penindasan dengan kekerasan.

OMCT dan HRS yang prihatin tentang laporan tentang pembunuhan penunjuk perasaan oleh pasukan keselamatan yang disokong oleh tentera upahan dan batalion keselamatan khusus menggunakan peluru hidup, mesin gun dan senjata berat di Benghazi dan bandar-bandar yang lain. Menurut maklumat yang diterima, sekurang-kurangnya 200 orang telah terbunuh dan banyak cedera di Benghazi namun situasi yang tepat di dalam negeri tetap sukar untuk diperolehi kerana pihak kerajaan telah menyekat komunikasi internet dan kebebasan akhbar.

Pihak OMCT dan HRS menyokong permohonan Suruhanajaya Tinggi Hak Asasi Manusia untuk menjalankan penyiasatan bebas antarabangsa terhadap peristiwa yang berlaku. Mereka juga meminta agar Majlis HAM PBB untuk mengadakan sesi khas terhadap pelanggaran hak asasi manusia di Libya sebagai keprihatinan mendesak. Majlis harus sampaikan mandatnya sendiri dengan tindakbalas secara cepat terhadap keadaan kecemasan hak asasi manusia.

OMCT dan HRS juga mengenalpasti semua negara yang mempunyai hubungan dengan Libya untuk mendesak pihak berkuasa Libya untuk segera menamatkan pembunuhan yang melanggar undang-undang terhadap penunjuk perasaan dan menggunakan kuasa berlebihan.

Akhirnya, OMCT dan HRS memanggil pihak berkuasa Libya untuk

Segera menamatkan penindasan kekerasan dari protes damai dan mengeluarkan arahan yang jelas kepada pihak keselamatan untuk tidak menggunakan kekerasan berlebihan terhadap para penunjuk perasaan sesuai dengan piawaian antarabangsa termasuk Prinsip-prinsip Dasar tentang Penggunaan Kekerasan, Senjata Api dan Kod perilaku bagi Pegawai Penguatkuasa

Jaminan kebebasan berkumpul secara aman damai dan kebebasan bersuara;

Menjalankan segera penyiasatan bebas, menyeluruh dan berkesan terhadap pihak keselamatan berkenaan keganasan dan termasuk pembunuhan di luar undang-undang. Hasilnya haruslah dibentangkan kepada awam dalam rangka untuk membawa mereka yang bertanggung jawab ke mahkamah yang bebas dan bagi yang terkorban perlulah diberikan pampasan dan pemulihan.

Pastikan penghormatan hak asasi manusia dan kebebasan sesuai dengan undang-undang negara dan antarabangsa.

Hubungi:

Eric Sottas, Pertubuhan Dunia Menentang Penyiksaan (OMCT): +41 22 809 49 39
Khaled Saleh, Solidaritas Hak Asasi Manusia (HRS): +41 76 570 19 63

Rabu, Februari 23,2011 10:46
IkhwanWeb

Gaddafi Bermatian Mempertahankan Kuasa

Muammar Gaddafi, sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mempertahankan kekuasaannya di Libya yang sedang diperluaskan oleh pro-demokrasi terutama di wilayah timur negara. dalam masa yang sama beliau mendapat tekanan antarabangsa agar menghentikan tindakan keras keganasan terhadap para penunjuk perasaan yang mengorbankan beratus-ratus orang.

Di mana negara Eropah telah menyiapkan siri sekatan ekonomi terhadap negara itu, sementara Barack Obama, presiden AS, juga mengecam penggunaan kekuatan "keterlaluan" terhadap para demonstrasi. Majlis Hak Asasi Manusia, PBB juga telah menetapkan satu sesi khusus pada hari Jumaat ini untuk membincangkan penggunaan kekerasan melampau terhadap penunjuk perasaan damai.

Pada hari Khamis, pengunjuk rasa anti-kerajaan nampaknya telah menguasai bahagian timur negara itu bermula dari sempadan Mesir sampai ke bandar Tobruk dan Benghazi yang menjadi bandar raya kedua terbesar negara. Bandar-bandar lain yang nampaknya tidak lagi berada di bawah kawalan Gaddafi termasuk Derna dan Bayda

Menurut saksi di Az-Zawiya sebuah unit tentera Libya setia kepada Gaddafi dimaklumkan telah mengecam bangunan masjid yang sedang diduduki oleh penunjuk perasaan. Mereka memaklumkan bahawa penunjuk perasaan telah menderita dan banyak yang terkorban dalam serangan itu.

Tentera di bandar-bandar yang dikuasai oleh para penunjuk perasaan telah dimaklumkan memberi sokongan dan tidak lagi bersama dengan kerajaan Gaddafi. Dalam sebuah pernyataan yang diposting di internet, pegawai tentera yang ditempatkan di Misurata menjanjikan "sokongan penuh" mereka untuk para penunjuk perasaan.

Mejar Jeneral Suleiman Mahmoud, komander pasukan bersenjata di Tobruk, sebelumnya mengatakan kepada Al Jazeera bahawa pasukan yang dipimpin oleh dirinya telah beralih kesetiaan. "Kami berada bersama rakyat," katanya. "Saya dengan dia [Gaddafi] di masa lalu, tetapi situasi telah berubah - dia adalah diktator."

Pada Rabu lepas ribuan berkumpul di Tobruk untuk merayakan kejayaan mereka menguasai bandar dari Gaddafi sambil mengebarkan bendera kerajaan sebelum itu dan menembakan di langit.

"Dalam 42 tahun, ia telah terbalikkan Libya," kata Hossi, seorang penunjuk perasaan anti-kerajaan di sana. "Dia adalah iblis tiada seorang pun di dunia seperti dia .."

Mohamed ElBaradei: Ikhwanul Muslimin tidak radikal

Dalam sebuah wawancara dengan Zaman Today's Bekas Ketua IAEA Dr Mohamed ElBaradei, menyatakan bahawa ia tidak melihat pembangkang popular Ikhwanul Muslimin Mesir sebagai organisasi yang radikal seperti yang digambarkan di Barat.  Beliau juga mengulas bahawa pemilihan dilakukan sebelum pembentukan perlembagaan demokrasi di negara itu akan hanya menguntungkan parti yang berkuasa. 

Bercakap tentang perkembangan terkini di Mesir, ElBaradei menekankan bahawa adalah penting pilihanraya umum diadakan dalam masa lebih dari enam bulan tak lebih satu tahun.  Dia menyatakan bahawa rejim di Mesir setakat ini terus-menerus mendapat sokongan tentera, di mana terdapat pesara tentera yang telah dilantik sebagai gabenor dan pengarah umum, atau memegang pos penting dalam perkhidmatan. 

Menurut pemenang Hadiah Nobel Perdamaian, demokrasi bukan hanya sekadar mengundi, menekankan bahawa sekiranya pemilihan sebelum membangunkan perlembagaan demokrasi hanya akan melayani kepentingan parti politik yang memerintah. 

Dia menyatakan bahawa tidak ada pihak yang benar-benar bersedia untuk pilihan raya yang akan diadakan pada bulan September. Dia menyatakan keyakinannya bahawa MB tidak akan mampu mendapatkan lebih dari 20-25 peratus suara, ia mengatakan bahawa hal itu boleh sama sekali tidak dianggap sebagai radikal. 

