Tuesday, July 31, 2012

YDP IKRAM Selangor: Kesenangan dan kepayahan yang mudah lupa


Ada dikalangan kita, bila diberi kesenangan, dia mudah lupa Allah. Ada juga manusia yang diberi kepayahan dia terus kufur kepada Allah.

Ada dikalangan kita bila diberi kepayahan, dia semakin kental dan semakin rapat dengan Allah.
Ada juga manusia yang diberi kesenangan  dia terus lupa kepada Allah.

Allah S.W.T mengenali kita lebih dari kita mengenali diri kita sendiri. Dia latih kita dengan kekadang, Dia beri kepayahan dan kekadang Dia beri kesenangan.

Kita berusaha bermati-matian untuk kesenangan dan berdoa terbaik untuk kita. Dia iaitu Allah, akan beri sesuatu terbaik untuk kita.

Selepas melalui kedua-dua keadaan, akan sampai saat kita melepasi satu maqam yang tinggi dan tinggi. Samada kepayahan atau kesenagan kita tetap sibuk bersamaNya.

Keadaan itu dilalui tanpa kita rasakan kerana kita terlalu sibuk denganNya.



بَسَطَكَ كَيْ لَا يُبْقِيْكَ مَعَ القَبْضِ، وَقَبَضَكَ كَيْ لاَ يَتْرُكُكَ مَعَ البَسْطِ، وَأَخْرَجَكَ عَنْهُمَا كَيْ لَا تَكُوْنَ لِشَيْءٍ دُوْنَهُ.
Allah melapangkan keadaan mu agar engkau tidak tetap dalam kesempitan. Dan Dia menyempitkan keadaan mu agar engkau tidak terus dalam kelapangan. Dia melepaskan kamu dari dua keadaan itu agar engkau bebas dari sesuatu selainNya

Ia mengingatkan kita pada hadis yang pernah kita sama-sama tekuni satu masa dulu:



عرض عليّ ربيّ أن يجعل لى بطحاء مكّة ذهبا فقلت: لا يا ربّ أشـبـع يوما و أجوع يوما

Tuhanku pernah menawariku untuk memberikan emas sebanyak daratan Mekkah, lalu aku menjawab: "Tidak wahai tuhanku Biarlah aku kenyang sehari dan lapar sehari" -Tirmizi

Sunday, July 29, 2012

IJTIMA' RAMADHAN IKRAM SELANGOR (IRIS) 2012

8.00
Pendaftaran
9.00
Bacaan Al Qur’an & Terjemahan
9.15
Ucapan Pengurus Tarbiah IKRAM Selangor
9.30
Ucapan Perasmian YDP IKRAM Selangor
Prof. Madya Ustaz Hasanuddin Yunus
10.30
Rehat, Solat Dhuha
11.00
Forum
Tajuk:  Melonjakkan Aktivisma Duat Melalui Tarbiyah Ramadan
Ahli Panel:
  1. 1. Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
  2. 2. Prof Madya Harlina Haliza Haji Siraj
Pengerusi Forum:   Prof. Nazari  Ismail
12.45
Rehat, Solat Zuhur
 2.00

4:00
4:45
7.30
3.30 am
5.45
8:00 am
Ceramah Perdana : Berdakwah Dengan Al-Quran
Penceramah: Ustaz Dr. Danail Zainal Abidin
Perkongsian IKRAM Antarabangsa
Solat Asar dan Tadarus Al-Quran Berkelompok
Berbuka puasa, solat Maghrib, Isya dan Tarawikh
Solat Tahajjud berjamaah (Mengikut Jadual Masjid)
Solat Subuh
Ucapan Penutup dan Bersurai dengan Doa

Wednesday, July 25, 2012

Murad Wilfried Hoffman: Kisah Islamnya Mantan Direktur NATO


Doktor Falsafah (Undang-Undang) graduan dari Harvard. Seorang Saintis Sosial dan Diplomat, Jerman telah memeluk Islam pada tahun 1980.

Dr Hofmann dia dilahirkan sebagai seorang Katolik di Jerman pada tahun 1931. Beliau berkelulusan dari Union College New York dalam sejarah dan menamatkan Pengajian Undang-Undang di Universiti Munich telah menerima ijazah doktor falsafah dalam bidang perundangan pada tahun 1957.

