Tujuan dakwah secara jangka panjang adalah untuk menegakkan kekhalifahan di muka bumi atau ringkasnya “Memimpin Dunia.”
Untuk mencapai cita-cita sebesar itu diperlukan umat yang kuat dan hebat berasaskan kepada aktivis-aktivis yang mempunyai ciri-ciri penuh keseriusan.
Di antara ciri-ciri aktivis yang diperlukan adalah :
Mereka mengutamakan kerja daripada hanya sekadar pandai mengkritik.
Mempunyai inisiatif yang tinggi berbanding hanya menunggu perintah. Memahami betul apa tugas dan peranannya dalam kehidupan ini. Menumpukan usaha secara maksima disertai dengan pendekatan diri kepada Allah dalam rangka meraih bimbingan dan pertolonganNya. Dengan kata lain, mereka memerlukan sifat ‘jiddiyah’ atau kesungguhan dalam melaksanakan tugas-tugas ‘syar’ie’, ‘tarbawi’ dan ‘tanzhimi’ dengan cepat, tabah, penuh ketekunan dan mengerahkan seluruh potensi secara maksima serta dapat mengatasi halangan yang dihadapinya demi terlaksananya tugas tersebut secara optimum. Lawan dari sifat ‘jiddiyah’ ini adalah :
Main-main.
Santai.
Meremehkan waktu.
Santai.
Meremehkan waktu.
Aktivis yang memiliki ‘jiddiyah’ sentiasa tekun, bersemangat, bersungguh-sungguh dalam dakwah dan juga dalam melaksanakan syariat secara maksima dan tidak setengah-setengah dalam melaksanakan suatu amalan.
Mereka juga :
Tidak mudah menyerah.
Tidak mudah putus asa.
Tidak mudah berputih mata jika di hentam dengan apa masalah sekalipun.
Tidak mudah menyerah.
Tidak mudah putus asa.
Tidak mudah berputih mata jika di hentam dengan apa masalah sekalipun.
Dalam keadaan penuh ujian, ia tidak sekali-kali berputus asa dan lari dari masalah bahkan ia akan menghadapi masalah / ujian dengan penuh ketawadhuan dan penyerahan sepenuhnya kepada Allah swt.
Ia tidak bergantung kepada keadaan hatinya, kerana tujuan sebenarnya dari seorang yang mempunyai ‘jiddiyah’ adalah penyerahan sepenuhnya kepada Allah swt.
Ia tidak bergantung kepada keadaan hatinya, kerana tujuan sebenarnya dari seorang yang mempunyai ‘jiddiyah’ adalah penyerahan sepenuhnya kepada Allah swt.
Aktiviti dan gerak langkahnya adalah untuk Allah swt.
Perkataannya sentiasa mengandungi kebenaran.
Setiap langkahnya sentiasa mengandungi kebaikan (tidak hanya untuk orang diri sendiri) tapi juga untuk orang lain.
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.” (QS Ali Imran : 133)
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.” (QS Ali Imran : 133)
Kata kunci bagi ‘Jiddiyah’ adalah ‘BERSEGERALAH’ bukan ‘nanti-nanti’ atau ‘tunggu kemudian’ tapi ia terus dilaksanakan terutama dalam melakukan kebaikan.
Aktivis dakwah yang ‘jiddiyah’ adalah mereka yang mempunyai prinsip, teguh hatinya, tidak mudah goyah dan tidak pernah melentok ke sana dan ke mari dan oleh kerana itu sifat ‘jiddiyah’ termasuk dalam kategori ‘kedisiplinan’.
Ikhtiar adalah usaha seseorang dan usaha yang benar adalah usaha yang bersungguh-sungguh (jiddiyah). Usaha yang bersungguh-sungguh ini pula diiringi dengan adanya pengorbanan (tadhiyyah).
Ikhtiar adalah usaha seseorang dan usaha yang benar adalah usaha yang bersungguh-sungguh (jiddiyah). Usaha yang bersungguh-sungguh ini pula diiringi dengan adanya pengorbanan (tadhiyyah).
Jadi, kalau kita ingin mengukur seberat mana usaha yang sudah kita lakukan, jawabannya senang sahaja iaitu sudah banyak manakah pengorbanan yang telah kita lakukan?