Dia juga membela Ihkwan Muslimin bahawa IM akan menolak penggunaan senjata dan akan tetap setia kepada demokrasi, menekankan bahawa perjuangan awal organisasi itu tidak religius, tapi benar-benar politik.

Ketatni: Pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan

Ikhwanul Muslimin telah mengumumkan bahawa pihaknya telah menamakan Dr Saad Ketatni, bekas ketua blok parlimen Ikhwan, sebagai pemimpin pengasas Parti Kebebasan dan Keadilan.  Ketatni adalah juga anggota Eksekutif Biro dan seorang profesor universiti.  Umumnya beliau dianggap sebagai seorang yang pragmatis. Ia juga seorang peguam terkemuka penyertaan Ikhwan dalam politik formal.

Petitkan dari ikhwanweb.com

Friday, February 18, 2011

Resepi Penyembuh Penyakit Batin


Hasan Al-Bashri seorang ulama’ terkemuka yang berasal dari Bashrah, Iraq menyaksikan seorang pemuda datang kepada seorang doktor yang menanyakan perkara berikut :

Wahai doktor, apakah tuan memiliki resepi atau ubat mujarab yang boleh menghapuskan dosa-dosa dan menyembuhkan penyakit hati?

Doktor itu menjawab : Ya!

Pemuda itu berkata lagi : Berikan pada saya resepi mujarab itu!

Doktor berkata : "Ambillah sepuluh bahan pelebur dosa itu :

SEPULUH BAHAN PELEBUR DOSA

PERTAMA :

Ambillah akar pohon rasa ‘fakir’ dan berhajat kepada Allah bersama dengan akar kerendahan hati yang tulus dan ikhlas kepada Allah.

KEDUA :

Jadikan ‘taubat’ sebagai campurannya.

KETIGA :

Lalu masukkan ia dalam wadah ‘ridha’ atas semua ketentuan dan takdir Allah.

KEEMPAT :

Campurkan dengan campuran ‘qana'ah’ rasa puas dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita.

KELIMA :

Masukkan dalam kuali ‘takwa’.

KEENAM :

Tuangkan ke dalamnya air ‘rasa malu’.

KETUJUH :

Lalu didihkanlah dengan api ‘cinta’.

KELAPAN :

Kemudian masukkan dalam adunan ‘syukur’.

KESEMBILAN :

Serta keringkan dengan kipasan ‘harap’.

KESEPULUH :

Lalu akhirnya minumlah dengan sendok ‘pujian’.

Jika engkau mampu melakukannya pastilah engkau mampu mencegah penyakit dan berbagai ujian samada di dunia mahupun akhirat" jelas doktor itu.

APABILA HILANG RASA FAKIR

Ramai orang yang melakukan dosa dan kesalahan terhadap Allah kerana dia merasa cukup dengan kemampuan dirinya dan seakan-akan tidak lagi memerlukan (rasa fakir) kepada sesiapapun, termasuk pada Yang Maha Kaya.

Dia beranggapan bahwa dirinya mampu melakukan semua perkara dengan :

a. Kekuatannya.

b. Kemampuannya.

c. Potensi dirinya.

d. Tenaga dirinya.

Dia merasa bahwa semua yang dia dapatkan adalah hasil dari :

1. Kekuatan fikirannya.

2. Kemampuan ilmunya.

3. Kejernihan pengiraannya.

4. Kematangan perhitungannya.

Inilah yang berlaku kepada Qarun yang angkuh dengan harta yang dimilikinya yang kemudiannya Allah turunkan azab kepadanya dengan ditelankannya dia oleh bumi yang tidak lagi suka pada :

a. Kecongkakannya.

b. Kesombongannya.

c. Keangkuhannya.

yang dipamerkannya sehingga membuatkan bumi merasa marah.

APABILA HILANG RASA RIDHA

Sumber dosa lainnya adalah kerana orang itu ‘tidak ridha’ dengan apa yang Allah tetapkan pada dirinya.

Sering kali dari bibirnya keluar keluhan dan bahkan kritikan kepada Allah kenapa Allah tidak memberikan yang "terbaik" :
Menurut pandangannya.
Menurut persepsinya.
Menurut pemikirannya.

Dia menyangka bahwa apa yang dia alami ketika ini :
Tidaklah sesuai bagi dirinya.
Tidak patut untuk dirinya.
Tidak layak untuk diterima.

Dia seakan-akan lebih tahu dari Allah Yang Maha Tahu yang mengetahui dengan terperinci semua perkara samada yang baik mahupun yang buruk bagi hambaNya.

Inilah yang berlaku kepada Qabil tatkala menuntut ayahnya agar dia dikahwinkan dengan adik kembarnya padahal Allah swt telah menentukan keputusan yang lain untuknya.

Lambat kembali kepada Allah merupakan penyebab lain dari tidak terhapusnya dosa-dosa yang kita lakukan.

BERTAUBATLAH!

Berlaku mendapan dosa kerana seringkali kita menunda ‘taubat’ yang sepatutnya kita lakukan dengan cepat.

Padahal Allah swt memerintahkan kita untuk segera merapatkan diri kepada Allah setelah beberapa lama kita telah menjauhinya.

Getarkanlah hati kita semua dengan kesesalan di atas semua kesalahan yang kita lakukan.

Mereka seakan-akan tidak tahu bahwa Allah swt sentiasa menerima taubat hambaNya dan Allah sangat senang dengan taubat mereka.

Ini sebagaimana firman Allah swt :

“Tidakkah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya dan menerima sedekah, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang?” (QS At-Taubah : 104)

APABILA HILANG RASA SYUKUR

Rasa tidak puas dengan apa yang Allah berikan pada kita merupakan penyakit kronik yang melahirkan :

1. Buruk sangka kepada Allah.

2. Menyangkal kehendak Allah.

3. Menyalahkan Allah.

Rasa tidak puas dengan kurniaan Allah akan mengecilkan rasa ‘syukur’ kita kepadaNya dan bahkan satu ketika akan memadamkannya.

APABILA HILANG RASA QANA’AH

Lenyapnya rasa ‘qana'ah’ di atas segala kurniaanNya akan membuahkan ketamakan dan ketamakan akan melahirkan kezaliman-kezaliman manakala dari kezaliman akan memunculkan kerosakan-kerosakan yang akan menghancurkan susunan kehidupan.

SEMARAKKAN RASA TAKWA

Jika dalam diri kita telah ada rasa kefakiran, rasa ridha dan qana'ah dan taubat maka semangat ‘takwa’ kepada Allah hendaknya kita pupuk terus menerus dan kita bina dengan saksama.

Ini adalah kerana ketakwaan itu laksana sebuah tanaman yang jika dibina dengan sebaik-baiknya maka dia akan tumbuh subur dan indah dan jika kita biarkan maka ketakwaan itu akan segera layu dan lesu.

Ketakwaan boleh kita sirami dengan dengan :

a. Rasa takut kepada Allah.

b. Mengamalkan nilai-nilai Al-Qur’an.

c. Puas dengan apa yang ada.

d. Mempersiapkan diri sepenuhnya untuk perjalanan akhir kita iaitu kematian.

