Wednesday, August 17, 2011

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA (IRM) LANCAR TABUNG KRISIS KEBULURAN SOMALIA















Seri Kembangan, 16 Ogos 2011 – Rakyat Malaysia dari segenap lapisan dan latarbelakang diseru untuk menyokong usaha Islamic Relief Malaysia (IRM) dalam menyumbang kepada Tabung Krisis Kebuluran Somalia (SEA) yang dilancarkan hari ini. Tabung rayuan ini diadakan sebagai respon bencana kemarau terburuk yang melanda Afrika Timur dalam tempoh lebih 60 tahun. Kemusnahan yang berlaku meliputi kemusnah tanaman, ternakan dan segala hidupan yang membawa kepada kenaikan harga makanan. Dianggarkan kehidupan kira-kira lebih 10 juta orang penduduk di tiga negara - Somalia, Kenya dan Ethiopia terjejas oleh kemarau tersebut.

Dalam usaha susulan hasil dari inisiatif ibu pejabat Islam Relief Worldwide, di Birmingham, United Kingdom baru-baru ini, Islam Relief Malaysia (IRM), selaku wakil rasmi Islamic Relief di Malaysia melancarkan Tabung Krisis Kebuluran Somalia hari ini dalam usaha untuk memenuhi keperluan mendadak kemanusiaan yang terhasil dari kesan kemarau yang berpanjangan dan kenaikan harga komoditi.


Ramai penduduk kehilangan mata pencarian mereka. Ternakan di negara-negara ini menjadi sumber pendapatan dan makanan. Bagi sesetengah pihak, ternakan adalah segala-galanya. Kita sudahpun menyaksikan penduduk Somalia yang cuba menyeberangi sempadan ke Kenya di dalam usaha untuk menyelamatkan diri mereka dari kemarau yang telah membawa kesan kepada negara mereka. Kita juga telah menyaksikan peningkatan bilangan keluarga yang tiba di Mogadishu dan kawasan-kawasan lain yang cuba untuk melarikan diri dari kemarau dan mencari cara untuk memberi makan kepada keluarga mereka.

Di Kenya, harga makanan telah meningkat edngan mendadak disebabkan oleh kekurangan bekalan (untuk ternakan contohnya). Kem pelarian terbesar di Kenya, dengan lebih 300,000 penduduk terletak di sempadan Kenya-Somalia. Kita juga telah menyaksikan peningkatan bilangan kes-kes kekurangan zat makanan dan cirit-birit di kalangan kanak-kanak yang amat kritikan di kala ini.

IR Somalia telah menjalankan projek-projek Ramadhan dan Qurbani sejak tahun 1996. Pejabat lapangan kita yang ditubuhkan pada tahun 2006 di Puntland untuk menjalankan projek-projek pembangunan di negara ini. Projek-projek pembangunan itu tertumpu kepada:-

1) Meningkatkan capaian kepada sumber air;
2) Penjagaan Kesihatan; dan
3) Pendidikan

untuk masyarakat dan penerima manfaat yang telah melarikan diri dari rumah mereka disebabkan oleh kemarau.

IR Kenya memulakan operasinya dengan program penajaan anak yatim pada tahun 1993. Pejabat lapangan kita telah didaftarkan pada Februari 2006 untuk menjalankan program kecemasan untuk membantu penerima manfaat yang terdedah kepada krisis makanan, kerja-kerja penyaluran air melalui tangki ke kawasan luar bandar dan penyediaan bekalan makanan kepada lebih 5,000 penerima manfaat yang kekurangan zat makanan. Setelah fasa kecemasan  berakhir, projek pembangunan tertumpu pada keperluan untuk kanak-kanak di bawah lima tahun, wanita mengandung dan ibu-ibu yang menyusu.

