Thursday, December 30, 2010

Mengenali tanda kelemahan iman dan cara memperbaharuinya?


Oleh: Dr. Ahmad Solah

Beribu-ribu sebab yang memerlukan kita untuk memperbaharui iman, kembali merenung tentang hubungannya dengan Allah dan mengembalikan ruh kepada perasaan keimanan.

Beribu-ribu sebab yang memerlukan kita merasa bimbang imannya mulai lemah, hatinya mulai berkarat dan ruhnya mulai tunduk kepada tarikan duniawi, masalah amal dan hidup, konflik manusia, hawa nafsu, pintu-pintu syaitan, keinginan dan syahwat tubuh dan fitnah-fitnah dunia. Semua ini mengajak orang mukmin merasa bimbang tentang imannya supaya tidak lenyap atau pudar dari sisinya.

Wahai saudara yang dimuliakan..Adakah anda tidak merasa bimbang tentang imanmu? Adakah benar Rasulullah saw juga bimbang tentang imannya?

Rasulullah saw sering berdoa:
“Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agamaMu”.

Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi. Doa baginda:

“Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepadaMu”.

Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya di waktu siang dan malam:

“Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepadaMu daripada kekufuran dan kefakiran”.

Adakah anda mengetahui bahwa Umar bin al-Khattab r.a yang telah memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari dari menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah. Adakah anda mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman?

Diriwayatkan dari Umar binb al-Khattab r.a bahawa beliau pernah berkata kepada para sahabatnya:

“Marilah kita tambahkan iman”.

Hal ini menjadi kebiasaan kepada sahabat untuk melakukannya..Abdullah bin Mas’ud r.a berdoa dengan berkata:

“Wahai Allah, tambahkan kami keimanan, keyakinan dan kefaqihan”.

Abu Darda’ r.a juga berkata:

“Seorang hamba yang diberikan kefaqihan, maka ia sentiasa memelihara imannya dan tidak menguranginya”.

Iman bertambah dan berkurang

Secara semulajadi iman boleh bertambah dan berkurang. Hal ini bukan satu kelemahan bagi manusia, bahkan ia adalah tabiat manusia dan sunnah kehidupan. Sabda nabi saw:

“Sesungguhnya hati anak Adam semuanya antara “dua jari dari jari jemari Allah”, seperti satu hati yang ditadbir dan diurus mengikut kehendakNya”.

Riwayat Abu Jaafar al-Khatami dari bapanya dari datuknya Umair bin Hubaib berkata: “Iman bertambah dan berkurang. Ada yang bertanya: Sebab apa iman bertambah dan berkurang?. Lalu beliau menjawab: Apabila kita mengingatiNya, bertahmid dan bertasbih kepadaNya, maka iman akan bertambah. Apabila kita melupakanNya, lalai dan cuai dari mengingatiNya, maka imannya akan berkurang”.

Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya)”. (Al-Anfal: 2)

“yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia Telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, Karena itu takutlah kepada mereka", Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". (Ali-Imran: 173)

“Dia-lah yang Telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang Telah ada)”. (Al-Fath: 4)

Tanda kelemahan iman

Tugas syaitan ialah menyerang iman manusia dengan tujuan untuk melemahkan tenaga keimanan dan mengkucar-kacirkan hubungannya dengan Allah. Lalu ia akan menjadi malas dan merasa berat. Antara tandanya ialah:

1. Merasa malas untuk menunaikan solat secara berjamaah yang merupakan salah satu sifat orang munafik berdasarkan firman Allah:

“dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas”. (An-Nisa’: 142)

2. Begitu liat untuk bangun menunaikan solat subuh. Sabda nabi saw:

“Melaksanakan dua rakat solat subuh lebih baik daripada dunia dan segala isinya”.