Pengorbanan mempunyai banyak jalan misalnya pengorbanan kita dalam :
Bangun malam untuk solat.
Menumpukan kepada usaha-usaha pembelajaran.
Menahan rasa mengantuk demi mengikuti pelajaran di kelas.
Bangun malam untuk solat.
Menumpukan kepada usaha-usaha pembelajaran.
Menahan rasa mengantuk demi mengikuti pelajaran di kelas.
Firman Allah swt :
”(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”(QS Ash-Shaff :11)
Sudah semestinya kesungguhan ini dilakukan dalam berbagai keadaan di mana kesungguhan (jiddiyah) yang dilakukan secara terus-menerus (istimrariyah), samada :
Dalam keadaan ringan ataupun berat.
Dalam keadaan lapang ataupun sempit.
Di kala mudah mahupun susah.
Di kala gembira mahupun sedih.
Dalam keadaan ringan ataupun berat.
Dalam keadaan lapang ataupun sempit.
Di kala mudah mahupun susah.
Di kala gembira mahupun sedih.
Sebagai contoh, apabila kita belajar, ia bukanlah hanya di waktu luang sahaja bahkan anggaplah bahwa belajar ketika kita dalam keadaan malas sebagai kesungguhan dan pengorbanan kita ketika kita sedang dalam keadaan berat.
”Berangkatlah kamu samada dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (QS At Taubah : 41)
’Jiddiyah’ atau kesungguhan yang disertai dengan pengorbanan (tadhiyyah) apabila dilakukan secara berkesinambungan atau terus-menerus (istimrariyah) maka buahnya adalah :
Kerja yang profesional (itqanul amal).
Ikhtiar maksima yang boleh kita lakukan.
Ikhtiar maksima yang boleh kita lakukan.
Ketiga elemen di atas apabila dilakukan secara serentak maka ianya akan menghasilkan suatu tenaga yang besar bagi seseorang dalam berikhtiar.
‘JIDDIYAH’ ADALAH MANHAJ ILAHI
“Peganglah teguh-teguh apa yang kami berikan kepadamu”. (QS Al Baqarah : 63)
“Wahai Yahya, ambillah Al Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh”. (QS Maryam : 12)
“Peganglah teguh-teguh apa yang kami berikan kepadamu”. (QS Al Baqarah : 63)
“Wahai Yahya, ambillah Al Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh”. (QS Maryam : 12)
“Berpeganglah kepadanya dengan teguh dan suruhlah kaummu berpegang kepada (perintah-perintahnya) dengan sebaik-baiknya”. (QS Al A’raaf : 145)
Jika kita lihat kalimah “Quwwah” telah diulang-ulang dan ini menunjukkan penegasan Allah swt terhadap betapa pentingnya ‘jiddiyah’ (kesungguhan) dalam hidup kita sebagai muslim.
Mana mungkin kita dapat memegang sesuatu benda tanpa kesungguhan? Jika kita pegang cawan sekalipun kalau tidak bersungguh-sungguh ianya akan jatuh, apatah lagi perkara-perkara yg lebih besar?
Tatkala Allah swt memberikan perintah kepada hamba-hambaNya yang ikhlas, Ia tidak hanya menyuruh mereka untuk taat melaksanakannya melainkan juga mesti mengambilnya dengan ‘quwwah’ yang bermakna ‘jiddiyah’ atau bersungguh-sungguh.
Sejarah telah diwarnai, dipenuhi dan diperkayakan oleh orang-orang yang bersungguh-sungguh, bukan oleh orang-orang yang santai, bersikap sambil lewa dan berangan-angan.
Dunia diisi dan dimenangkan oleh orang-orang yang merealisasikan cita-cita, harapan dan angan-angan mereka dengan ‘jiddiyah’ (kesungguhan) dan kekuatan tekad.
Namun kebatilan pun dibela dengan sungguh-sungguh oleh para pendukungnya.
Oleh kerana itulah Ali bin Abi Talib ra menyatakan :
"Al-Haq yang tidak diurus dan dilaksanakan dengan baik akan dikalahkan oleh Al-Bathil yang diurus dan disusun dengan baik".
Allah swt memberikan ganjaran yang sebesar-besarnya dan darjat yang setinggi-tingginya bagi mereka yang sabar dan lulus dalam ujian kehidupan di jalan dakwah.
