‘Peace talk’ atau rundingan damai Israel-Palestine menemui kegagalan lagi. Sejarah lebih 100 tahun konflik antara Israel dan Palestine memperlihatkan memang perdamaian tidak pernah dicapai. Semenjak orang Yahudi merampas bumi Palestine dengan bantuan British kemudian AS (Amerika Syarikat), bumi ini tidak pernah aman.
Begitulah hakikatnya orang Yahudi dan Nasrani tidak akan membiarkan bumi Palestin dikuasai kembali oleh Islam. Mereka akan melakukan apa saja demi mempertahankan bumi Palestin ini. Damai bagi mereka bila orang Islam sanggup tunduk dan ikut cara mereka, itu saja.
Oleh itu apa yang berlaku sekarang dalam rundingan Israel-Palestin tak lebih dari cakap-cakap kosong. Mugkin lebih tepat lagi sekadar lakunan semata –mata sepertimana dalam filem-filem hebat Hollywood bagi tujuan memenuhi kehendak sesuatu pihak dan juga untuk mengaburkan pandangan dunia terhadap apa yang berlaku dibumi Palestin.
Untuk menunjukkan bahawa rundingan damai ini sebagai lakunan sahaja dan tiada niat langsung untuk menegakkan keadilan dan membawa keamanan, kita mesti lihat pihak-pihak yang terlibat dalam rudingan damai ini. Pihak tersebut ialah rejim Zionis, AS dan PA yang di pimpin oleh Mahmud Abbas.
Mulanya tentu sekali rejim Zionis. Mereka merupakan puak Yahudi yang berfahaman Zionis. Mereka bukanlah puak yang layak langsung diajak berunding. Mereka tidak mempunyai hak walaupun seinci dari tanah Palestin. Mereka ini merupakan pendatang-pendatang Yahudi yang kebanyakan datang dari Eropah. Mereka terpaksa datang ke Palestine kerana mereka dibenci oleh masyarakat Eropah.
Mereka ini kemudian menjadi perompak dan penganas (contoh kumpulan Irgun dan Hagana) yang zalim yang merompak sedikit demi sedikit tanah rakyat Palestin. Merekalah juga yang memyembelih rakyat Palestin dan membawa malapetaka ke bumi yang suci ini.
Mereka hanya berselindung di sebalik selogan agama untuk mendapat sokongan orang Yahudi. Mereka kemudian menjadi penjajah yang menjajah Palestin dengan zalim dan tak berperikemanusian. Ratusan ribu nyawa rakyat Palestin telah dikorban semenjak mereka menjajah bumi Palestin. Tanyalah pada semua bangsa di dunia ini, adakah mereka sanggup berdamai dengan manusia jenis ini.
Lebih penting dari itu, sifat orang Yahudi itu sendiri yang terkenal dengan tipu-daya. Memang inilah sifat terkeji mereka semenjak dahulu lagi sepertimana tercatat dalam Injil dan al-Qur’an, khususnya semasa nabi Musa dan nabi Isa memimpin mereka. Orang Yahudi jenis inilah yang sedang memerintah negara haram Israel. Mereka ini penuh dengan tipu dah helah dalam setiap urusan.
Bolehkah mereka diajak berjanji untuk berdamai? Jawapan, tentu sekali tidak. Mereka bukan sekadar mungkir janji dengan rakyat Palestin, malah dengan sesiapa saja termasuklah PBB. Mereka tanpa rasa bersalah telah melanggar banyak piagam PBB dalam isu Palestin.
Malah antara punca sebenarnya kegagalan kepada rundingan damai kali ini ialah keengganan rejim Zionis untuk mematuhi piagam PBB 242 (1967) iaitu rejim Zionis mesti keluar dari tebing barat ( iaitu sempadan sebelum tahun 1967).
PA pimpinan Mahmud Abbas hatta Hamas sekalipun (dengan beberapa syarat yang lain) sedia untuk berunding sekiranya rejim Zionis bersetuju mematuhi piagam PBB 242 ini. Namun sampai saat ini rejim Zionis masih tidak mematuhi Piagam PBB 242, malah terus membina penempatan haram orang Yahudi di Jerusalem Timur yang sepatut diberikan kepada rakyat Palestin.
Oleh itu rundingan damai secara terus atau tidak terus yang diadakan antara rejim Zionis-PA hanya sia-sia saja kerana ianya akan berakhir dengan rejim Zionis melanggari segala yang dijanjikan. Kesanggupan rejim Zionis untuk duduk dalam rundingan damai hanya sebagai suatu muslihat.
Ataupun sebagai lakunan untuk menunjuk kepada dunia bahawa mereka adalah manusia yang cintakan keamanan. Ironiknya jika rundingan damai ini menemui jalan buntu, Hamas pula dipersalahkan bukan Fatah atau PA. Dan akan dihukum sepertimana berlaku dalam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan dalam operasi Cast Lead di jalur Gaza pada penghujung tahun 2008 selama 17 hari.
Seterusnya persoalan kredibiliti AS sebagai orang tengah dalam rundingan damai Israel-Palestin ini. Dalam perkembangan terbaru, disebabkan kedegilan rejim Zionis untuk menghentikan pembinaan haram di Jerusalem timur rundingan damai Israel-Palestin telah terhenti.