3. Tidak khusyuk di dalam solat dan banyak memikirkan kesibukan dunia dan mengingini kehidupan. Sabda nabi saw:

“Tidaklah seorang muslim yang menghadirkan hatinya semasa solat fardu, dengan mengelokkan wuduknya, khusyuk dan rukuknya melainkan solatnya itu akan menghapuskan dosanya yang kecil selagi tidak melakukan dosa besar. Hal ini berlaku sepanjang masa”. (Muslim)

4. Meninggalkan amalan-amalan sunat dan solat nawafil.


5. Menjauhkan diri dari al-Quran. Firman Allah:

“Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan”. (Al-Furqan: 30)

6. Seorang muslim terjerumus ke dalam maksiat dan terus tenggelam di dalamnya.

Peringatan

Kekurangan dan kelemahan iman tidak berlaku secara mengejut dan tiba-tiba, tetapi kekejian syaitan menjadinya melakukan muslihat dan helah kepadamu untuk melepaskan senjata satu demi satu sehingga iman menjadi lemah dan tidak berdaya, gerakan anda menjadi berat dan sukar kerana seluruh kekuatan iman kini telah mulai lemah dan malas. Justeru perhatikanlah disebalik anda, ke atas diri anda dan tanyalah dengan bersungguh-sungguh: Bagaimana boleh berlaku? Bilakah berlaku?

Syaitan berusaha memisahkan seorang muslim yang kuat ibadah dengan melakukan serangan yang pertama ke atas senjata solat-solat sunat yang merupakan benteng yang kukuh yang memelihara solat fardu. Seorang muslim itu mulai rasa memadai dengan solat jamaah tanpa bersedia dengan solat-solat sunat rawatib. Setelah Berjaya menggugurkan senjata ibadah-ibadah sunat, maka syaitan meneruskan serangannya kepada kekusyukan di dalam solat untuk merosakkan ‘perbualan imani’ yang unggul antaramu dan Tuhanmu. Justeru yang tinggal di dalam solat adalah jasad sahaja tanpa ruh. Seterusnya syaitan mula menyerang muslim dengan merasa malas dan berat untuk menyudahkan solat dan diikuti dengan sikap berpuas hati solat hanya di rumah dengan alasan: “saya penat sekarang”. Hal ini berlaku beberapa ketika sehingga menjadi seronok dan kebiasaan…

Lebih banyak menggunakan sejadah untuk solat fardu di rumah selepas syaitan Berjaya menggugurkan tugasnya untuk melaksanakan amalan-amalan sunat. Lebih banyak menunaikan sujud sahwi selepas syaitan Berjaya meragu-ragukan bilangan rakaat atau melupakan doa qunut.

Kini syaitan telah Berjaya melepaskan pukulannya di dalam hatimu yang menyebabkan anda tidak tidak lagi menunaikan solat subuh berjamaah, berzikir dan membaca al-Quran secara harian. Oleh itu tiada jalan keluar untuk anda melainkan segera memperbaharui iman anda.

Langkah memperbaharui iman

Alangkah baik anda mengenali dan menentukan penyakitmu, kemudian menetapkan jalan untuk mengubatinya. Inilah satu-satunya anda telah menentukan setengah jalan tersebut. Menurut Hassan al-Basri rahimahullah: “Seorang hamba itu masih berada di dalam kebaikan selagi mengetahui sesuatu yang akan merosakkan amalannya”. Seorang ahli zuhud Mekah Wahib bin Ward pernah berkata: “Sesungguhnya di antara kesejahteraan diriku ialah aku mengetahui perkara yang merosakkannya”.

Keazaman dan tekadmu akan menjadikanmu telah mempunyai setengah dari jalan untuk merawat imanmu.

Manakala setengah jalan lagi adalah perkara berikut:

1. Duduk bersama orang soleh

Menurut ahli psikologi bahawa akhlak laku berada di dalam kumpulan berbeza dengan akhlak ketika berseorangan. Ianya bertepatan dengan sabda nabi saw: “Syaitan bersama dengan manusia yang berseorangan sedang dia yang kedua atau lebih”. Justeru, manusia yang berada di tengah-tengah kumpulan lebih bersedia untuk berjalan bersama kumpulan, bahkan menggalakkan dirinya untuk saling berlomba dan mengatasi orang yang bersamanya, dan ketika persahabatan yang dibina di atas asas yang soleh dan matlamatnya ialah ketaatan kepada Allah akan memudahkan seseorang untuk memenuhkan imannya secara berterusan tanpa bersusah payah lagi.