Jadikan ‘takwa’ terus menerus tumbuh, berkembang dan berterusan sampai maut datang menjelang.

KEKUATAN RASA MALU

Hendaknya kita merangsang ketakwaan kita sehingga kita merasa ‘malu’ untuk melanggar setiap perintah dan larangan Allah samada di khalayak ramai ataupun bersendirian.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS Ali Imran : 102)

HADIRKAN SEMANGAT CINTA

Ketakwaan kita akan semakin bermakna apabila yang menjadi pendorongnya adalah ‘cinta’ (mahabbah) kepada Allah.

‘Cinta’ kepada Allah sepenuh jiwa dan hati yang tidak lagi membuatnya berfikir atau merasa rugi dalam melaksanakan perintah dan anjuranNya.

Semangat cinta yang membakar hatinya akan sentiasa menggerakkannya untuk sentiasa :

1. Dekat denganNya.

2. Merapatkan diri kepadaNya.

3. Giat berusaha untuk mencapai ridha dan kasihNya.

4. Meminum melalui cawan rahmatNya.

dalam setiap langkah-langkah hidup dan goresan sejarahnya.

Rasa cintanya yang menggelegak kepada Allah akan sentiasa membuatkan :

a. Hidupnya terasa benar-benar bermakna.

b. Langkahnya penuh pasti menuju Kekasihnya.

c. Cawan cintanya sentiasa dipenuhi dengan air mata takwa, ridha, qana’ah, taubat, syukur, tawakkal dan sabar.

TINGGIKAN RASA HARAP

Bagi para pencinta, yang di’harap’kannya bukan lagi dirinya tapi Zat yang dicintainya dan dia :

1. Larut dalam gelombang kasihNya.

2. Larut dalam rahmatNya.

3. Masuk dalam dakapan ridhaNya.

PUJIAN YANG TIADA BATAS

Akhirnya pujian yang setinggi-tingginya hendaklah diangkat kepada Zat yang memang berhak untuk itu.

Oleh yang demikian, ramuan kefakiran kepada Allah adalah :

Taubat + Ridha + Qana'ah + Takwa + Malu + Cinta + Syukur + Harap + Pujian kepada Allah.

Di mana ianya akan membersihkan dosa kita serta mencairkan kesalahan kita.

Yakinlah bahwa resepi ini, selain mampu menghapuskan dosa kita, ia juga akan menambah kesegaran keimanan kita serta menambah tenaga keislaman kita dan memantapkan akar ihsan kita.

Selamat mencuba dan insyaAllah kita akan merasai khasiatnya dengan hasil jiwa yang segar dan jernih serta dosa yang minima setiap hari.

Ya Allah, berilah kemudahan kepada kami untuk kami menggunakan ubat dan resepi dariMu yang cukup berkesan untuk menimbulkan rasa fakir dan bergantung kepadaMu, menghapuskan segala dosa-dosa kami, menambah kesegaran keimanan kami serta memantapkan hakikat ihsan kami terhadapMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