Beliau menjadi pembantu penyelidik untuk Reformasi Prosedur Awam Persekutuan, dan pada tahun 1960 menerima ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau adalah Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels 1983-1987. Beliau adalah Duta Jerman ke Algeria pada tahun 1987 dan kemudian ke Maghribi pada tahun 1990 dan berkhidmat selama empat tahun. Beliau mengerjakan Umrah pada tahun 1982 dan Haji pada tahun 1992.

Terdapat beberapa pengalaman utama membawa Dr Hofmann kepad Islam. Sebagai permulaan pada tahun 1961 apabila beliau  telah dihantar ke Algeria sebagai Atase di Kedutaan Jerman sedangkan diketika itu perang gerila berdarah antara tentera Perancis dan Barisan Kebangsaan Algeria.  Beliau dapat menyaksikan sesuatu kekejaman yang dilalui oleh penduduk Algeria.  Setiap hari, hampir berdozen rakyat dibunuh dari jarak dekat dan gaya pelaksanaan, kepada orang Arab atau yang bercakap untuk kemerdekaan. "Saya saksikan kesabaran dan ketahanan rakyat Algeria mengharungi penderitaan yang melampau dengan sabar, mereka sangat displin semasa ramadan keyakinan mereka kemenangan, serta mereka masih sabar di tengah-tengah kesengsaraan. Beliau merasakan ini adalah hasil dari kepercayaan agama mereka oleh itu beliau mula mengkaji buku agama mereka - Al-Quran. "Saya tidak pernah berhenti membaca, hingga ke hari ini."

Dia mendapati ia sukar untuk menerima pemikiran yang umat manusia itu dibebankan dengan "dosa asal" dan Allah terpaksa menyiksa anaknya sendiri dan dibunuh di atas salib untuk menyelamat ciptaanNya sendiri. 
"Saya mula menyedari bagaimana besar salahnya, nak membayangkan bahawa tuhan boleh melakukan kesilapan dalam penciptaan. Bolehkah tidak dapat berbuat apa-apa mengenai bencana yang disangkakan disebabkan oleh Adam dan Hawa tanpa melibatkan anak yang terpaksa melakukan sautu peristiwa berdarah demi membebaskan manusia ciptaanNya.

Beliau pergi balik kepada isu yang paling asas bagi kewujudan Allah.  Selepas menganalisa karya-karya ahli falsafah, seperti Wittgenstein, Pascal, Swinburn, dan Kant, beliau telah mula menyakini kewujudan Tuhan.  Isu seterusnya bagaiamana Allah menyampaikan petunjuk kepada manusia.  Ini menyebabkan dia mengakui keperluan ayat-ayat.  Tetapi kitab manakah yang mepunyai kebenaran kitab-kitab Yahudi-Kristian atau Islam?

Beliau menemui jawaban semasa pengalaman ketiga apabila menemui ayat al-Quran yang menyatakan: "... Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)." (Al-Quran 53:38).  Ini membuat pemikirannya terbuka dan menjawap persoalan yang menjadi dilema kepada beliau dengan jelas sekali.  Dengan itu tertolaklak idea beban "dosa asal" dan jangkaan "syafaat" oleh orang-orang kristian.  Sedangkan kehidupan orang0orang Islam tidak memerlukan perantara seperti kristian ketika berdoa perlu melalui Isa, Maryam, atau orang-orang kudus Lain.  Orang mukmin bebas sepenuhnya dan tiada misteri.  "Menurut Hofmann," Orang Islam adalah mukmin yang cemerlangan dan bebas ".


"Saya mula melihat Islam dengan mata sendiri, sebagai kepercayaan yang tidak dicemari, asli dalam satu sahaja, tuhan yang benar, tidak beranak dan diperanakkan, kepadaNya apa-apa dan tiada siapa yang menyerupai ...,  al-Quran yang telah mempamerkan kejelasan, abstrak dan sejarah paling maju"

"Kenyataan dan etika ontologi Al-Quran adalah mengkagumkan dan mendalam munasabah,"  bagai emas, "jadi tiada ruang untuk sangsi atau ragu akan kesahihan misi Nabi Muhammad. Bagi sesiapa yang memahami sifat manusia, tidak mungkin menafikan kebijaksanaan tak terhingga "Amalan dan Larangan" diturunkan dari Allah kepada manusia dalam bentuk al-Quran. "

Selepas menjalani pembedahan dagu dan pipi, pakar bedah hospital menyatakan kepada beliau : "Di dalam keadaan biasa tiada manusia bisa selamat. Wahai kawan, tapi tuhan mempunyai sesuatu yang istimewa untuk anda".  Selepas dibebaskan dari hospital dengan "tangan tersangkut, lutut dibalut, iodin-berubah warna, dan dagu berjahit" beliau menjadi tertanya-tanya apakah maksud kata-kata pakar bedah.