Jika ujian, cobaan yang diberikan oleh Allah hanya yang mudah-mudah sahaja, tentulah mereka tidak akan memperolehi ganjaran yang hebat.
Di sinilah terletak hikmahnya bahwa seorang pendakwah mestilah bersungguh-sungguh dan sabar dalam meniti jalan dakwah ini. Perjuangan ini tidak boleh dilaksanakan dengan :
Ketidaksungguhan.
Azam yang lemah.
Pengorbanan yang sedikit.
Azam yang lemah.
Pengorbanan yang sedikit.
Ali bin Abi Talib ra sempat mengeluh ketika melihat semangat juang pasukannya mulai melemah sementara para pemberontak sudah bersemangat untuk melakukan sesuatu dengan seenak-enaknya. Para pengikut Ali ra ketika itu malah menjadi ragu-ragu dan gentar sehingga Ali ra perlu mengingatkan mereka dengan kalimatnya yang terkenal tersebut.
Dakwah akan berkembang di tangan orang-orang yang memiliki kesungguhan, semangat juang yang tidak pernah pudar. Ajaran yang mereka bawa mampu bertahan melebihi usia mereka.
Boleh jadi usia para mujahid pembawa misi dakwah tersebut tidak panjang, tetapi cita-cita, semangat dan ajaran yang mereka bawa tetap hidup setelah sepeninggalan mereka.
Apa ertinya usia panjang namun tanpa isi, sehingga boleh jadi biografi kita kelak hanya berupa beberapa baris perkataan yang dipahatkan di nisan kita :
‘Si Fulan lahir pada tarikh sekian-sekian, wafat pada tarikh sekian-sekian’.
Hendaknya kita melihat bagaimana kisah kehidupan Rasulullah saw dan para sahabatnya. Usia mereka hanya sekitar 60-an tahun. Satu rentang usia yang tidak terlalu panjang, namun sejarah mereka seakan-akan tidak pernah habis-habisnya boleh dikaji dari berbagai segi dan sudut pandang seperti :
Dari segi strategi ketenteraannya.
Dari segi visi kenegarawanannya.
Dari segi keperibadian kebapaannya.
Dari segi strategi ketenteraannya.
Dari segi visi kenegarawanannya.
Dari segi keperibadian kebapaannya.
Di antara sekian banyak jenis kemiskinan, yang paling membuatkan kita perihatin adalah kemiskinan azam, tekad dan bukannya kemiskinan harta.
Misalnya anak yang mendapatkan warisan harta yang berlimpah ruah dari ibubapanya dan kemudian dihabiskannya untuk berpoya-poya kerana mereka merasakan semua itu mampu didapatinya dengan mudah, bukan dari titisan keringatnya sendiri.
Boleh jadi, dengan kemiskinan azam yang ada padanya akan membawanya pula kepada kebangkrupan dari segi harta.
Sebaliknya anak yang lahir dalam keluarga sederhana, namun memiliki azam dan kemahuan yang kuat, kelak ia akan menjadi orang yang berilmu, kaya dan seterusnya.
Demikian pula dalam kaitannya dengan masalah ‘ukhrawi’ berupa ketinggian darjat di sisi Allah swt. Tidak mungkin seseorang boleh keluar dari kejahiliyahan dan memperolehi darjat yang tinggi di sisi Allah swt tanpa tekad, kemahuan dan kerja keras.
Mereka yang tulus dan bersemangat tinggi pasti akan memiliki wawasan berfikir yang luas dan mulia.
Misalnya, manusia yang memang memiliki akal akan mengerti tentang berharganya cincin berlian malah mereka terpaksa berkelahi untuk merebutkannya. Namun, anjing yang berada dekat dengan cincin berlian itu tidak akan pernah menyanjung nilai cincin berlian itu.
Ia hanya akan berlari mengejar tulang, lalu mencari tempat untuk memuaskan kerakusannya. Sehinggalah anjing tersebut sampai ke tepi telaga yang jernih dan ia merasa melihat musuh di permukaan air telaga yang dianggapnya akan merebutkan tulang darinya.
Disebabkan kebodohannya, ia tidak tahu bahwa itu adalah bayangan dirinya lalu ia menerkam bayangan dirinya sendiri dalam telaga tersebut hingga ia tenggelam dan mati.