WAS

Saturday, February 5, 2011

Lelaki Penggenggam Kaherah

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,Seberkas cahaya melintasi alam raya, umpama seorang musafir yang datang berkunjung, tiba-tiba pergi lagi dan meninggalkan tempat persinggahannya. Seperti itulah cebisan kisah seorang yang bernama Hasan Al Banna.
  1. Apakah yang dapat diambil oleh seberkas cahaya itu dari dunia persinggahannya?
  2. Apakah yang dapat ia perolehi dari alam raya ini?
Tidak ada!
Tapi apakah yang ditinggalkan oleh seberkas cahaya ini ketika ia datang berkunjung dengan segala kesucian dan keagungannya?
Sesungguhnya ia meninggalkan banyak perkara saat meletakkan cahaya itu dalam perasaannya dan bagi mereka yang telah disucikan dan dibersihkan olehnya.
Itulah bentuk peribadi Imam Hasan Al Banna. Ia tidak mengambil apapun untuk kepentingannya namun ia telah meninggalkan begitu banyak karya bagi seluruh manusia!
Adalah sesuatu yang penting bagi generasi sekarang untuk duduk sebentar dan diam sejenak :
  1. Mengenang peribadi Imam Hasan Al Banna yang sarat dengan keagungan ini.
  2. Menengok kembali cahaya yang ada di sisinya secara mendalam dan dengan penuh keikhlasan.
  3. Berusaha mengenali bagaimana :
a.       Sebuah pasukan dibentuk dalam organisasi.
b.      Jiwa mampu diluruskan.
c.       Dakwah dapat meraih kemenangannya.
Sesungguhnya Imam Hasan Al Banna sangat mengetahui dengan baik dan mendalam rahsia di sebalik penyakit yang menimpa umat ini sebagaimana ia juga memahami dengan baik bahwa ubat dari segala penyakit yang menimpa tubuh umat ini, iaitu ‘ma’rifatullah’.
Ia memahami bahwa jiwa manusia ditimpa oleh kelemahan pada dua sisi yang membuatnya enggan berjihad di jalan Allah iaitu :
  1. Ketamakan.
  2. Ketakutan.
Andai sahaja manusia tahu bahwa Allah adalah Zat yang ditanganNyalah tergenggam rezeki dan kematian setiap manusia, niscaya ia tidak akan berpaling dari jalan yang telah ia lalui.
Alangkah indahnya kalimat yang ia ucapkan :
“Wahai saudaraku, sesungguhnya engkau menjadi ada dalam kehidupan dunia kerana dua perkara iaitu rezeki dan ajalmu. Namun, tidak seorangpun yang memiliki kekuasaan pada keduanya selain Allah. Oleh kerananya, janganlah kedua perkara itu menghalangimu untuk melakukan kebaikan!”
Betapa menarik ilustrasi yang ia sampaikan tentang ‘ma’rifatullah’ dan nilai-nilai yang dikandungnya dalam memperbaiki keadaan masyarakat dengan ucapannya :
“Ma’rifatullah adalah tongkat pengubah yang memindahkan seseorang dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.”
Pada pandangannya, untuk melakukan perbaikan di tengah masyarakat sangat bergantung kepada perbaikan jiwa dan jiwa seseorang tidak akan menjadi baik selain dengan berma’rifah kepada Allah.
Inilah asas yang berdiri di atasnya aturan individu dan kelompok. Benarlah firman Allah swt :
“Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (QS As Syams : 7 – 10)
Dalam diri Imam Hasan Al Banna, terdapat berbagai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh manusia lainnya :
  1. Beliau adalah tokoh agama dan politik sekaligus.
  2. Pemimpin masa kini dengan kemulian fitrah dan ketinggian ruhnya.
  3. Memiliki keindahan jiwa.
  4. Menyerlah sebuah keperibadian yang mempesonakan.
  5. Ucapannya yang penuh daya tarikan.
  6. Mempunyai kekuatan fizikal yang menakjubkan.
Beliau adalah peribadi seorang manusia dengan segala kekuatan yang ia miliki. Kekuatan ruhaninya menyinari setiap hati yang gelap yang berhubungan dengannya dan arusnya menyalakan cahaya iman dalam jiwa setiap mu’min. Kekuatannya mampu menghidupkan cita-cita yang telah mati dalam diri orang-orang yang berputus asa.
Di sudut lain pula beliau adalah kekuatan ilmiah dengan ‘madrasah’ yang ia dirikan. Dengan ‘madrasah’ itu ia :
  1. Mencetak murid–murid yang handal.
  2. Memperbaharui keimanan.
  3. Melenyapkan segala keraguan.
  4. Mewariskan kekayaan abadi berupa manhaj dakwah dan ilmu pengetahuan.
Selaian itu beliau memiliki kekuatan kasih sayang yang melimpah ruah dalam sanubarinya serta sensitivitinya yang tinggi menyelimuti jiwanya. Ia akan turut bersedih atas derita yang dialami oleh saudara-saudara dan pengikut-pengikutnya walaupun mereka berusaha menyembunyikan dalam lubuk hati mereka.
Hatinya yang penuh dengan limpahan kasih saying itu didukung oleh daya ingatannya yang luar biasa. Ketika ‘jaulah’, beliau bertemu dengan seorang akh yang namanya dan nama anggota keluarganya masih ia ingat dengan sangat baik walaupun ia tidak menjumpainya dalam masa yang sudah agak lama. Ia betanya keadaannya satu per satu sekaligus menanyakan kesihatan mereka.
Imam Hasan Al Banna adalah tenaga besar dari sebuah hikmah, kecerdasan dan kepandaian yang sangat istimewa dalam seni kepimpinan dan politik.
Semangatnya yang besar adalah sebuah kekuatan yang seolah-olah mengandungi daya sihir sehinggakan tiada seorang pun yang duduk di sampingnya sehingga semangatnya yang tinggi akan menarik orang tersebut ke dalam lingkaran Islam.
Keperibadiannya yang melangit akan menarik pendengarnya kepada cahaya di kaki langit. Oleh kerana itu, dalam dirinya terpancar fitrah seorang mu’min sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah saw :
“Apabila engkau melihatnya, niscaya itu akan menghantarkanmu untuk mengingati Allah.”
Itulah tabiat iman yang melekat dalam diri seorang mu’min sejati di mana ia akan nampak halus dan lembut dalam diri seorang perajurit.
Bagaimana pula apabila tabiat itu melekat dalam diri seorang pemimpin?
Bagiamanakah kiranya apabila ia seorang pemimpin yang istimewa dan sebuah peribadi imam yang cerdas dan bijaksana?
Sesungguhnya jejak yang ditinggalkan oleh Imam Hasan Al Banna akan termuat dalam buku yang sangat tebal. Itulah buku yang berisi bimbingan ruhani yang cemerlang. Semua itu akan menambah daya tarikan dan pesona yang memenuhi seluruh sisi kehidupannya.
Di atas semangatnya yang bergelora ada arus yang mengalir deras mampu mempengaruhi, memiliki daya dorong sementara ia tidak akan mundur dan cahaya itu telah menyelimuti seluruh wilayah Timur.
Ia memiliki arus yang terus mengalir dan mampu menghanyutkan segala yang ada di hadapannya tanpa ada satu kekuatanpun yang mampu membendungnya. Ia terus mengalir dan merasuk ke dalam jiwa setiap orang dengan halus, lembut dan sangat tenang sebagaimana aliran air yang tenang mengalir antara pergunungan dan lembah membawa kesuburan, kenikmatan dan menghilangkan dahaga mereka yang kehausan.
Begitulah keperibadian manusia yang agung, kebesaran peribadinya dibentuk oleh kesucian langit dan ketinggian nilai-nilai keteladanan bukan dari kecerdasan naluri manusia belaka atau kepandaian burung-burung nasar dan serigala. Keperibadian ynag tinggi ini juga tidak diperolehi dari ilmu pengetahuan akan tetapi semua itu berasal dari kehendak Allah yang diberi keistimewaan bagi hamba-hambaNya yang ia pilih untuk itu.
Ciri paling menonjol yang melekat dalam diri Imam Hasan Al Banna ialah semangat pergerakannya yang sedemikian kuat, daya dan kesungguhan kerjanya yang luar biasa mengalir dalam darahnya ke seluruh anggota tubuhnya.
Keperibadiannya yang menakjubkan dan unik itu umpama tenaga elektrik yang saling menyatu dan tidak padam oleh berbagai kesan material di luar dirinya. Ia sentiasa terjaga dan memiliki akal yang sentiasa bercahaya.
Imam Hasan Al Banna menulis cepat dalam lembaran catatan kehidupannya seakan-akan ia hendak mendahului putaran tata suria yang beredar pada orbitnya. Langkah kakinya adalah langkah kaki sebuah raksasa dan kesungguhannya adalah kesungguhan satu umat yang sempurna dan bukan kesungguhan satu individu yang memiliki keterbatasan.
Ia seakan-akan dapat mengetahui bahwa usia kehidupannya lebih pendek daripada usia dakwah ini untuk mencapai batas kesempurnaannya. Maka ia mengerahkan segala kemampuannya agar dakwah ini tetap hidup dengan membangun tiang-tiang kekuatannya dan membangun tembok besar yang kukuh yang dapat menjaganya. Ia juga menyiapkan sebanyak mungkin jumlah anggota dakwah dan bekalan yang mesti ia miliki.
Tatkala ia melihat bahwa masaalah yang dihadapi masyarakat jauh lebih besar dari waktunya yang tersedia dan kehidupannya yang teramat singkat, ia menjadikan kalimat ini sebagai syiar dakwahnya.
“Al Wajibaat Aktsaru Minal Auqat.” (Kewajiban kita lebih banyak daripada waktu yang ada)
Keunikan lain yang menonjol pada dirinya ialah beliau bergerak secara teratur dan lincah ketika melakukan sebuah pekerjaannya. Dengan cepat ia maju meraih bebanan dakwah dengan penuh kerinduan dan sukacita. Dari gerakan yang lincah dan teratur inilah, hasil besar dapat diraih. Bahkan ia dapat melaksanakannya dengan sangat teliti yang menghasilkan gerakan yang berterusan dengan hasil yang sangat tepat.
Dia adalah lampu dengan pancaran sinarnya yang agung dan sumbunya yang tidak pernah padam hingga ke titisan terakhir dari minyak yang ada dalam lampu itu benar-benar habis. Itulah Imam Hasan Al Banna yang mengorbankan dirinya demi tegaknya dakwah ini hingga titisan darahnya yang terakhir tumpah membasahi bumi seraya berucap, “Asyhadu alla Ilaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.”
Cita-citanya berada jauh di atas kemampuan dirinya dan kemampuan lebih tinggi dari keletiham fizikalnya serta masa yang tersedia baginya. Hasratnya saling berlumba untuk melampaui batas kemampuan manusia. Karya besarnya yang sesuai untuk zaman ini telah menjadi kemuliaan bagi para wali lebih dari sekadar prestasi seorang anak manusia yang memiliki kecerdasan.
Beliau adalah peribadi yang beramal untuk dakwah ini seakan-akan hanya dialah seorang yang memperolehi bebanan dakwah itu. Kita mungkin akan bertanya, kekuatan apakah gerangannya yang dimiliki oleh lelaki ini sehingga ia mampu membawa di atas bahunya beban yang sangat besar dan berbagai masaalah berat? Ia menyatu dalam jiwa kita umpama menyatunya semerbak wangian bunga-bunga yang indah di taman.
Imam Hasan Al Banna juga memiliki ciri-ciri istimewa pada :
  1. Kemampuan daya ingatannya.
  2. Kecerdasannya.
  3. Kesabarannya.
  4. Ketawadhu’annya.
  5. Sifat pemaafnya.
  6. Firasatnya yang tajam.
Dari segi kehidupan lahiriah, beliau :
  1. Hanya menyantap makanan yang terhidang di hadapannya.
  2. Mengenakan pakaian yang sederhana.
  3. Menjalani kehidupannya dengan rezeki Allah sekadar cukup untuk memenuhi keperluannya.
Hatinya tidak pernah risau ketika ia perlu meninggalkan anak-anaknya untuk Allah walaupun tidak ada sesuatu pun yang ia tinggalkan bagi mereka.
Kesenangan dan kebahagiaan hatinya ialah tatkala ia berseru kepada manusia dengan kalimat Allah dan menyampaikan kepada mereka  rahsia yang tersembunyi dalam dirinya dan tatkala kecemerlangan gagasan dan nilai-nilai luhur yang ia bawa menemui realitinya.
Dalam memyampaikan dakwahnya, beliau nyaris tidak ada istirehat bahkan terus bergerak dari pagi hingga ke petang hari. Jika beliau melakukan ‘jaulah’, sebahagian besar hari-harinya dilalui dengan perjalanan dakwah. Siang hari beliau gunakan untuk bermusafir dan ia tidak tidur pada malam hari kecuali sedikit.
Pada detik-detik akhir kehidupannya, seoarang ikhwan menasihatinya ketika ia melihatnya tidak tidur malam dan tidak juga memanfaatkan siang harinya untuk beristirehat.
Sahabat tersebut berkata :
“Wahai syeikh, sebaiknya engkau mengasihi dirimu dengan tidur dan beristirehat walau sejenak sahaja.”
Imam Hasan Al Banna menjawab :
“Esok, wahai sahabatku, aku akan beristirehat sangat lama dan menikmati tidur panjangku.”
Semoga kasih sayang Allah sentiasa tercurah bagi Imam Hasan Al Banna. Ia adalah peribadi yang muncul secara tiba-tiba dan tidak terduga di dunia ini.
Zaman sangat sukar melahirkan peribadi seperti itu. Ia sesungguhnya tidak mati bahkan hidup di sisi Tuhannya dan di hati para pengikutnya. Jejak dakwah dan kehidupannya tidak akan mati bahkan tetap hidup menempuh perjalanan panjang yang membentang di hadapannya. Mereka yang datang di belakangnya akan merasa sangat letih dan penat untuk mengikuti jejak langkahnya.
Ya Allah, kami memohon taufiq kepadaMu sebagaimana Engkau berikan kepada Imam Hasan Al Banna. Berilah ganjaran pahala kepada kami dengan kebaikan bagi Islam dan kaum muslimin. Kurniakanlah kepada kami ‘syahadah’ di jalanMu sebagaimana yang Engkau berikan kepada Imam Hasan Al Banna dan bangkitkanlah kami pada hari kiamat nanti bersama para Nabi, Shiddiqin, Shuhada’dan Solehin.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"
"IKRAM Wadah Perjuangan"

