Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May
1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan
bahawa:
-
Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah
diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2.
(2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah
berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil
keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan
Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.”
Dimansuhkan.
-
Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut
ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi
Aqidah, Syariah dan Akhlak.
-
Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri – Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa
agama bagi Persekutuan dan Negeri – Negeri hendaklah agama Islam
berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan
Akhlak.
-
Memperuntukkan pindaan kepada semua Undang – Undang Negeri dan Hukum
Syarak bagi menyelaraskan takrif hukum Syarak atas Undang- Undang Islam
seperti berikut :” Hukum Syarak atau Undang – Undang Islam ertinya
Undang – Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlaq. ”
-
Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli
Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang –
Undang Islam dan demikian penyebaran apa –apa ajaran yang lain daripada
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
-
Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk
kepada undang – undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan
kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.
- Menetapkan bahawa penerbitan , penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah , filem , video dan lain – lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
Petikan dari
No comments:
Post a Comment