Di sebalik pemandangan dan hidupan liar yang menakjubkan, sebuah negara yang bergelut dengan kemiskinan luar bandar amat kronik. Lebih daripada 16 juta warga Kenya hidup dengan pendapatan kurang dari USD1 sehari dan dianggarkan 52% hidup  di bawah tahap kemiskinan.
IR Ethiopia mula beroperasi pada taun 2000 memberikan bantuan dalam  siri kemarau  teruk pada tahun 2000, 2001 dan 2002 sebelum pebukaan pejabat tetap pada Januari 2004. IR Ethiopia telah melaksanakan projek pembangunan jangka panjang termasuk pendidikan, kesihatan, air dan sanitasi, mata pencarian, dan keselamatan makanan. Projek-projek ini telah dilaksanakan di pelbagai bahagian negara termasuk Liban, Afder, Emi Barat dan El Kerre.
 

Tindakan Islamic Relief setakat ini

Sejak Feb 2011, IR sudahpun berada di lapangan dengan melaksanakan pelan tindakan kecemasan dan pelan pembangunan seperti berikut:-
1) Feb - Mac 2011, IR membekalkan 7 liter air sehari untuk 35.000 penerima manfaat selama satu bulan di tiga daerah di Puntland.
2) Feb - Mac 2011, IR menyediakan perkhidmatan kesihatan asas kepada lebih daripada 1,000 wanita dan kanak-kanak.
3)  Perkhidmatan kesihatan asas kepada 50,000 penduduk di Mudug.
4) Tindakan Kecemasan Kemarau, pengedaran daging dalam tin dan pek makanan di Puntland dan Somaliland.
5) Penjagaan kesihatan utama di Selatan Tengah Somalia, Puntland dan Somaliland.
6) Penjagaan Kesihatan Kecemasan dan bekalan air di koridor Afgooye untuk 60.000 penerima manfaat.
7) Bekalan air bagi  meningkatkan capaian bekalan air melalui trak air pemulihan sumber-sumber air yang strategik.
8) Pengedaran makanan.

Cabaran terbesar yang kita hadapi dalam tempoh ini adalah harga yang meningkat dalam komoditi makanan dan isu keselamatan di beberapa kawasan di Somalia.

Islamic Relief Malaysia sedang memantau secara dekat perkembangan di seluruh rantau Afrika Timur. IR Malaysia menyeru rakyat Malaysia untuk memberi bantuan kepada tabung rayuan ini. Sumbangan anda akan membolehkan Islamic Relief  mengembangkan lagi aktiviti-aktiviti kemanusiaan dan pembangunan di rantau ini dengan secara lebih stabil dan berkesan.


Mengenai IR dan IRM
Islamic Relief (IR) adalah sebuah agensi bantuan dan pembangunan antarabangsa (INGO) yang memperolehi pengiktirafan status perundingan Bangsa-bangsa Bersatu Economic & Social Council. Ia ditubuhkan di Birmingham, United Kingdom sebagai reaksi kepada masalah kebuluran di Afrika pada tahun 1984. IR telah mengembangkan sayap operasinya dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, pembangunan komuniti dan pendidikan.

IR memberi bantuan dalam fasa kecemasan yang melibatkan bencana alam atau bencana buatan manuasia. Selain dari bantuan fasa kecemasan, IR juga terlibat dalam pembangunan sosial secara bersepadu, melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja. Kami membantu mereka yang memerlukan  tanpa prejudis agama, bangsa, jantina. Sehingga kini IR telah berkhidmat di lebih 40 buah negara dan mempunyai rangkaian tetap di lebih 30 buah negara di seluruh dunia.
  
Islamic Relief Malaysia (IRM) telah ditubuhan secara rasminya pada tahu 2005 bertujuan untuk meneruskan bantuan kemanusiaan IR di Asia-Pasifik. Pada hari ini IRM berperanan sebagai pejabat pengumpulan dana (untuk projek antarabangsa & tempatan) dan pelaksana projek tempatan.
Sumbangan anda boleh disalurkan di atas nama “ISLAMIC RELIEF MALAYSIA” ke nombor-nombor akaun berikut:
MBB 5621 4270 8704
CIMB 1259 0000 804 058
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program kemanusiaan IRM, sila layari laman blog rasmi IRM di www.irmblog.org atau menghubungi pihak IRM di talian tetap 03-8948 6334 atau email ke info@irmblog.org

Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin
Pengarah Negara, Islamic Relief Malaysia

No comments:

Post a Comment