Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:
“Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati…”
Allah s.w.t. berfirman:
وَكُلا
نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ
وَجَاءَكَ فِي هَذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ
“Dan
tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu
(Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang
kepadamu Dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi
orang-orang Yang beriman.”
Surah Hud 11: 120
Objektif
“Memahami tanggung jawab kita yang paling utama mengikut waqi’.”
Kita
akan menyoroti sejarah sebuah ummah yang pernah menguasai dunia.
Melalui penilaian sejarah dan pemahaman sunnah Allah dalam mengatur
perjalanan sebuah ummah, kita akan dapat membongkar rahsia kegemilangan
ummah tersebut. Juga, kita akan meneliti titik-titik kelemahan yang
melemahkan kekuatan sebuah tamadun.
Mengenai Buku Ini
Buku
ini ditulis dengan tujuan sebagai panduan kepada mereka yang mahu
menyampaikan Ini Sejarah Kita (ISK). Ini bukanlah menjadi pengganti
kepada pengisian ISK untuk memahami penyampaian ini, tetapi sebagai
panduan semata-mata.
Setiap mereka yang mahu menyampaikan ISK
perlulah berusaha mendalami sejarah Islam bermula dengan Sirah
Nabawiyyah dan seterusnya sejarah kerajaan-kerajaan yang berikutnya.
Pemahaman terhadap sejarah adalah lebih penting daripada mengetahui
senarai tarikh peristiwa-peristiwa bersejarah. Oleh itu, setiap
penyampai perlulah memahami isi pokok setiap peristiwa dan signifikasi
sesuatu perkara dalam perjalanan sejarah. Tetapi, dengan mengetahui data
peristiwa (tarikh, tempat, orang yang terlibat) akan pasti membantu
pemahaman dan pasti menambah keyakinan si pendengar.
Muqaddimah I
1. Hadith I: Manusia seperti logam
عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم:
(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”
Nilai
logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’,
nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam,
nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada
kefahamannya.
Bahagian terakhir hadith ini, ”إذا فقهوا” mempunyai dua sebutan:
1. إذا فقِهوا : memahami ilmu Fiqh. (Contoh: Imam As-Syafie).
2. إذا فقُهوا : memahami Islam. (Contoh: Sumayyah).
Ramai
yang mungkin mengetahui hukum Fiqh tetapi bukan memahami Islam itu
sendiri. Sedangkan memahami Islam itu sendiri lebih penting sebelum
mengetahui perkara-perkara lain termasuklah Ilmu Fiqh. Mari kita melihat
kembali apa yang berlaku semasa tahun 60an, ramai pelajar-pelajar
jurusan agama di Universiti Al-Azhar (ustazah-ustazah) yang banyak
mengetahui soal hukum-hakam tetapi masih tidak memakai tudung menutup
aurat. Mereka mengetahui hukum Fiqh tetapi masih tidak memahami Islam.
Berbeza pula pada tahun 80an, ramai pelajar-pelajar lepasan UK yang
pulang ke tanah air dengan keadaan bertudung menutup aurat (sebelumnya
tidak). Mereka ini memahami Islam tetapi tidak menguasai ilmu Fiqh.
Mereka yang memahami Islam akan mengamalkannya, sebaliknya yang tidak
memahami akan meninggalkannya walaupun telah datang hujah dan
pengetahuan. Jadilah seperti Sumayyah…
Kita memahami hukum Fiqh
melalui kuliyah-kuliyah ‘Fardhu ‘Ain’. Tetapi bagaimana kita mahu
memahami Islam itu sendiri? Didiklah jiwa kita melalui proses usrah dan
tarbiyyah.
2. Hadih II: Kebaikan bagi mereka yang faham
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
(( من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين )). صحيح البخاري ومسلم
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”
Kefahaman yang membawa kebaikan kepada seseorang ialah kefahaman mengenai Ad-Din.
فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ...
“Maka
sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya
nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…”
(Surah Al-An’am 6: 125)
3. Al-Quran I: Memahami dengan hati (Surah Al-A’raf 7: 179)
وَلَقَدْ
ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ
لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ
آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ
أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk
neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi)
tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata
(tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang
mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan
nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat
lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”
Hati yang
menentukan kefahaman seseorang bukannya ‘otak’ manusia. Sebagai contoh,
mereka yang membaca novel akan menghayati kandungan buku itu dengan
menggunakan hati. Sebaliknya, sekiranya kita membaca buku-buku akademik
(Medic atau Physics), kita akan menggunakan akal untuk memahami. Apa
yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang
tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan
seseorang. Filem-filem romantik pasti menyentuh jiwa, menyebabkan
manusia sedih dan gembira. Filem-filem dokumentari belum pasti dapat
menembusi jiwa manusia.
4. Hadith III: Hati menentukan perilaku manusia
رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم يَقوْلُ:
((...أَلاَ
وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ،
وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ )).
رواه البخاري ومسلم.
“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada
seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan
apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah
hati.”(Hadith ke-6, Hadith 40 An-Nawawi)
5. Tujuan hidup manusia: Ibadah dan Khalifah
Al-Quran II: Ibadah kepada Allah (Surah Az-Zariyat 51: 56-58)
وَمَا
خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ (٥٦)مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ
مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ (٥٧)إِنَّ اللَّهَ هُوَ
الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ (٥٨)
“Dan (ingatlah) Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki
pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi
makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang memberi rezeki
(kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai
kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.”
Manusia
mungkin keliru mengenai tugas utama mereka iaitu menjadi hamba Allah
dan menuruti segala perintahNya. Mereka mungkin mengejar perkara yang
sudah lama ditetapkan oleh Allah, antaranya persoalan rezeki dan
kebahagiaan dunia.
((...ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ
فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ
رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ
الَّذِي لا إلهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ
اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنـَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ
فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ
فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ
حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ
عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا
)). رواه البخاري ومسلم.
“…kemudian dikirimkan kepadanya seorang
malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan
4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan
adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan
melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal
dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak
lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab
lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan
ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari
sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia
mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.” (Hadith ke-4,
Hadith 40 An-Nawawi)
Al-Quran III: Khalifah Allah (Surah Al-Baqarah 2: 30)
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً...
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"…”
Tugas
Khalifah mungkin disalah ertikan sebagai satu tanggung jawab politik
atau sekadar memakmurkan bumi Allah. Sedangkan Islam menyarankan supaya
semua manusia agar tunduk kepada Allah dan memenuhi tujuan penciptaan
mereka. Oleh itu, tugas khalifah adalah memastikan manusia terus berada
dalam landasan Ibadah kepada Allah.
No comments:
Post a Comment