Dalam keadaan terdesak untuk meneruskan rundingan damai ini juga kerajaan AS pimpinan Obama terpaksa memujuk rejim Zionis dengan menawarkan untuk membekalkan 20 buah jet pejuang F-35 yang bernilai USD 3 Billion secara percuma sebagai ganjaran sekiranya rejim Zionis dapat membekukan kerja-kerja pembinaan ini untuk selama 90 hari dan kembali meja rundingan.
Tindakan ini sebenarnya mendapat kritikan hebat dari sebagaian rakyat AS. Antaranya termasuklah bekas Setiausaha Negara AS, Collin Powell. Beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak faham hubungan antara pembekuan pembinaan (selama 90 hari) di tebing barat dengan pemberian 20 buah jet pejuang F-35 (kepada Israel).
Lebih menarik lagi, bekas duta AS ke Israel, Daniel Kurtzer, sepertimana yang dilapurkan dalam Washinton Post (Disember 2010), juga turut mengritik kerajaan AS dengan mengatakan bahawa tawaran 20 buah jet pejuang F-35 kepada Israel sebagai: “ … a reward for Israel’s bad behaviuor…”
Semua ini sebenarnya membuktikan bahwa AS tidak layak langsung berada dalam rundingan damai ini sebagai orang tengah kerana kerajaan AS itu sendiri di kuasai oleh orang Yahudi melalui pelobi-pelobi mereka. Oleh itu dalam setiap rundingan atau perjanjian damai AS terpaksa memastikan kedudukan dan kepentingan rejim Zionis di Palestin tidak tergugat tanpa mengambil-kira langsung tentang keadilan kepada rakyat Palestin.
Lebih dari itu Obama sendiri, sebagai Presiden AS, juga menyedari bahwa antara isu pokok kepada rundingan damai ialah masalah tuntutan rejim Zionis terhadap keseluruhan bandar Jerusalem termasuklah Baitulmaqdis yang terletak dalam bahagian timur Jerusalem yang menjadi hak kepada rakyat Palestin sepertimana dalam piagam PBB 242.
Namun rejim Zionis juga tidak lupa akan janji-janji Obama untuk menjadikan keseluruhan bandar Jerusalem sebagai ibukota Israel iaitu sebelum menjadi President AS sepertimana diucapkannya dalam perhimpunan AIPAC(pelobi-pelobi Yahudi) pada 5 Jun 2008 seperti berikut:
“ Any agreement with the Palestinian people must preserve Israel’s identity as a Jewish state, with secure, recognized, defensible borders. And Jerusalem will remain the capital of Israel and must remain undivided.”
Obama memahami semua isu penting ini dan ketidak-mampuannya untuk menolak segala tuntutan dari rejim Zionis. Oleh itu sekiranya rundingan damai Israel-Palestin diteruskan juga, ianya juga hanya sekadar lakunan Obama sehebat lakunan Denztel Washington dalam filem ‘Malcom X’.
Semuanya dilakukan oleh Obama semata-mata ingin menunjukkan kepada dunia (khusus pemimpin-pemimpin dunia Islam yang malas berfikir) bahawa rundingan damai Israel-Palestin masih berlaku walaupun pada hakikatnya bukan begitu. Pihak atau watak ketiga dalam drama rundingan damai ini tentu sekali PA dibawah pimpinan Mahmud Abbas. Mahmud Abbas (pemimpin Fatah) dan PA merupakan watak yang diwujudkan oleh rejim Zionis dan AS kononnya mewakili rakyat Palestin. Hakikatnya Mahmud Abbas dan PA (secara sedar atau tidak) hanya sekadar boneka kepada rejim Zionis dan AS
Fatah (parti yang diwakili oleh Mahmud Abbas) sebenarnya telah kalah dalam pilihanraya pertama di Palestin pada Januari 2006. Hamas yang telah memenangi pilihanraya ini sepatutnya memimpin PA bukan Fatah. Namun Hamas, sebuah parti Islam, yang di gelar sebagai pengganas oleh rejim Zionis dan AS, tidak diiktiraf sebagai pemerintah yang sah untuk rakyat Palestin di tebing barat dan jalur Gaza.
Jelas disini Mahmud Abbas dan PA sekarang juga tidak layak langsung mewakili rakyat Palestin dalam mana-mana rundingan ataupun perjanjian damai dengan sesiapa pun. Oleh itu mana-mana rundingan atau perjanjian damai tidak akan mempunyai apa-apa makna kalau tidak diwakili Hamas.
Hamas sebenarnya sanggup melakukan gencatan senjata atau ‘hudna’ dan hidup berjiran dengan rejim Zionis (tetapi tidak akan mengiktiraf negara Israel) sekiranya rejim Zionis sanggup mematuhi piagam PBB 242 (1967) iaitu rejim Zionis mesti keluar dari tebing barat ( iaitu sempadan sebelum 1967) dan menghentikan segala kepungan dan sekatan ekonomi terhadap jalur Gaza.
Namun begitulah hakikatnya sepertimana firman Allah s.w.t : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani sekali-kali tidak akan dapat bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad ) sehingga engkau menurut agama (budaya hidup) mereka.” al- Baqarah: 120
Oleh itu rundingan damai (peace talk) antara rejim Zionis , AS dan Mahmud Abbas hanya membazirkan masa dan tidak lebih dari sebuah lakunan saja.
ditulis oleh: Megat Shariffudin Ibrahim, PACE ,dari Ipoh Untuk Gaza, 8 January 2011.
No comments:
Post a Comment