Dia tahu suatu hari nanti mungkin akan diketahui. "Akhirnya, tiga puluh tahun kemudian, pada hari yang sangat saya mengaku iman saya dalam Islam, benar erti kelangsungan hidup saya menjadi jelas kepada saya!"

Tuesday, July 24, 2012

Kandil Perdana Menteri Mesir

Dr. Hesham Kandil telah dilantik oleh Dr. Morsi sebagai Perdana Menteri Mesir yang baru.  Beliau adalah  bekas Menteri Sumber Air dan Pengairan semasa peralihan kuasa.  Beliau adalah antara perdana menteri termuda yang pernah dilantik.  Beliau seorang adalah seorang teknokrat yang tidak mewakili mana-mana parti. Dalam kenyataan akhbar, Parti Pembebasan dan Keadilan Rakyat (FJP) dalam kenyataan media telah mengumkan komitmen mereka untuk memberi kerjasama dengan Presiden Republik dan Perdana Menteri yang baru diberi amanah tersebut. Beliau juga bertanggungjawab untuk membentuk Kabinet baru berasaskan kecekapan dan kepakaran untuk Mesir mengurus keselamatan, kestabilan dan kemakmuran .

PUASA DAN TARBIYAH RUHIYYAH

Penulis: Ustaz Tajul Arifin bin Che Zakaria (Putrajaya)

Antara kehebatan Islam ialah ia dapat menyeimbangkan di antara material dan ruh dalam nisbah yang seimbang di mana seseorang itu mampu menikmati kepuasan dengan kedua-duanya serentak. Material adalah asas terbinanya jasad untuk menguatkannya bangun melakukan ibadat kepada Allah SWT. Begitu juga ruh merupakan asas dari sudut maknawi dalam diri manusia itu agar dia berupaya mengecapi kemanisan Iman dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Din (agama) dan Sayyidina Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul.
Al-Quran telah menegaskan hakikat ini melalui firman Allah Azzawajalla:
﴿وَابْتَغِ فِيمَا آَتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآَخِرَةَ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ﴾ (77)
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “. (Al-Qasas: 77)
Seorang muslim yang benar dan kuat Imannya akan menjadikan Allah SWT sebagai matlamat bagi segala amalannya, asasnya berdasarkan firman Allah Azzawajalla:
﴿قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ﴾(162)
Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)”. (Al-Ana’am: 163)