Tuesday, February 1, 2011

Kepentingan Menjiwai Kedatangan dan Pengaruh Islam kepada Masyarakat Melayu.

Siri Tiga (3) Tulisan Dr Hafidzi Mohd Noor


Bahasa Melayu yang mengalami evolusi yang pesat ini mencetuskan satu revolusi pemikiran yang tidak pernah disaksikan di kalangan orang Melayu. Bersama dengan revolusi ini lahirlah forum-forum, perbahasan  dan penulisan-penulisan ilmiah yang mengungkapkan pelbagai disiplin ilmu pengetahuan dan falsafah. Senario ini amat berbeza di zaman sebelum kedatangan Islam atau zaman pra-Islam. Apabila pengembara Ibn Battutah melawat Asia, beliau telah singgah di Pasai pada tahun 1345[1]. Beliau telah menceritakan pengalamannya di dalam bukunya yang masyhur iaitu 'ar-Rehlah'. Beliau sempat menghadiri majlis ilmu yang dihadiri oleh Sultan al-Malikus Zahir, pemerentah Pasai pada zaman itu[2]. Sultan dikatakan mengikuti perbincangan-perbincangan ulama-ulama fiqh dengan penuh minat. Majlis ilmu (halaqat) tersebut di adakan seminggu sekali pada setiap hari Jumaat.  Bandingkan senario di atas dengan gambaran yang dilukiskan oleh Marco Polo apabila beliau melawat tempat yang sama 'Ferlec' pada tahun 1290an, lebih kurang 50 tahun sebelumnya. Di dalam buku catatannya 'Il Milionne’ (Pengalaman Mengembara ke beberapa bahagian Dunia), Marco Polo mengatakan penduduk-penduduk di Sumatera Utara mempunyai ekor dan mereka ini memakan daging manusia. Kapal yang dinaiki oleh Marco Polo sendiri berlabuh jauh ke tengah laut kerana takut ditangkap oleh manusia-manusia 'cannibal' tersebut. Marco Polo juga menceritakan bagaimana setengah-setengah bandar pelabuhan rakyatnya telah memeluk agama 'Muhammadan' (Islam) dan mereka ini bertamadun dan hidup dengan makmur[3].  Bandingkan juga dengan catatan Muhammad Cheng Ho mengenai penduduk yang belum dan yang telah memeluk Islam di sebuah tempat di Pulau Jawa pada tahun 1413[4]. Beliau melihat penduduk di sana boleh dibahagikan kepada tiga kelompok. Kelompok pertama ialah golongan Islam yang datang dari barat (timur tengah). Mereka digambarkan berpakaian rapi dan makanan mereka enak. Golongan kedua ialah orang-orang Cina yang lari dari negara mereka. Kebanyakkan dari mereka juga beragama Islam dan mengamalkan ajarannya dengan baik. Golongan ketiga ialah penduduk asli yang kotor dan busuk, berjalan ke sana-sini tanpa alas kaki dan alas kepala. Mereka ini dikatakan sangat takut kepada hantu-syaitan sehingga negeri mereka terkenal dengan sebutan ‘Negeri Hantu’. Ini bermakna dalam masa tidak sampai 50 tahun, Islam telah mengubah rupa bentuk, budaya dan pemikiran orang Melayu dan tiada yang dapat menghasilkan perubahan ini selain dari ilmu.

