Monday, April 16, 2012

Kelab IKRAM Mesir mencipta sejarah kerana berjaya menganjurkan STEP HAYBAT 2012

6 April 2012 – Kelab IKRAM Mesir mencipta sejarah kerana berjaya  menganjurkan STEP HAYBAT 2012  (Sliding through Experience as Professional – Towards Achieving Excellence) Satu Konvensyen Pelajar Malaysia Mesir yang diadakan di Al Azhar Convention Centre ( Pusat Konvensyen Al Azhar), Kaherah . Program yang dianjurkan bersama Education Malaysia Egypt (EME) dan Medic Mesir dihadiri oleh lebih dari 1200 pelajar pelbagai jurusan termasuk perubatan dan pergigian  yang belajar di Mesir dirasmikan oleh Pengarah EM Egypt ,  Professor Madya Dr Hj Su’aidi Dato' Hj Safei . Majlis turut dihadiri oleh  Ustaz Abd Harith Bain , Penasihat Kelab IKRAM Mesir dan pegawai-pegawai dari EME.  

Dalam ucapan perasmiannya Prof Madya Dr Hj Su’aidi mengucapkan tahniah kepada Kelab IKRAM Mesir dan Medic Mesir di atas penganjuran konvensyen ini dan berharap agar para pelajar dalam memenafaatkan program ini untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam pembangunan kendiri ke arah menjadi Profesional yang Cemerlang. Menurut beliau terdapat lebih dari 11 000 pelajar Malaysia yang belajar di pelbagai Universiti di seluruh Mesir dan EME sentiasa memberikan perhatian untuk menjaga kebajikan mereka.
Terdahulu Saudara Nik Abd Rahman Nik Mazian, pelajar perubatan tahun akhir Universiti Kaherah  selaku Pengarah STEP 2012 dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran dan kerjasama semua pihak dan mengharapkan agar matlamat STEP  2012  tercapai dalam memberikan pendedahan tentang realiti kehidupan seorang doktor,  membina keupayaan mental dan fizikal pelajar dalam menghadapi cabaran dan akhirnya melahirkan doktor dan  Muslim Profesional Cemerlang yang akan pulang berkhidmat di bumi tercinta Malaysia
.
Puan Siti Haniza Mohd Nazri dari Medic Mesir  dalam ucapannya juga berharap agar para pelajar dapat mengambil kesempatan menimba ilmu dan  tips untuk menjadi doktor yang berjaya dari  pensyarah dan tokoh pendidikan perubatan  Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj , Pakar Perbidanan dan Sakit Puan merangkap Ketua Unit Perkembangan Profesional dan Kendiri Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dr Hafidzah Mustakim  dari Klinik Perdana Kota Bharu. Pengalaman penceramah yang juga terlibat aktif dalam kerja kemasyarakatan dalam Pertubuhan IKRAM Malaysia boleh turut di menafaatkan.
Dengan tema Medicine and Faith ; Empowering the Muslim Doctors ( Perubatan dan Keimanan  : Memperkasakan Doktor Muslim) ,  program sehari itu berjaya memberikan ilmu dan kemahiran praktikal bagaimana menjadi Profesional Perubatan yang Cemerlang yang akan berkhidmat dalam sektor perubatan di Malaysia. Rata-rata peserta yang ditemui berpuashati dengan program yang dianjurkan. Majlis di akhiri dengan dua persembahan pelajar yang menunjukkan bakat mereka dibidang muzik dan keseniaan. 



Wassalam


Dr Hafidzah

No comments:

Post a Comment