Kebahagiaan sejati akan diperolehi oleh manusia apabila ia tidak menumpukan pada sesuatu yang fana dan rapuh bahkan sebaliknya justeru ia berorientasi kepada keabadian.
Nabi Yusuf as menunjukkan sebuah contoh keistiqamahan yang tinggi di mana beliau memilih masuk penjara daripada perlu menuruti hawa nafsu rendah manusia. Akhirnya walaupun beliau berada di atas kebenaran, beliau tetap di penjarakan, sementara orang yang salah malah tetap bebas.
Ada satu lagi kisah yang boleh kita petik berkenaan Nabi Yusuf as.
Wanita-wanita yang memfitnahkan Zulaikha diundang ke istana untuk melihat Nabi Yusuf as. Mereka menghiris-hiris jari-jari tangan mereka kerana terpesona melihat Nabi Yusuf as sambil berkata :
"Demi Allah, ini pasti bukan manusia?".
"Demi Allah, ini pasti bukan manusia?".
Kekaguman dan keterpesonaan mereka pada raut wajah tampan milik Nabi Yusuf as membuatkan mereka tidak merasakan sakitnya jari terhiris.
Perkara yang sama boleh pula berlaku kepada orang-orang yang mempunyai cita-cita mulia ingin bersama para Nabi dan Rasul, Shidiqin, Syuhada’ dan Solehin.
Mereka tentunya akan sanggup melupakan kesakitan penderitaan dan kepahitan perjuangan kerana keterpesonaan mereka kepada syurga dengan segala kenikmatannya yang dijanjikan oleh Allah swt.
Itulah pelajaran yang mesti dijadikan pusat perhatian para pendakwah. Apalagi berkurban di jalan Allah adalah sekadar mengembalikan sesuatu yang berasal dari Allah jua.
Kadang-kadang kita terasa berat untuk berinfaq, padahal harta kita adalah berasal dariNya. Kita terlalu berhitung dengan tenaga dan waktu untuk melakukan sesuatu di jalan Allah swt padahal semua yang kita miliki berupa ilmu dan kemuliaan keseluruhannya juga berasal dari Allah swt.
KEPENTINGAN ‘JIDDIYAH’ / KESUNGGUHAN
‘Jiddiyah’ merupakan sifat asasi serta akhlak yang mesti dimiliki oleh aktivis dakwah yang telah berbai’ah kepada Allah, menjual dirinya untuk hidup dan mati demi dakwah.
‘Jiddiyah’ dalam dakwah merupakan suatu kemestian kerana hanya dengannya amanah risalah dan kewajiban dakwah akan dapat dipikul dan direalisasikan dengan maksima.
Di antara kepentingan ‘Jiddiyah’ adalah :
Tugas dan kewajiban dapat diselesaikan dengan cepat.
Visi dan misi dakwah akan cepat tersebar.
Halangan dan rintangan dapat diatasi.
Sasaran dan objektif mampu dicapai.
Visi dan misi dakwah akan cepat tersebar.
Halangan dan rintangan dapat diatasi.
Sasaran dan objektif mampu dicapai.
KARAKATERISTIK ‘JIDDIYAH’
Mengoptimumkan waktu dalam ketaatan kepada Allah swt.
Menjauhi senda gurau. Di antara wasiat Imam Hasan Al-Banna adalah : “Janganlah kamu bersenda gurau kerana umat yang sedang berjihad tidak mengenal senda gurau”. Begitu juga dengan Solahuddin Al-Ayyubi yang berkata : “Sungguh saya malu kepada Allah melihat saya tertawa sementara Baitul Maqdis sedang berada dalam genggaman orang-orang Salibiyyin.”
Mengambil hukum asal (‘azimah) dan bukan keringanan (rukhsah) ketika melaksanakan sesuatu.
Bersedia dengan tugas dan tidak menunda-nunda pekerjaan kerana waktu kita terbatas sedangkan pekerjaan kita semakin banyak dan bertambah-tambah. Introspeksi diri, memperbaharui janji dan cepat bertaubat.
Mengatasi kesulitan dan rintangan serta sentiasa mencari jalan keluar dan sabar.