Ketika individu berseorangan tanpa sahabat yang soleh tentulah dunia akan menyerangnya dari semua tempat, syahwat akan memenuhinya dan hawa nafsu akan berselisih dengannya dan melemahkan kandungan iman yang berhubung dengan langit.

Sabda nabi saw: “Kalian hendaklah bersama jamaah dan jauhilah dari perpecahan, kerana syaitan suka kepada orang yang berseorangan sedang dialah yang kedua dan lebih. Barangsiapa yang mencintai syurga maka hendaklah beriltizam dengan jamaah. Orang yang suka dengan kebaikannya dan bencikan keburukannya, maka dia benar-benar seorang mukmin”. (Tirmizi) Menurutnya hadith sahih gharib.

Sabda Rasulullah saw juga:

“Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih dari kumpulannya”. (Abu Daud)

2. Penyertaan di dalam amal

Ketika anda merasa sukar untuk menjalan sesuatu perkara atau perintah, carilah orang yang boleh membantu anda melaksanakannya..Ini adalah penyelesaian ketika kekuatan imanmu menjadi lemah untuk mengangkat selimut di kala azan subuh atau mengerjakan solat berjamaah. Berpakatlah bersama sahabat yang cergas di dalam ibadatnya untuk menolongmu melalui perhubungan telefon atau melalui rumah sehingga keimanan kembali kuat. Firman Allah:

“dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,…”. (Al-Maidah: 2)

3. Seruan orang lain

Proses menanamkan nilai murni memerlukan empat peringkat. Pertama pengaruh informasi, kemudian pengaruh fikiran yang menjadikan nilai bertindak balas dengan akal, kemudian peringkat perlaksanaan wasilah amali yang mengikat nilai dengahn reality, kemudian peringkat yang akhir ialah peringkat terbina nilaian, iaitu peringkat di mana anda menyeru orang lain supaya menghiasi diri dengan nilai murni atau akhlak mulia. Apabila telah sampai kepada peringkat ini, sudah pasti menjadi sungguh mudah untuk melaksanakan tugas menyeru orang lain dan menyampaikan nasihat supaya beribadah dan menunaikan solat fardu di masjid, membaca al-Quran dan solat subuh.

4. Pengaruh media ke atas dirimu melalui cd dan buku

Tidak dinafikan bahan media banyak yang mendatangkan pengaruh yang negative kepadamu, namun gunakanlah kebijaksanaanmu untuk mengambil pengaruh yang positif daripada media ke atas dirimu. Dengarilah kaset, cd atau bahan dari internet masa kini yang membicarakan soal kelembatan hati, syurga, hari kaiamat, cintakan Allah, takut dan mengharapkanNya. Bacalah buku-buku berkaitan khusyuk di dalam solat, hidup bersama al-Quran, pahala amalan sunat dan munajat di dalam solat.

Masukkanlah jiwamu ke dalam dunia iman sebahagian dari harimu sehingga anda dapat mengimbangi secara imani dan lebih mampu menghadapi kehidupan tanpa merosakkan imanmu.

5. Mengurangkan perkara yang harus

Ketika Islam menegah dari melakukan pemborosan, Islam juga menegah kita daripada perkara harus, kerana pemborosan termasuk perkara harus. Oleh sebab itu bersederhana dalam menggunakan perkara harus akan sentiasa mengingatkan anda kepada Allah. Dunia pasti akan lenyap sekalipun terdapat banyak nikmat dan anda telah menerimanya.