Sesungguhnya puasa Ramadhan adalah merupakan asas terpenting tarbiyah ruhiyah dan penyucian hati. Ia merupakan rawatan yang amat efektif bagi membuang segala jenis penyakit hati seperti keras hati, malas melakukan ketaatan dan menunaikan ibadat, sempit dada, penyakit lalai daripada mengingati Allah Ta’ala hingga terjerumus ke lembah pelbagai maksiat.
Puasa adalah perisai bagi jiwa manusia:
Puasa adalah madrasah tarbiyah ruhiyah, di mana ia membangunkan adab bagi jiwa manusia serta membetulkannya, membersihkan hati-hati manusia daripada mengabdikan diri kepada harta, menguat dan memperdalamkan keimanan kepada Allah Ta’ala, menyucikan ruh dan jasad daripada kezaliman material, seterusnya memelihara manusia daripada kekotoran syahwat kebinatangan jasad bilamana syariat Allah dicerobohi pada bulan mulia ini.
Puasa melindungi jiwa manusia daripada api neraka. Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad hasan daripada Jabir RA bahawa Nabi SAW:
Allah berfirman: ‘Puasa itu adalah perisai yang berfungsi melindungi hamba daripada api neraka dan puasa itu bagiKu dan Akulah yang membalasnya.
Kesan-kesan puasa dari sudut ruhiyyah:
Kesan puasa dari sudut ruhiyyah banyak, antaranya sebagai contoh:
Pertama: Puasa menambahkan ketaqwaan dan kebaikan, memeliharanya daripada penyelewengan dan maksiat. Asasnya adalah tarbiyah ruhiyyah. Allah SWT berfirman:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ﴾ (183)
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".
Ayat ini menerangkan bahawa matlamat daripada puasa itu ialah taqwa.
Kedua: Puasa membawa kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan serta memelihara jiwa manusia daripada ketakutan dan kerisauan. Seorang muslim akan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan justeru membuat persediaan sebaik-baiknya kerana mengingati sabda Rasululllah SAW:
“Saat menjelangnya Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutupkan pintu-pintu neraka dan dirantai segala syaitan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ketiga: Puasa melatih jiwa seseorang membiasakan diri dengan doa dan ibadat, lalu akan memeliharanya daripada sifat takabbur. Doa orang yang sedang berpuasa mustajab. Di tengah-tengah ayat-ayat puasa terdapat ayat tentang doa:
﴿وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ﴾(186)
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul".
Dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam Qadar yang kelebihannya lebih baik dari 1,000 bulan di mana orang yang berpuasa sentiasa digalakkan memperbnyakkan doa yang baik seperti hadis riwayat Aisyah RA berbunyi:
"اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني
Keempat: Puasa menyuburkan jiwa seseorang muraqobah dalaman, di mana dia merasai bahawa Allah Azzawajalla sentiasa meniliknya dalam setiap urusan hidupnya. Badannya berpuasa, anggotanya berpuasa dan hatinya berpuasa. Dengan demikian puasa memeliharanya daripada setiap sesuatu yang akan merosakkan pahalanya. Allah SWT berfirman:
﴿وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِير﴾ٌ(4)
"Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan".
Rasulullah SAW bersabda:
اعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك""  
“Dan beribadatlah kamu kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah, kalau demikian maka percayalah bahawa sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu”.
Kelima: Puasa akan menambahkan seseorang keikhlasan dalam beramal seraya menjauhkannya dari sifat nifaq, riya’ dan sombong. Puasa hanya bagi Allah Azzawajalla semata-mata dan hanya Allah yang membalas pahala orang yang berpuas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Rabbil Izzah, firmanNya:
كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فهو لي وأنا أجزي به  
“Setiap amalan anak adam adalah baginya kecuali puasa, puasa itu kepuyaanKu dan Akulah yang akan membalasnya”.
Keenam: Puasa melatih jiwa seseorang untuk berjihad dan memeliharanya daripada bersifat pengecut dan takut. Bermujahadah dengan jiwa yang sentiasa inginkan makan, minum, syahwat, sabar, kesusahan dan sebagainya akan memberi kekuatan kepadanya berjihad melawan musuh-musuh Islam.
Rawatan penyakit hati/jiwa
Puasa merupakan banteng bagi jiwa manusia dari terjerumus ke lembah maksiat yang terang maupun yang tersembunyi, dek kerana orang yang berpuasa sentiasa hidup dalam suasana keimanan di antara bacaan Quran, qiam, doa dan ibadat bersama-sama hamba-hamba Allah yang soleh.
Puasa juga merupakan ubat yang berupaya merawat hati yang keras kerana ia boleh melunakkan hati kepada Allah SWT yang telah menciptanya dan mengurniakan rezki kepadanya. Dia (Allah) lah juga yang akan memati, memasukkanya ke kubur, membangkitkannya kembali dan seterusnya menghisabnya pada hari yang tiada manafaat lagi harta dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Maka puasa adalah rawatan yang amat efektif menyelesaikan masalah futur (rasa lemah) yang menghinggapi jiwa manusia lalu bermalas-malaslah dia daripada melakukan ketaatan, ibadat di mana seorang yang berpuasa akan selalu bersama para hamba Allah di majlis-majlis zikir dan doa.
Pesanan buat pemilik hati yang berpuasa
Rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini untuk mentarbiyah hati agar ikhlas kepada Allah dan membersihkannya daripada sifat nifaq dan riya’

Rebutlah peluang untuk mentarbiyah hatimu sentiasa tunduk dan taat kepada Allah Tuhan Semesta Alam, justeru akan hilanglah nanti perasaan takabbur dan suka bermegah-megah

Rebutlah peluang untuk menumpukan perhatianmu kepada Allah SWT dengan doa dan ibadat, penuh mengharap keampunanNya dan menyucikannya dari kealpaan dengan sentiasa mengingati Allah SWT