Kita melihat dalam zaman peralihan dari Hindu kepada Islam ini ditandai oleh kelahiran penulisan-penulisan ilmiah yang bermutu tinggi. Sedikit demi sedikit hasil-hasil sastera berteraskan cerita dewa-dewa seperti 'Hikayat Seri Rama' dan 'Hikayat Pandawa Lima' digantikan oleh kitab-kitab tasawuf, akidah dan fiqh[5]. Pendita-pendita, tukang-tukang karut, Brahmin dan sami-sami diganti dengan kemunculan tokoh-tokoh ulama, sufi dan pemikir Islam. Di antara nama-nama yang memberi sumbangan yang sangat besar kepada pembangunan ilmu dan pembinaan insan pada kurun-kurun awal kebangkitan Islam ialah Syeikh Hamzah Fansuri[6], Syeikh Shamsuddin as-Sumaterani[7], Syeikh Nuruddin Ar-Raniri[8], Syeikh Abdul Rauf As-Sinkeli.[9] Sastera-sastera rakyat turut diresapi oleh unsur-unsur Islam sehingga lahirlah beberapa karya penting seperti 'Hikayat Umar Umaiyah', ‘Hikayat Amir Hamzah’ dan 'Hikayat Muhammad Hanafiyah'. Pandangan hidup ‘worldview’ orang melayu  berubah dari sesuatu yang berasaskan estetika semata-mata kepada sesuatu yang lebih tinggi iaitu berdasarkan ilmu dan


[1] HAMKA, 1965. Sejarah Umat Islam: Perkembangan Islam di Nusantara. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. hlm. 439.
[2] Ibid., hlm. 439. Sultan al-Malik az-Zahir dilaporkan oleh Ibn Batutah sebagai seorang yang alim dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang fiqah Mazhab Syafie. Kealiman baginda menjadikan Pasai sebagai tumpuan ulama’ dari Mesir, Mekah, Madinah, Yaman, Hadramaut dan Malabar. Baginda pergi bersolat jumaat dengan berjalan kaki dan hanya menunggang gajah atau kuda ketika pulang. Sultan juga aktif menyebarkan Islam di kawasan pendalaman yang masih jahil. Jika perlu menurut Ibn Batutah, Sultan akan menggunakan kekuatan tentera untuk melaksanakan tugas dakwahnya. 
[3] Mohd. Dahlan Mansoer. 1979.  Pengantar Sejarah Nusantara Awal. kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 134 – 140. Marco Polo bersama ayahnya saudagar dari Venice telah melawat Cina atas jemputan Maharaja Monggol, Kublai Khan. Marco Polo dilantik sebagai pegawai Kerajaan Mongol dan pernah ditugaskan untuk mengiringi puteri Monggol yang dikirim ke Parsi pada tahun 1292M. Dalam perjalanan ke Parsi beliau telah singgah di beberapa tempat di Sumatera. Di antara tempat-tempat tersebut ialah ’Ferlec (Perlak) dan Lamri. Menurut Marco Polo penduduk pendalaman masih biadab, memakan daging manusia dan berekor. Mohd Dahlan Mansoer yang mengutip petikan-petikan catatan perjalanan Marco Polo tidak menganggapnya sebagai sumber sejarah yang bernilai kerana sarat dengan prejudis, kisah yang pelik dan tidak masuk akal. Namun catatan Marco Polo ini mengesahkan Islam telah bertapak di Sumatera Utara pada akhir kurun ke 13M.
[4] Hamka, op. cit., hlm. 433
[5] Ali Ahmad dan Siti Hajar Che’ Man, 1966. Bunga Rampai Sastera Melayu Warisan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 197 – 204.
[6] T. Iskandar. 1987. Hamzah Fansuri Pengarang, Penyair, Ahli Tasauf Abad Ketujuh Belas. Dlm. Mohamad Daud Mohamad (pnys.) Tokoh-tokoh Sastera Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 1 – 9.
[7] T. Iskandar. 1987. Shamsuddin as-Sumaterani Tokoh Wujudiah. Dlm. Mohamad Daud Mohamad (pnys.) op. cit., hlm. 45 – 53.
[8] Wan Mohd Shaghir Abdullah. 1987. Al-Allamah Syeikh Nuruddin Ar-Raniri. Dlm. Mohamad Daud Mohamad. op. cit., hlm. 90 – 100.
[9] Ibid., hlm. 63 – 71.

Kepentingan Menjiwai Kedatangan dan Pengaruh Islam kepada Masyarakat Melayu.

Siri Dua (2) Tulisan Dr Hafidzi Mohd Noor


Islam bukan sahaja menyuntik Bahasa Melayu dengan istilah-istilah yang merubah pandangan hidup bahkan melonjakkan ia  dari satu bahasa komunikasi harian yang terbatas kepada bahasa ilmu. Perkataan ’ilmu’ itu sendiri adalah pinjaman dari al Quran yang tidak ada perkataan seumpamanya dalam kamus orang melayu. Oleh kerana tiadanya konsep ilmu maka pemikiran orang melayu sarat dengan tahyul, khurafat, mitos, dogengan dan khayalan yang tidak ada asas-asas ilmu dan saintifik. Mulia dan tingginya martabat ilmu dapat dihayati dari kata-kata yang disusun indah oleh Za’ba;

            Mertabat ilmu:[1]
                        Mertabat ilmu amat tinggi,
                        Emas dan intan bukan bandingnya;
                        Barang siapa mendapat dianya,
                        Nikmat sejahtera jua kiranya,
                        Berkata ilmu, ”akulah sultan,
                        Kuasa perentahku darat lautan”
                        Jahil berseru, ”akulah syaitan,
                        Ikutlah aku merata hutan.”

Tradisi ilmu yang sudah lama berkembang di pusat-pusat tamaddun islam dari abad ke 8 hingga 15M melahirkan pelbagai cabang ilmu di dunia melayu samada ukhrawi atau ilmu alat seperti ilmu Tauhid, ilmu kalam, ilmu usuluddin, ilmu usul fiqh, ilmu alam, ilmu hisab (aljebra), ilmu kimia (alkemi), ilmu falaq, sejarah (syajarah) dan lain-lain. Dari konsep ilmu ini lahirlah pelbagai istilah yang berkaitan dengan menuntut ilmu seperti ’murid’ yang membawa maksud ’pencari’ iaitu mereka yang mencari ilmu dan kebenaran. Islam turut melahirkan sistem pendidikan formal dan sistematik yang pertama di dalam masyarakat melayu iaitu ’pondok’ (seumpama sekolah asrama bagi pelajar-pelajar agama) yang berasal dari istilah arab ’funduq’.[2] Selain ’madrasah’ yang bermaksud tempat pembelajaran yang lazimnya mempunyai kaitan rapat dengan institusi masjid, istilah ’ma’ahad’ dan ’maktab’ digunakan untuk merujuk kepada institusi pengajian di peringkat yang lebih tinggi seperti Maktab perguruan. Istilah seperti ’kutub khanah’ merujuk kepada tempat di mana buku-buku untuk bacaan umum dikumpulkan atau perpustakaan. Meskipun institusi pendidikan hari ini menggunakan istilah-istilah dari barat seperti ’sekolah’ (dari perkataan ’school’), ’kolej’, ’kolej matrikulasi’, ’institiut’,  ’politeknik’ dan ’universiti’, namun institusi pendidikan formal yang pertama di Nusantara menggunakan istilah-istilah Arab yang datang bersama Islam. Meskipun istilah ’pondok’ sering dikaitkan dengan sistem pembelajaran yang bersifat tradisional namun istilah seperti ma’ahad dan maktab kekal digunakan untuk sekolah-sekolah elit dan terkenal seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar (Malay College), Maktab Rendah Sains Mara, Maktab Sultan Abu Bakar Johor Baharu (English College), Maktab Mahmud Kedah, Ma’ahad Hamidiyah Kajang dan Ma’ahad Muhammadiy Kelantan. Bahkan dengan proses tajdid Islami atau kebangkitan Islam dalam Sistem Pendidikan hari ini telah melahirkan institusi-institusi yang menjadikan al Quran sebagai teras pengajian seperti Sekolah Tahfiz Sains dan Darul Quran.