6. Muhasabah diri


Laksanakan pemikiran muhasabah untuk menggalakkan jiwa sentiasa beramal dan beribadah. Lakukan di atas satu helaian kecil setiap minggu dan setiap bulan. Letakkan senarai solat lima waktu secara berjamaah, solat-solat sunat, zikir-zikir, pembacaan al-Quran, puasa sehari dalam seminggu atau dua hari dalam sebulan. Buat satu janji bersama sahabatmu untuk saling mengingat antara satu sama lain agar mengisi helaian muhasabah tersebut. Berilah perhatian sekurang-kurang 75% setiap minggu.

Umar bin al-Khattab r.a pernah berpesan:

“Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalanmu sebelum amalanmu ditimbang”.

7. Bersungguh-sungguh beribadah dan mujahadah melawan nafsu

Cergas di dalam ibadah, solat-solat sunat, zikir, qiamullail, membaca al-Quran, lawan nafsumu. Katakan kepadanya bukan selalu dan jangan menyerah kepadanya, kerana ia akan memimpin anda kepada sifat malas, tidur dan berehat, dan anda akan mencari alasan setiap masa supaya tertinggal atau terlambat solat subuh atau malas untuk membaca al-Quran. Anda menurutinya sehingga anda menyerah. Apabila nafsu mengajak anda meninggalkan sesuatu ibadah, maka iringi dengan membaca satu juzuk dari al-Quran. Apabila ia melengahkan anda dari solat subuh, maka lakukanlah solat dua rakaat pada tengah malam. Hadapilah nafsu sehingga ia menyerah kapadamu. Ketahuilah, anda termasuk kalangan manusia yang tidak mudah ditundukkan. Firman Allah:

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”. (Al-Ankabut: 69)

Ingatkah wahai saudaraku yang dikasihi, Iman mempunyai dua sendi, iaitu beriman di dalam hati dan membenarkan di dalam perbuatan atau amalan. Menurut al-Hassan r.a:

“Iman bukanlah dengan angan-angan dan bukan hanya dakwaan, tetapi apa yang terdapat di dalam hati dan dibenarkan (dibuktikan) dengan perbuatan”.

Saudara yang dimuliakan,

Bangkitlah sekarang. Angkatlah kedua tanganmu ke langit dan berdoalah kepada Allah supaya menolongmu di atas ketaatan, mencampakkan iman di dalam hatimu dan menghimpunkan seluruh keazaman dan tekadmu seterusnya teruskan langkahmu kepada Tuhanmu yang mencintaimu dan kamu mencintaiNya..Perbaharuilah imanmu.

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=59312&SecID=363

Pembinaan Aktivis Dan Massa

Memahami fiqh tarbiyah adalah menjadi sesuatu yang penting kerana dengan tarbiyahlah akan lahir ‘Syakhshiyah Islamiyah Mutakamilah Mutawazinah’ (keperibadian Islam yang lengkap dan seimbang) yang bersedia untuk menghadapi tentangan dan halangan  zaman dengan segala masalah, ujian dan cobaannya.

Agar usaha-usaha untuk menghasilkan aktivis-aktivis seperti yang tersebut di atas berhasil, maka manhaj tarbiyah mestilah mampu merealisasikan tujuan-tujuan berikut ini :

PERTAMA : Memahami Islam sebagai manhaj atau pedoman hidup bagi manusia yang bersifat :

  1. ‘Syumul’ (sempurna).
  2. ‘Tawazun’ (seimbang).
  3. ‘Takamul’ (lengkap).
  4. ‘Alamiyah’ (sejagat).
  5. ‘Murunah’ (anjal).
  6. ‘Waqi’ieyah’ (realististik).
  7. Rabbaniyah’ (bersumber dari Allah).
KEDUA : Memiliki komitmen pada Islam dalam semua aspeknya samada sosial, politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lainnya sehingga semua teori dan pandangan dapat di aplikasikan di dalam kehidupan yang nyata.

KETIGA : Memperhatikan keadaan objektif masyarakat dalam hal aplikasi, komunikasi dan interaksi dengan prinsip-prinsip Islam. Semua ini mesti disesuaikan dengan situasi, keadaan, waktu dan tempat samada yang melibatkan kaum muslimin ataupun dengan bukan muslim dan juga samada dalam ‘ta’amul da’awi’ (interaksi dakwah) ataupun ‘ta’amul siyasi’ interaksi politik.