Rebutlah peluang di bulan mulia ini untuk tundukkan hatimu kepada muraqobatullah Azzawajalla, nescaya nanti akan bertambahlah ketakutanmu terhadapNya

Rebutlah peluang di bulan mulia ini untuk melatih dirimu berjihad melawan hawa nafsu supaya kamu termasuk menjadi orang yang mempunyai keazaman dan kemahuan yang kuat

Gabungan Selamatkan Syria menyambut baik tindakan Kerajaan Malaysia Menutup Kedutaan di Syria

KENYATAAN MEDIA, GABUNGAN SELAMATKAN SYRIA (GSS),
24 JULAI 2012 / 4 RAMADHAN 1433H

Gabungan Selamatkan Syria (GSS) yang diwakili oleh Pertubuhan Ikram Malaysia, ABIM, Haluan Malaysia beserta gabungan melebihi 30 NGO di Malaysia  menyokong tindakan kerajaan Malaysia menutup kedutaan Malaysia di Syria, walaupun tindakan ini dilihat agak terlewat berbanding negara maju lain yang telah lebih awal mengusir kedutaan Syria di negara mereka seperti Jerman,Jepun dan Australia.

Justeru, GSS menggesa  kerajaan Malaysia untuk turut mengambil tindakan mengusir kedutaan Syria di Malaysia dan menghentikan hubungan diplomatik dengan kerajaan rejim Bashar Al-Assad bagi membuktikan kesungguhan kita menolak semua bentuk kezaliman yang berlaku di Syria serta sokongan moral kita terhadap rakyat Syria. Selain dari itu, tindakan membekukan sebarang aset milik keluarga Basyar Al-Assad sekiranya berada di Malaysia juga perlu diambil.

Kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya sebelum ini.Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.

Kerajaan Malaysia tidak seharusnya mencontohi Republik Iran yang masih mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar Al-Assad yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Basyar yang merupakan Syiah Alawiyah. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.

Selaku sebuah Negara yang dihormati oleh Negara Islam, Malaysia haruslah memainkan peranan besar dalam membantu perjuangan rakyat Syria yang mendapat sokongan Kesatuan Ulama Sedunia yang diketuai oleh Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Rumusan Muktamar Ulama Sedunia yang berlangsung di Istanbul pada 1-3 Julai lepas telah berseutuju bahawa:

“Muktamar menegaskan bahawa revolusi rakyat Syria dari segenap sudutnya adalah revolusi yang haq/benar menentang kezaliman, revolusi yang adil menentang kejahatan dan permusuhan, revolusi untuk kebebasan melawan pelampau, diktator, kerosakan, pembunuhan dan pencerobohan, serta revolusi tuntutan yang bebas, adil dan terhormat yang berkait dengan asas ummah dan identitinya dan memelihara kesatuan bumi Syria serta rakyatnya dan mengekalkan kemerdekaannya yang total”

Selaras dengan fatwa yang dikeluarkan ketika Muktamar agar;

“Wajib ke atas setiap pemimpin umat Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan kepada kebangkitan rakyat Syria. Sokongan samada dari sudut bantuan kewangan, senjata dan pelbagai bantuan agar kebangkitan mereka mendapat kemenangan. Mereka juga perlu menyatakan sokongan dan memberi bantuan senjata kepada Tentera Pembebasan Syria yang telah berjihad dan berjuang melawan regim Basyar yang zalim”

Menjadi satu kewajipan bagi Kerajaan dengan kerjasama seluruh rakyat Malaysia bagi membantu perjuangan rakyat di Syria dengan:

1.   Memberikan sokongan moral kepada rakyat Syria
2.   Menghentikan hubungan diplomatik Kerajaan Malaysia dan Syria sehingga Kerajaan Syria baru yang demokratik ditubuhkan
3.   Membantu mangsa kezaliman yang berlindung di kem pelarian di sempadan Syria
4.   Menganjurkan misi kemanusiaan bagi menyediakan kemudahan perubatan kepada mangsa yang cedera
5.   Memberikan bantuan material seperti bahan perubatan,makanan,dan wang ringgit bagi menampung keperluan pelarian
6. Berdoa dan bermunajat sempena Ramadan untuk kemenangan perjuangan rakyat Syria

Sebagaimana usaha kerajaan dan rakyat Malaysia membantu mangsa kezaliman rejim Zionis di Palestin, pengemblengan usaha ini juga harus dilaksanakan kerana mereka menjadi mangsa kezaliman rejim yang membunuh rakyat mereka sendiri.

