Monday, June 25, 2012

Syiah Di Malaysia

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.
     
  2. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
     
  3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri – Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri – Negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
     
  4. Memperuntukkan pindaan kepada semua Undang – Undang Negeri dan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif hukum Syarak atas Undang- Undang Islam seperti berikut :” Hukum Syarak atau Undang – Undang Islam ertinya Undang – Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlaq. ”
     
  5. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang Islam dan demikian penyebaran apa –apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
     
  6. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang – undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.
     
  7. Menetapkan bahawa penerbitan , penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah , filem , video dan lain – lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

Petikan dari
 Home

Saturday, June 23, 2012

Lawatan Kerja YDP IKRAM Selangor

Tanggal Jumaat  22 Jun 2012/2 Syaaban 1433H,lawatan kerja pertama YDP IKRAM Selangor,Prof Madya Ust Hasanuddin Mohd Yunus ke Pejabat Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Y.A.D. DATO' SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB BIN MOHD ISA diiringi oleh TYDP Tn Hj Shamsul Ma’arif Hj Ismail dan Sdr Naim Jusri.

Inline image 1

Pertemuan pada jam 9.30pg itu bagi memperkenalkan IKRAM Selangor kepada Pengerusi MAIS. YDP telah memperkenalkan IKRAM sebagai pertubuhan dakwah dan tarbiyyah yang menjalankan pelbagai usaha dakwah di negeri Selangor termasuk di dalam bidang pendidikan,kebajikan dan isu palestin. YDP juga berkongsi Profail IKRAM Selangor yang menceritakan Visi dan Misi IKRAM, senarai YDP dan alamat 13 Daerah di Selangor serta aktiviti yang dijalankan oleh IKRAM Selangor.

Inline image 4

Perbincangan itu juga turut dihadiri oleh Sdr Hanif Hasan,Setiausaha MAIS yang merupakan juga murid kepada YDP ketika mengajar di UTM Skudai pada tahun 90an dahulu. Merupakan satu perjumpaan yang tidak disangka bagi mereka dan semoga boleh memperkukuhkan lagi hubungan antara MAIS dan IKRAM Selangor.

Inline image 3

Pertemuan diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada IKRAM Selangor kepada Pengerusi MAIS sebagai tanda kenangan.(dari kiri: En Hanif Hassan,Dato' Adzib Mohd Isa,Ust Hasanuddin Yunus, Ust Shamsul Ma'arif Ismail). Semoga pertemuan ini merupakan langkah pertama untuk kerjasama yang lebih erat antara MAIS dan IKRAM Selangor dimasa hadapan.