Selain itu juga perlu dilihat apakah di dalam masyarakat yang mempunyai ketaatan yang jitu  ataukah ketaatan yang pelbagai dimensi kerana memang tidak mungkin untuk mengaplikasikan Islam hanya dengan satu model.

Oleh kerana itu diperlukan pengukuhan hukum syari’e dalam berinteraksi dengan orang lain  dan manhaj tarbiyah mestilah dicernakan di atas landasan ini.

KEEMPAT : Memperhatikan tanggungjawab tarbiyah dalam rangka mencetak aktivis dakwah dan generasi yang boleh bergaul dengan masyarakat luar, mampu mempengaruhi dan tidak menganggap mereka sebagai musuh walaupun perlakuan mereka keras, kasar dan menyakitkan.

Oleh kerana itu, pendakwah sebenar dan aktivis yang berjaya adalah justeru orang yang  mampu merekrut orang-orang yang sukar direkrut. Di sini nampak adanya perbezaan daya tarik dan kemampuan di antara para aktivis untuk menguasai dan merekrut massa.

PEMBINAAN AKTIVIS

Pembinaan aktivis merupakan lanjutan dari pembinaan massa yang berfungsi untuk saling melengkapi dan tidak boleh dipisahkan antara yang satu dengan yang lainnya.

Pembinaan aktivis adalah proses pembentukan yang difokuskan kepada orang-orang tertentu hasil rekrut dari massa dan bertujuan untuk mempersiapkan para pendakwah dan murabbi di tengah-tengah masyarakat serta untuk masyarakat.

Jika perkara ini tidak menjadi tujuan tarbiyah, maka proses pembinaan aktivis hanya akan menjadi sebagai kegiatan rutin yang terbatas pada pengislahan peribadi yang ekslusif, bahkan kebaikan yang bersifat pasif, kerana tidak memiliki peranan pengislahan terhadap masyarakat dan realiti kehidupan.

Pembinaan aktivis adalah bertujuan untuk meningkatkan berbagai kemampuan dan keahlian aktivis agar dapat berperanan dalam  mengendalikan dan merekrut massa di bidang tarbiah, dakwah, harakah dan siasah serta mampu menyiapkan masyarakat agar bersedia melakukan gerakan reformasi dan perubahan.

Namun, tidak semua orang mesti atau dipaksakan mengikuti proses pembinaan aktivis kerana potensi, kemampuan dan persediaan manusia  tidaklah sama. Selain itu, tidak semua orang memiliki persediaan untuk menjadi aktivis dakwah.

Di antara sifat-sifat yang mesti ada pada seorang pendakwah adalah :

  1. Pandangan yang jauh ke depan.
  2. Kejernihan hati.
  3. Bijak.
  4. Sabar.
  5. Mencintai orang lain.
  6. Bersemangat membimbing mereka.
  7. Tawakkal kepada Allah.
  8. Ikhlas hanya menginginkan balasan dariNya.
sehingga ia mampu  membuatkan :

  1. Sesuatu yang dibenci menjadi disenangi.
  2. Yang jauh menjadi dekat.
  3. Lawan menjadi kawan.
Orang-orang pilihan Allah, para nabi dan rasul berdakwah secara aktif di tengah-tengah masyarakat dan hidup bersama mereka.

Sebagai contoh perjuangan Nabi Nuh alaihissalam untuk berdakwah kepada kaumnya tanpa kenal penat lelah :

Nuh berkata: ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari(dari kebenaran).  Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka  (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka  (kepada iman) dengan cara terang-terangan, kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam–diam, maka aku katakan kepada mereka: mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya  Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? padahal Dia sesungguhnya  telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian“ (QS Nuh : 5 – 14)  

Kemudian Nabi Ibrahim as yang merupakan peribadi pemimpin yang taat kepada Allah swt,  yang menghadapi kaumnya sendiri tanpa adanya jamaah, parti atau golongan yang mendukungnya. Ia menghadapi mereka dengan pembahasan yang kuat dan logik yang mantap ketika kaumnya berpaling maka ia menghancurkan berhala-berhala mereka.