RUANG LINGKUP ‘JIDDIYAH’
RUANG LINGKUP ‘JIDDIYAH’
‘Jiddiyah’ dalam ibadah.
‘Jiddiyah’ dalam komitmen terhadap syariat.
‘Jiddiyah’ terhadap akhlak yang mulia.
‘Jiddiyah’ dalam dakwah.
‘Jiddiyah’ dalam tarbiyah.
‘Jiddiyah’ dalam komitmen terhadap syariat.
‘Jiddiyah’ terhadap akhlak yang mulia.
‘Jiddiyah’ dalam dakwah.
‘Jiddiyah’ dalam tarbiyah.
Mari kita memahami bahwa kita bergerak untuk Islam agar orang lain merasakan kenikmatan Islam. Kita juga perlu memahami bahwa kewujudan diri kita sendiri adalah untuk orang lain. Semua aspek ini ada dalam dakwah.
“Dakwah ini penuh dengan halangan dan rintangan, siapa yang tidak kuat dengan tribulasi dakwah maka mereka akan tersisih.”
Inilah hakikat dakwah di mana kita mesti mempunyai daya tahan yang kuat dalam dakwah untuk mempengaruhi agar orang lain menjadi peribadi yang baik atau lebih baik jika sudah baik di mana di sinilah kita sama-sama perbaiki apa-apa kekurangan yang ada.
Kita hendaklah sentiasa bersemangat dalam kebaikan; memperbaiki diri dan tidak lupa mengingatkan orang lain untuk sentiasa berada dalam kebaikan.
Berfikirlah secara mendalam serta penuh kesungguhan di dalam jalan manapun. Allah swt bersama orang-orang yang sabar lagi memperbaiki diri.
“Jangan jadikan halangan sebagai masaalah. Bahkan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan halangan tersebut.”
Kita perlu meningkatkan semangat, namun ianya hendaklah selari dengan ilmu dan ketetapan hati. Hendaklah kita tegar di jalan kebaikan dan carilah kesibukan yang menghasilkan sesuatu.
SYARAT-SYARAT ‘JIDDIYAH’
‘Man jadda wajada’ (Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti mendapat).
SYARAT-SYARAT ‘JIDDIYAH’
‘Man jadda wajada’ (Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti mendapat).
Adalah sesuatu yang logik bahwa jika kita ingin mendapatkan sesuatu yang terbaik maka kita mesti bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
Di antara syarat-syarat atau kriteria-kriteria yang menunjukkan kesungguhan antara lain adalah :
PERTAMA : RESPONSIF TERHADAP AGENDA-AGENDA DAKWAH (AL FAURIYATUL LITTANFIDZ)
Aktivis dakwah yang sebenar adalah mereka yang ketika mendapat tugas dan mendengar perintah dari ‘qiyadah’ (pemimpin, murabbi atau pembina) akan melakukan tindak balas dengan cepat tanpa ragu atau membuat apa-apa komentar kerana ia memahami bahwa tugas dan perintah yang datang dari ‘qiyadah’ adalah untuk segera dilaksanakan bukan untuk didiskusikan.
“((Rasul (Muhammad) beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an) dari TuhanNya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semua beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya,kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasulNya", dan mereka berkata, “kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami ya Tuhan kami, dan kepadaMu tempat kami kembali.”)) (QS Al Baqarah :285)
Demikianlah para sahabat memahami perintah ketika turun ayat yang mengharamkan arak (QS Al-Maidah : 90-91) di mana apabila mereka mendengar perintah untuk meninggalkan arak itu, langsung mereka tinggalkan seraya berkata : ‘intahaina.. intahaina..’ (kami telah tinggalkan, kami telah tinggalkan).
Contoh lain tentang perpindahan kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram (QS Al-Baqarah : 143). Di saat mereka sedang solat, datang berita tentang berubahnya arah kiblat, mereka langsung menukar arah dari menghadap ke utara (arah Baitul Maqdis) berpusing menghadap ke selatan (arah Ka’bah) sehingga masjid tempat mereka solat saat itu diberi nama ‘Masjid Qiblatain’ (masjid dua qiblat).
