JOHOR BAHARU - Ucapan dan majlis perasmian Kompleks IKRAM Johor telah disempurnakan oleh Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid bin Sheikh Ahmad, pada pagi Sabtu, 23 April 2011. Para tetamu melawat Pejabat IKRAM dan dipersembahkan dengan multimedia mengenai IKRAM di Dewan al-Banna.
Jamuan makan tengah hari dihidangkan menu istimewa beryani kambing, sambil diiringi dendangan nasyid spontan oleh Pemuda IKRAM IPT Johor. Majlis Perwakilan Negeri (MPN) bagi IKRAM Johor pula telah dilangsungkan di Dewan al-Banna di kompleks tersebut pada sebelah petang. Sekali lagi perasmian MPN telah disempurnakan oleh Presiden IKRAM.
No comments:
Post a Comment