Demi Allah, sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya. Maka  Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur terpotong-potong kecuali yang terbesar (induk) dari patung-patung yang lain agar mereka kembalikan (untuk bertanya) kepadanya. Mereka berkata: siapa yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami?, sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim. Mereka berkata: Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim. Mereka berkata: (Kalau demikian) bawalah dia dengan cara yang dapat dilihat orang banyak agar mereka menyaksikan. Mereka bertanya: Apakah kamu yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan–tuhan kami wahai Ibrahim? Ibrahim menjawab: Sesungguhnya patung yang besar itulah yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala itu jika mereka dapat berbicara. Maka mereka telah kembali kepada kesedaran mereka dan lalu berkata: Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang–orang yang menganiaya (diri sendiri) “.  (QS Al-Anbiya’ : 58 ­- 64.)   

Dan akhirnya Nabi Muhammad saw yang tidak membiarkan kesempatan berlalu tanpa usaha dakwah, mengajak manusia ke jalan Allah.

Beliau di satu sisi mempersiapkan aktivis dakwah di rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam namun di sisi lain juga tidak pernah putus berdakwah dalam masyarakat Arab dengan mendatangi tempat-tempat berkumpulnya orang ramai seperti di pasar-pasar ‘Ukaz, Majinnah, Zilmajaz dan Mina.

Bukankah Rasul memang diutus sebagai rahmat untuk semesta alam sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al Qur’an :

Wahai manusia sesungguhnya aku utusan Allah kepada kamu semua“. (QS AL A’raf : 158)

‘Dan Aku tidak mengutusmu melainkan sebagai rahmat untuk semesta alam“. (QS Al-Anbiya’ : 107)

“Dan Kami tidak mengutusmu (Muhammad) melainkan untuk seluruh manusia membawa berita gembira dan peringatan akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya“.  (QS Saba’ : 28)    
TUJUAN TARBIYAH

Tujuan tarbiyah adalah untuk meningkatkan keimanan, ilmu pengetahuan serta akhlak, kesolehan dan melaksanakan kewajiban dakwah  serta memiliki komitmen di jalan dakwah untuk menggapai ridha Allah.

Pembinaan aktivis untuk peningkatan kualiti peribadi dan difungsikannya aktivis untuk kepentingan Islam mestilah sesuatu yang menjadi tujuan  tarbiyah.

Allah memilih para Nabi bukan sebagai tujuan, tetapi yang menjadi tujuan  adalah menyiapkan mereka untuk bertarung melawan kebatilan dan menyelamatkan masyarakat dari kekuasaan thaghut  (pemimpin yang zalim) agar mereka tunduk beribadah hanya kepada Allah dan menolak segala bentuk sistem jahiliyah.

PEMBINAAN MASSA

Sebagaimana yang dijelaskan di permulaan di mana pembinaan aktivis adalah lanjutan dari pembinaan massa. Ia merupakan penggerak pembinaan massa dan sekaligus mengarahkan, meluruskan serta mengendalikannya. Jadi pembinaan aktivis bukanlah sebagai pengganti atau sesuatu yang kontradiktif.

Sementara pembinaan massa adalah  usaha untuk merealisasikan peranan pembinaan aktivis melalui usaha tabligh, penyebaran fikrah dan mengajarkan Islam kepada masyarakat  sehingga mereka menjadi pendukung dakwah dan dengan itu akan berlakulah proses tajmi’ jamahiri’ (pengumpulan massa).

Jika perkara itu tidak berlaku, ini bererti pembinaan aktivis telah gagal kerana tarbiyah menjadi sesuatu yang tidak mempunyai peranan dan tujuan. Oleh yang demikian, pembinaan aktivis mesti direalisasikan dalam aktiviti dan sumbangan sosial sesuai dengan perspektif hadits nabawi :
  
‘Sampaikanlah olehmu dariku walaupun hanya satu ayat’ (HR Bukhari).