Oleh yang demikan, GSS yang mewakili 30 NGO pelbagai latarbelakang agama dan bangsa  di Malaysia menyeru Kerajaan Malaysia mengambil tindakan proaktif dan tegas dalam menangani kemelut yang melanda saudara kita di bumi Syria ini sebagai solidariti kita sebagai umat Islam sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga usaha kita akan diberkati dan kemenangan akan berpihak kepada kebenaran dan keadilan.

Naim Jusri
Pengerusi
Sekretariat Gabungan Selamatkan Syria (GSS)

BERSIH 2.0 ADALAH BERSIH: Kini masa untuk reformasi sistem pilihanraya yang sebenar

Kenyataan Media, 24 Julai 2012

BERSIH 2.0 mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) oleh Yang Arif Datuk Rohana Yusof pada pagi ini yang telah membatalkan pengisytiharaan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri yang mengisytiharkan Bersih adalah satu pertubuhan yang haram pada 1 Julai 2011.

Hakim menyatakan bahawa arahan tersebut adalah tidak konsisten serta “tidak rasional” (“tainted with irrationality”). Beliau menambah bahawa keputusan untuk mengisytiharkan BERSIH 2.0 adalah haram, dilakukan tanpa mengambil kira beberapa fakta yang relevan atau dengan mengambil kira fakta-fakta yang tidak relevan.

Seperti yang dinyatakan oleh Yang Arif Hakim, adalah tidak munasabah (“unreasonable”) bagi menteri untuk menyatakan BERSIH 2.0 sebagai haram dengan alasan bahawa ia “membahayakan keselamatan awam” (“prejudicial to public order and security”) pada 1 Julai 2011, namun selepas itu pihak berkuasa terus melakukan perundingan dengan BERSIH 2.0 pada 5 Julai 2011 dan mengizinkan perhimpunan aman diteruskan pada 9 Julai 2011.

Ini merupakan tindakan-tindakan yang tidak konsisten terhadap sebuah organisasi yang disebut sebagai mengancam keselamatan negara. Malah, tiga orang daripada Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Dato’ Ambiga, Dato’ A. Samad Said dan Hj Zaid Kamaruddin telah diperkenankan untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung seminggu sebelum perhimpunan aman 9 Julai 2011. Tambahan pula tidak ada sebarang bantahan kepada perhimpunan aman Duduk Bantah Bersih 3.0 yang diadakan pada tahun ini yang telah diadakan pada 28 April 2012.

Seperti yang disebut oleh Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk A. Samad Said di luar mahkamah, selepas keputusan diumumkan pagi tadi, sementara kita berasa lega kerana BERSIH 2.O telah terbela, seluruh proses ini adalah membuang masa, tenaga dan wang rakyat, semata-mata untuk mengharamkan BERSIH 2.0.

Kami maklum bahawa kerajaan mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini, namun, demi negara kita yang tercinta ini, secara jujur dan ikhlas, kami pohon agar ini tidak dilakukan. Malah kami juga memohon agar semua saman terhadap
BERSIH 2.0 digugurkan kerana ia merupakan suatu pembaziran kepada wang rakyat. Sebaliknya, kami berharap kerajaan mengambil maklum akan realiti politik dalam negara dan berurusan dengan BERSIH 2.0 sebagai wakil yang sah bagi rakyat yang inginkan pilihanraya yang bebas dan adil.

Oleh itu, kami menyeru agar pihak kerajaan menghentikan permusuhan dengan BERSIH 2.0. Sebaliknya kerajaan dan SPR hendaklah memberi tumpuan kepada mesej BERSIH 2.0 yang penting, iaitu untuk menambah baik sistem pilihanraya untuk kebaikan seluruh rakyat Malaysia.

Pihak berkuasa hendaklah mengembalikan seluruh aset dan harta BERSIH 2.0 yang telah dirampas pada 30 Jun 2011, antaranya komputer, kamera video, T-shirt kuning, poster, gambar-gambar dan senarai ahli.

Bersih 2.0 mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan berterusan kepada perjuangan bagi mencapai pilihanraya yang bebas dan adil. Rakyat telah menyatakan pendirian mereka apabila mereka dengan berani tampil bagi menjayakan perhimpunan aman pada 9 Julai 2011 dan 28 April 2012. Sementara hari ini menyaksikan satu kejayaan yang bermakna, sokongan yang berterusan dari seluruh rakyat Malaysia amat diperlukan bagi memastikan negara Malaysia yang benar-benar demokratik dapat diwujudkan!