Seiring dengan konsep ilmu ialah konsep yang memberi nilai dan neraca hidup yang hakiki seperti ’hikmah’, ’hak’, ’batil’, ’adil’ dan ’zalim’.   Semua konsep-konsep ini tidak diketahui oleh orang melayu sebelum Islam. Tidak ada konsep adil atau zalim kerana penentu mutlak kepada tindakan seseorang ialah kedudukan sosialnya di dalam masyarakat.  Justeru tidak hairan jika konsep ’derhaka’ yang berasal dari budaya bahasa sanskrit membelenggu pemikiran orang melayu sehingga terbit ungkapan ’pantang melayu derhaka kepada raja’. Konsep derhaka ini kemudiannya mengalami penilaian semula dengan datangnya Islam yang membawa konsep adil dan zalim. Terbitlah di dalam falsafah hidup orang melayu iaitu ’Raja adil raja disembah; Raja zalim, raja disanggah’. Konsep keadilan dan keimanan yang menjadi teras pemerintahan jelas tergambar dalam lagu-lagu rasmi beberapa buah Negeri-negeri Semenanjung Malaysia, seperti berikut;
            Lagu rasmi Negeri Perak;
                        Di lanjutkan Allah usianya Sultan,
                        Adil dan murah memerintah watan,
                        Di taati rakyat kiri dan kanan,
                        Imam yang Soleh Allah kurniakan
                        Allah berkati Perak Ridzuan
                        Allah selamatkan negeri dan Sultan

            Lagu rasmi Negeri Kedah;
                        Allah selamatkan Sultan mahkota,
                        Berpanjangan usia di atas takhta,
                        Memelihara agama Nabi kita
                        Negeri Kedah serata-rata.

            Lagu rasmi Negeri Perlis
                        Amin-amin ya Rabbal Jalil,
                        Doa hamba yang sangat zalil,
                        Kekalkan daulat serta adil,
                        Bagi perintah Jamalullail.

Meskipun kalimah-kalimah Sanskrit seperti ’patek’, ’Duli’ dan ’Yang Maha Mulia’ masih kekal sebagai jargon bahasa istana, namun Islam meletakkan konsep adil sebagai teras kepimpinan Raja-raja Melayu. Adil membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya yang hak dan di dalam Islam kedudukan adil sangat dititik beratkan kerana ia menatijahkan ’takwa’. Allah S.W.T. berfirman di dalam al Quran yang membawa maksud ’berlaku adillah kerana ia lebih dekat kepada takwa.’ Di dalam Gurindam Dua Belas, nukilan Raja Ali Haji, sikap adil seorang raja menjadi prasyarat kepada ’inayah’ atau pertolongan Allah seperti berikut;
            Fasal kedua belas[3]
                        Raja bermuafakat dengan menteri,
                        seperti kebun berpagar duri.

                        Betul hati kepada raja,
                        tanda jadi sebarang kerja.

                        Hukum adil kepada rakyat,
                        tanda raja beroleh inayat.

Bahasa Arab juga merubah susuk jiwa orang melayu. Beberapa perkataan memperkaya penbendaharaan kata untuk menggambarkan perasaan atau syu’ur. Perkataan ’hiba’ umpamanya memberikan satu makna yang khusus untuk menggambarkan kesedihan yang terkait dengan kasih-sayang atau ’hubbun’. Maka orang melayu menggunakan istilah hiba apabila menggambarkan perasaan kesedihan akibat kehilangan orang-orang yang amat dikasihi seperti ibu-bapa, suami-isteri, anak-anak, sanak-saudara dan sahabat-handai. Perkataan hiba dikhususkan dalam situasi yang sedemikian bagi membezakan kesedihan akibat kehilangan sesuatu yang berbentuk kebendaan atau materi. Perkataan-perkataan seperti ’rahmat’ dan ’ikhsan’ menggambarkan sifat-sifat kasih-sayang dan belas yang diambil dari tasawwur Islam. Sebahagian dari konsep-konsep ini tidak digunakan dalam bahasa sehari-hari, namun pengaruhnya jelas di dalam budaya orang melayu apabila konsep seperti ’rahman’ (kasih), ’rahim’ (sayang), ’mawaddah’ (cinta) ’sa’adah (bahagia) dan ’sakinah’ (ketenangan) menghiasi nama-nama orang melayu. Istilah-istilah ini terangkum di dalam konsep ’ukhuwah’ juga memberikan makna yang lebih besar dari sekadar hubungan persaudaraan. Konsep ukhuwah memperkenalkan orang melayu kepada satu bentuk persaudaraan yang melangkaui batasan bangsa, keturunan dan batasan-batasan geografi. Orang melayu yang hidup di dalam lingkungan suku dan daerahnya sahaja kini menghirup satu nikmat persaudaraan yang disandarkan kepada keimanan kepada Allah S.W.T.  Demikianlah bahasa melayu akhirnya menjadi bahasa yang diperkaya dengan pelbagai istilah yang memperkasa orbit kehidupan orang melayu baik dalam siasah (politik), iktisad (ekonomi), tarbiyah (pendidikan), dan sosial.



[1] Za’ba, 1965, Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 96.
[2] Muhammad Abdul Rauf. (t.t.).  Islamic Education. Dlm. Intisari, Malaysian Sosiological Research Inst. Vol. ii, no. 1,hlm.  22.
[3] Mohd. Yusof Md. Nor & Abd. Rahman Kaeh. 1985. Puisi Melayu Tradisi. Petaling Jaya: Penerbit Fajar bakti. hlm. 180.

Kepentingan Menjiwai Kedatangan dan Pengaruh Islam kepada Masyarakat Melayu.

Siri Satu (1) Tulisan Dr Hafidzi Mohd Noor

Di zaman Empayar Majapahit yang menjadikan agama Syiwa-Buddha (sinkretisme atau gabungan agama Hindu-Buddha) sebagai anutan resmi, bahasa Jawa menjadi bahasa utama di dalam mengungkapkan konsep-konsep agama Syiwa-Buddha. Ini dapat dibuktikan dari warisan prosa/puisi dari era tersebut seperti Negarakertagama, Pararaton, Brata Yudha, Rama Kawi dan Asmaradhana. Bahasa Jawa berkembang seiring dengan anutan agama Syiwa-Buddha sehingga ia sarat dengan istilah-istilah agama Hindu yang bersifat abstrak dan nilai-nilai estetika (seni rasa).
 