Contoh yang ketiga adalah mengenai para sahabiah wanita dalam melaksanakan perintah menutup aurat (hijab) (QS An-Nur : 31). Apabila mereka terdengar perintah memakai hijab melalui para suami mereka, langsung mereka laksanakan perintah itu dengan mencapai cebisan-cebisan kain langsir yang ada ketika itu dan terus dijadikan pakaian sebagai penutup aurat.
KEDUA : KESUNGGUHAN YANG KUAT (AL AZMUL QAWIY)
Aktivis dakwah mesti memiliki semangat dan kesungguhan yang kuat kerana amanah yang dipikulnya sangat berat.
Di antara doa Rasulullah saw :
“Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari ketidak berdayaan dan malas, aku berlindung kepadaMu dari sifat penakut dan kikir, aku berlindung kepadaMu dari hutang yang membelenggu dan tertindas oleh orang yang jahat.”
Umar bin Al Khattab berdoa :
“Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari ketidakberdayaan orang soleh dan keberdayaan orang jahat.”
“Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari ketidakberdayaan orang soleh dan keberdayaan orang jahat.”
Firman Allah swt menjelaskan sifat aktivis dakwah kental :
”Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” (QS Ali Imran : 146)
Para sahabat yang baru sahaja selesai peperangan Uhud dalam keadaan luka-luka dan belum sempat istirehat menerima tugas baru iaitu mengejar pasukan musyrikin Quraisy dalam perang ‘Hamra’ Al Asad di mana mereka melaksanakan perintah ‘qiyadah’ (Rasul) walaupun dalam keadaan mengusung dan menggendong sebahagian sahabat yang tidak mampu berjalan.
Kita tahu betapa sahabat Mus’ab bin Umair dalam peperangan Uhud membawa panji pasukan Islam. Tangan kanannya putus terkena pedang musuh, lalu panji dipegang dengan tangan kiri, tangan kirinya putus kemudian ia merangkulnya dengan kedua sikunya dan ia terus maju sampai syahid.
KETIGA : TEKUN DAN TABAH MELAKSANAKAN AGENDA DAKWAH (MUTSABARATUN ‘ALA DA’WAH)
KETIGA : TEKUN DAN TABAH MELAKSANAKAN AGENDA DAKWAH (MUTSABARATUN ‘ALA DA’WAH)
Kerja dakwah adalah kerja besar yang tidak akan berakhir kecuali dengan kematian. Perjalanan dakwah penuh dengan ujian, cobaan, halangan dan rintangan.
Tidak ada yang sanggup menjalaninya kecuali orang-orang yang telah menjadikannya tugas pokok dan utama yang tidak boleh dikalahkan dengan tugas apapun di mana penerusan dakwah menjadi fokus perhatiannya seperti yang telah dicontohkan oleh Rasulullah saw di mana Baginda tidak mengenal penat, letih, tepu atau malas bahkan Baginda tidak pernah menyerah atau mundur.
Ketika orang-orang kafir Quraisy, musuh dakwah mengancam untuk menamatkan nyawanya, Baginda berkata :
“Demi Allah, sekalipun mereka dapat meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku, aku tidak akan berhenti berdakwah dan meninggalkannya sehingga Allah memenangkannya atau aku mati di jalannya.”
Para sahabat generasi terbaik yang mendapat tarbiyah secara langsung dari Rasulullah saw meneruskan jalan Rasul.
Para sahabat generasi terbaik yang mendapat tarbiyah secara langsung dari Rasulullah saw meneruskan jalan Rasul.
Mereka berdakwah dengan meninggalkan kampung halaman, negeri dan tanah air, isteri, anak, dan harta benda sehingga panji Islam berkibar di seluruh dunia. Kehidupan mereka adalah jihad yang tidak henti-henti dan pengorbanan yang tanpa batas dalam membela Islam.
KEEMPAT : MENGERAHKAN SELURUH POTENSI YANG ADA (TASKHIRUL AMKINAAT)
Dakwah menuntut para aktivisnya untuk mengerahkan seluruh potensi yang dimiliki berupa :
Pemikiran.
Harta.
Waktu.
Tenaga.
Jiwa raga.
Harta.
Waktu.
Tenaga.
Jiwa raga.
sehingga tidak ada potensi yang dimilikinya kecuali telah diberikan untuk kepentingan dakwah.