Terima kasih.

Keluar Mengundi, Lawan Penipuan!

Jawatankuasa Pemandu
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 terdiri daripada: Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersama), Datuk A. Samad Said (Pengerusi Bersama), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah (Kuching), Dominic Hii (Sibu), Dr Farouk Musa, Hishamuddin Rias, Liau Kok Fah, Mark Bujang (Miri), Maria Chin Abdullah, Niloh Ason (Kuching), Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

Monday, July 23, 2012

Mursyid Am Ikhwan Muslimin Menerima Kunjungan Biro Politik Hamas

Delegasi Hamas yang dipimpin oleh Ketua Biro Politiknya, Khalid Misyal mengadakan beberapa pertemuan di ibu negara Kaherah Mesir. Semalam delegasi bertemu dengan Mursyid Aam Jamaah Ikwanul Muslimin Dr. Muhammad Badi 'dan ahli-ahli Biro Irsyad di ibu pejabat IM.

Pertemuan tersebut membincangkan perkembangan terkini isu Palestin, masalah perdamaian, perkembangan terbaru di kawasan Arab berkaitan revolusi Arab.

Di pertemuan lain di Kaherah, Misyal dan delegasi Hamas membahas perdamaian Palestin dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam Akmaluddin Ihsan Aglo.

Misyal memberikan gambaran kepada Aglo pencapaian perdamaian nasional Palestin, perkembangan terkini isu Palestin, terutama masalah Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa serta proses yahudisasi yang sistematik menceroboh tempat suci tersebut.

Sementara itu Aglo menyampaikan tentang keutamaan isu Palestin dalam agenda OIC dan sokongannya secara mutlak terhadap perjuangan bansga Palestin untuk memperoleh semua hak-hak-haknya yang sah hingga wujud kemerdekaan. 

Sunday, July 22, 2012

SAUDARI BARU ....


Assalamualaikum,
PengIslaman_Klang.jpg 
Menjelang matahari jatuh pada 1 Ramadhan 1433 Hijri, Sam Nai, dengan mengenakan tudung berwarna jingga, mengucap syahadah di Pejabat IKRAM Klang. Sam Nai, seorang wanita bangsa Khmer dari Kemboja telah mendapat hidayah dan mengambil nama Nurul Izzah Sam Nai berbalik kepada fitrah, menjadikan Islam sebagai pegangan hidupnya dengan disaksikan oleh beberapa ahli keluarga IKRAM.
YDP daerah serta beberapa AJK/ AJK kecil dakwah IKRAM Klang telah bersama-sama meraikan pengIslaman beliau. Beliau juga telah turut berpuasa pada hari tersebut dan sama-sama berbuka puasa bersama mereka yang hadir. Majlis pengIslaman disempurnakan oleh pengerusi JK Dakwah, saudara Aizuddin. InsyaAllah, pendaftaran rasmi pengIslamannya akan dilakukan pada hari Isnin 3 Ramadhan di pejabat Agama Islam Daerah (P.A.I.D.) Klang dan akan dibimbing oleh Mentor beliau , ukth Zakiah, yang juga merupakan AJK Dakwah IKRAM Klang. Marilah sama-sama kita doakan agar Nuru Izzah tetap dalam hidayah Allah dan bertambah mantap ilmu, keimanan serta penghayatan Islamnya hingga ke akhir hayat. Kini (pada tahun ini) sudah 2 orang saudara/i baru telah diuruskan pengIslaman mereka oleh IKRAM Daerah Klang.

Wednesday, July 4, 2012

Pengislaman Caroline


https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/?ui=2&ik=88d6647e6d&view=att&th=13842f3437999ef0&attid=0.1&disp=inline&safe=1&zw&saduie=AG9B_P_k5kB4N39aVwUX4daKdfPk&sadet=1341391379818&sads=NHWJ7Rm9Msmle-4XnUjfu8DIOCk

Alhamdulillah Caroline telh kembali ke agama fitrah, semoga beliau dirahmati Allah swt dan tabh dalam mengharungi hidup baru. Pengislaman ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Hidayah Centre, Tuan Haji Muhammad Nicholas Sylvester