Apabila Islam datang ke Nusantara, ia perlu disampaikan dalam bentuk yang jelas dan terang. Ini adalah kerana al Quran itu sendiri bersifat ’bayyinah’ – berupa keterangan yang jelas. Konsep atau tasawur Islam perlu diketengahkan kepada penduduk Kepulaun Melayu dengan bahasa yang tidak menimbulkan kekaburan pada makna dan penghayatan. Berdasarkan kepada syarat ini dengan sendirinya Bahasa Melayu terpilih untuk menjadi medium komunikasi dakwah dan mengalami proses evolusi yang pesat di mana ia diperkayakan dengan istilah-istilah Arab. Proses yang menyebabkan Bahasa Melayu terpilih sebagai medium dakwah tidaklah berlaku secara tidak sengaja. Bahasa Melayu dikatakan mempunyai ciri-ciri bahasa Arab Jahiliyah yang bersih dari konsep-konsep keagamaan yang kabur. Justeru itu Bahasa Arab menjadi wahana penyampaian risalah Islam berbanding bahasa-bahasa Yunani-Romawi kuno dan Irani-Farsi kuno. Ini adalah kerana bahasa-bahasa tersebut telah mengambil peranan sebagai bahasa agama yang bersifat estetika (seni rasa) yang tidak mampu menyampaikan pemikiran-pemikiran yang bersifat ilmiah secara jelas. Hal yang sama berlaku kepada bahasa Jawa kuno yang mengambil peranan sebagai bahasa Hindu-Buddha yang bersifat estetika. Oleh kerana Bahasa Melayu bukan bahasa agama yang bersifat estetika ia tidak terbeban dengan istilah-istilah yang rumit yang mengelirukan, yang lahir dari tradisi metos, metafisika dan falsafah agama yang kabur. Oleh itu pandakwah yang mula-mula sampai ke Nusantara dengan sengaja memilih Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Islam[1].

Bahasa Melayu lebih demokratis sifatnya kerana ia telah lama terdedah kepada pelbagai pengaruh luar dan diucapkan oleh semua lapisan masyarakat berbanding Bahasa Jawa yang lebih feudalistik kerana perkembangannya lebih banyak terbatas dalam lingkungan ’kraton’. Istilah-istilah keagamaan hanya mampu ditafsirkan oleh pendita-pendita yang memastikan kedudukan raja terus dipuja sebagai dewa. Menurut Syed Muhammad Naguib al-Attas keadaan ini jugalah yang menyebabkan Islam di Pulau Jawa bermasaalah. Islam terpaksa dihidangkan dalam kerangka Bahasa Jawa yang sarat dengan nilai-nilai estetika Hindu-Buddha. Konsep-konsep Islam yang diterangkan menggunakan istilah-istilah agama Hindu-Buddha menimbulkan kekeliruan dan campur-aduk dengan kepercayaan lama. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu lebih bersih untuk menerima satu transformasi yang paling hebat dalam sejarah yang mengangkat jatidiri bangsa Melayu. Ribuan konsep dan istilah-istilah Arab membanjiri perbendaharaan Bahasa Melayu[2]. Konsep-konsep seperti ’iman’, ’ibadah’, ’dakwah’, ’akidah’, ’taqwa’, ’syukur’, ’taubat’, ’tawakkal’, ’makruf’, ’mungkar’, ’kufur’ dan sebagainya yang tidak ada di dalam Bahasa Melayu dan tidak mungkin diganti dengan istilah-istilah sedia ada diadaptasi sebagai istilah Bahasa Melayu. Istilah-istilah yang dipinjam dari Bahasa Sanskrit seperti ’agama’, ’syurga’, ’neraka’, ’puasa’, ’dosa’ dan ’pahala’ dikekalkan dan disuntik dengan konsep Islam.

Istilah-istilah al Quran atau yang disuntik dengan ruh al Quran ini menjadi acuan untuk membentuk jatidiri baru orang melayu. Terlalu banyak contoh yang boleh diketengahkan untuk menyokong tesis ini. Istilah seperti ’sabar’ adalah satu istilah yang dicedok langsung dari bahasa Arab – istilah Qur’ani. Orang melayu tidak punya satu konsep yang mendekati makna sabar dalam kamus perbendaharaan kata sedia ada. Konsep sabar seperti yang diungkapkan oleh al-Quran ’Dan carilah pertolongan Allah dengan solat dan sabar’ memberi satu tasawwur kawalan diri yang tidak pernah dikenali oleh orang melayu. Kemungkinan sifat amok yang seringkali dikaitkan dengan orang melayu punya pertalian yang rapat dengan ketiadaan konsep sabar tersebut. Begitu juga perkataan seperti ’ikhlas’ adalah satu konsep yang diambil terus dari al Quran. Sebelum Islam konsep seumpama ikhlas hampir tidak diketahui dalam budaya masyarakat melayu. Ungkapan yang biasa beredar di dalam masyarakat iaitu ’Ada ubi ada batas, ada budi ada balas’ menunjukkan di dalam budaya melayu, sesuatu pemberian itu biasanya mengharapkan suatu balasan. Namun dengan kedatangan Islam dan pemerkasaan bahasa melayu dengan konsep Islam, maka berlaku suatu revolusi menyeluruh dalam kehidupan orang melayu. Konsep ikhlas memperkaya budi bangsa melayu dengan mengharapkan keredhoan dan balasan yang jauh lebih besar dari Allah S.W.T. atas usaha dan pengorbanan mereka sesama insan. Satu lagi istilah yang membawa satu revolusi ketara dalam kehidupan orang melayu ialah konsep ’tawakkal’. Tawakkal membawa maksud mengerah segenap kudrat dan sumber yang ada untuk menjayakan sesuatu usaha sebelum menyerahkan kepada Allah yang menjadi penentu mutlak. Tidak wujud konsep tawakkal dalam kamus orang melayu sebelum Islam. Orang melayu lebih selesa dengan konsep berserah diri kepada ’tuah’ dan ’malang’ sebelum Islam. Istilah tuah dan malang itu sendiri tidak wujud dalam Islam. Dengan adanya konsep tawakkal, maka nasib bersandar kepada tuah atau malang tidak lagi punya tempat dalam urusan mengatur kehidupan. Falsafah ’kalau batu tenggelam, kalau sabut timbul’ tidak lagi menjadi pegangan orang melayu. Dengan konsep tawakkal ini orang melayu sepatutnya mempunyai pandangan hidup yang positif dan meletakkan usaha sebagai sebab utama kepada tercapai sesuatu hajat iaitu dengan disandarkan kepada kekuasaan Allah S.W.T.
_____________________________________________________________________________________
[1]. Syed Muhammad Naguib al-Attas. op. cit., hlm. 36 – 37.
[2] C.Skinner, (t.t.). The Influence of Arabic Upon Modern Malay. Dlm. Intisari, Malaysian Sociological Research Inst. Vol. ii. No. 1, hlm. 34 – 37.; Muhammad Sanusi bin Haji Mahmood, 1976. Kamus Istilah Islamiah, Kelantan. 137 hlm.; Beg, M.A.J., 1983. Arabic loan words in malay – A comparative study. Kuala Lumpur: The University of Malaya Press. hlm. 77 – 87.