Sehingga kini, sebahagian aktivis dakwah belum secara maksimanya memberikan segala-gala yang ada dalam memperjuangkan dakwah. Kita baru memberikan sisa potensi untuk dakwah, sisa waktu, sisa fikiran, sisa tenaga dan sisa dana sehingga hasilnya pun belum terlihat dengan nyata.
Allah swt telah mengingatkan kita :
“Katakanlah, “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah, RasulNya, dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” (QS At-Taubah : 24)
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.” (QS At-Taubah : 111)
KELIMA : MENGALAHKAN UZUR-UZUR PERIBADI (MUGHALABATUL I’DZAR)
Setiap rancangan yang akan kita lakukan pasti akan ada rintangan yang menghalang samada dari dalam diri kita sendiri ataupun dari luar. Menghindarkan diri dari rintangan tersebut bererti menghindarkan diri dari pencapaian sasaran yang telah kita tetapkan. Maka, kita hendaklah mencari jalan penyelesaian bagaimana mengatasi rintangan tersebut.
Amanah dakwah hanya dapat dipikul oleh orang-orang yang memiliki ‘azimah’ (idealisma yang tinggi) bukan orang yang memilih tujuan yang rendah, senang dengan hidup yang santai dan memilih istirehat dan tidak mahu bersusah payah.
Dakwah hanya dapat dilakukan oleh orang yang dapat mengalahkan uzur BUKAN pandai membuat uzur serta berusaha secara maksima untuk terus aktif di medan jihad dan memberikan sumbangan yang terbaik untuk dakwah.
Contoh nyata adalah Syeikh Ahmad Yasin yang lumpuh sejak dari muda disebabkan oleh kemalangan dalam permainan olahraga. Beliau bertahun-tahun berada dipenjara Israel.
Akibat dari penyiksaan yang dialaminya, Syeikh Ahmad Yasin menderita banyak penyakit di mana mata kirinya buta dan mata kanannya tidak dapat melihat dengan sempurna di samping pendengarannya yang terganggu.
Namun keterbatasan fizikal tersebut tidak membuatnya mundur dari memperjuangkan pembebasan Palestin, padahal keadaan beliau sudah lebih dari cukup untuk menjadi alasan baginya untuk berdiam diri.
“Tiada dosa (lantaran tidak pergi berjihad) atas orang-orang yang lemah, atas orang-orang yang sakit dan atas orang-orang yang tidak memperolehi apa yang akan mereka nafkahkan, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikit pun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan tiada (pula dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata: “Aku tidak memperolehi kenderaan untuk membawamu”, lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata kerana kesedihan, lantaran mereka tidak memperolehi apa yang akan mereka nafkahkan”. (QS At-Taubah : 91 – 92)
Beliau malah mampu menggerakkan rakyat Palestin untuk melakukan penentangan terhadap Zionis Israel dalam usaha mempertahankan tanah air umat Islam sehingga beliau menjadi orang yang paling ditakuti oleh Zionis Israel di mana akhirnya Zionis Israel terpaksa meluncurkan 3 roket dari pesawat tanpa kendalian manusia untuk membunuh seorang Syeikh yang lumpuh pada 22 Mac 2004.
Sesungguhnya, dakwah ini hanya dimenangkan oleh jiwa-jiwa yang bertekad waja manakala amanah ini hanya mampu dipikul oleh orang-orang yang amanah pula.
Perjalanan yang panjang ini memerlukan orang-orang teguh yang mampu :
Melihat rintangan sebagai peluang.
Melihat harapan di sebalik ujian.
Menemui peluang di sekeliling jeratan.
Bersabar, bertahan serta istiqamah.
Melihat rintangan sebagai peluang.
Melihat harapan di sebalik ujian.
Menemui peluang di sekeliling jeratan.
Bersabar, bertahan serta istiqamah.
Sesungguhnya kemenangan dari Allah itu sesuatu yang PASTI!
Ya Allah, jadikanlah kami aktivis yang bersegera menyambut seruanMu, bergerak cepat melaksanakan amanahMu, mentaati kepimpinan RasulMu dan orang-orang mu’min serta mempunyai ketahanan yang tinggi dalam meneruskan usaha-usaha dakwah di jalanMu.
Ameen ya Rabbal Alameen WAS
Ameen ya Rabbal Alameen WAS
No comments:
Post a Comment