KLIA, 5 September 2012, Pertubuhan IKRAM
Malaysia (IKRAM) hari ini menghantar buat kali keduanya wakil ke Arakan,
Myanmar, kali ini IKRAM akan menyertai satu delegasi yang di ketuai
oleh satu pertubuhan kemanusiaan dari Indonesia iaitu Pos Keadilan
Peduli Umat ( PKPU ), serta beberapa Ngo lain iaitu Rumah Zakat
Indonesia dan Dompet Dhuafa.
IKRAM diwakili oleh Pengurus
Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa IKRAM, En Wan Mohd Yusuf Wan Ismail
dan Pengarah Nusantara Islah Centre of Excellence (NICE), En Wan Mohd
Zukri Che Mat Zin.
Tujuan utama delegasi dihantar ke Myanmar
adalah untuk menghantar bantuan secara langsung kepada warga Rohingya,
sumbangan berjumlah RM100,00.00 yang berjaya dikumpulkan IKRAM sepanjang
bulan Ramadan lepas, hasil sumbangan orang ramai.
Sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli barang-barang keperluan asas seperti beras, gula, tepung, bawang dan lain-lain.
Bagi
Wan Mohd Yusof delegasi kali ini lebih meyakinkan kerana rangkaian yang
dibina hasil dari lawatan pertama apabila beberapa perbincangan dan
pertemuan dengan NGO-NGO tempatan di Myanmar telah pun berjaya dilakukan
sebelum ini.
Hasil dari lawatan pada 1 Ogos lepas yang turut
disertai pemberita TV AlHijrah, IKRAM telah berjaya bekerjasama dengan
beberapa NGO di Yangon yang bersedia membantu melancarkan urusan
pembelian dan penghantaran ke lokasi-lokasi yang sesuai.
IKRAM
sebelum ini telah menyertai delegasi pertamanya dan telah membuat
sumbangan berjumlah RM10,000.00 untuk membeli ubat-ubatan. Sumbangan
disalurkan melalui pertubuhan Islam di Rohingya melalui kapal dari
Yangon ke Arakan.
Delegasi berlepas dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari ini bersama wakil-wakil Ngo
dari Indonesia yang tiba dari Jakarta awal pagi ini.
No comments:
Post a Comment