Belajar mestilah diteruskan dengan usaha mengajar, menerima mestilah diikuti dengan memberi dan seterusnya. Oleh yang demikian, pembinaan aktivis dan pembinaan massa bagaikan dua sisi mata wang yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain dalam gerakan dakwah.

Ini jelas tergambar di dalam arahan Allah kepada para anbiya’ :

PERTAMA : Nabi Musa dan Harun alaihimas-salam :
 

      “Dan Aku telah memilihmu untuk diriku (menjadi rasul). Pergilah kamu beserta saudaramu dengan membawa ayat-ayatKu, dan janganlah kamu berdua lalai dalam mengingatiKu; Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas; maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut “.  (QS Thaha : 41 – 44)


KEDUA : Nabi Muhammad saw :

    “Wahai Nabi sesungguhnya Kami mengutusmu untuk menjadi saksi, dan membawa khabar gembira dan pemberi peringatan dan untuk itu jadi penyeru (da’ie) kepada  agama Allah dengan izinNya dan untuk jadi cahaya yang menerangi “. (QS Al-Ahzab : 45 – 46)

KETIGA : Para Nabi dan Rasul, dakwah mereka adalah juga dakwah kepada massa :

     “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing), sebagai satu keturunan yang sebahagiannya (keturunan) dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui“. (QS Ali ‘Imran : 33 – 34)
  
    “Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberi khabar gembira dan memberi peringatan. Barang siapa beriman dan mengadakan perbaikan maka tidak ada kekhuatiran pada  mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati“. (QS Al ‘An’am : 48)

Ayat-ayat di atas dan yang serupa dengannya menegaskan akan adanya komunikasi massa dan arahan publik serta dakwah terbuka.

Ini adalah prinsip dalam syariat Islam iaitu wajib dilaksanakan dan tidak boleh diabaikan walaupun dengan alasan keamanan, belum ada kekuatan tanzim atau dengan alasan dakwah masih pada marhalah tertentu.

Jika kelalaian itu berlaku ianya bererti kita telah mengabaikan kewajiban da’wah ilallah’ dan amar ma’ruf nahi munkar’ yang disebabkan lemahnya semangat, sibuk dengan dunia, lemah iman, takut mati serta takut kehilangan harta benda.

Dakwah wajib disampaikan sekalipun situasi ketika itu berat dan sulit, kerana pandangan  tentang adanya  ‘da’wah sirriyah’ itu tidak mempunyai dalil syar’ie yang kuat sementara prinsip dalam dakwah adalah jahriyah’ (terbuka). Dakwah tidak boleh hilang kerana takutkan akan bahaya walaupun perlu menyesuaikan caranya (fiqh da’wah’).

Al-Qur’an dan sunnah Rasulllah saw menegaskan perkara ini :

Firman Allah :

“Dan katakanlah yang Haq dari Rabbmu maka barangsiapa menginginkan maka berimanlah dan barangsiapa yang menginginkan maka kafirlah.”

‘Ubadah bin Shamit meriwayatkan :

“Rasulullah memerintahkan kepada saya agar saya bicara yang Haq sekalipun pahit dan memerintahkan kepada saya agar saya tidak takut di jalan Allah akan kecaman orang lain“
(HR.Ahmad)   

Demikianlah kefahaman yang benar tentang fiqh tarbiyah’, iaitu tidak boleh ada aktivis yang :

1.      Tidak memiliki kewajiban dakwah dan tarbiyah.
2.      Mengemukakan alasan untuk tidak berdakwah atau mentarbiyah.
3.      Berpeluk tubuh menjadi penganggur harakah.

Setiap aktivis mestilah menjadi unsur yang produktif dengan memberikan sumbangannya kepada jamaah dan harakah agar jamaah  terus berkembang dan meluas tanpa perlu menunggu perintah kepimpinan dan tanzim kerana pada dasarnya setiap muslim bertanggungjawab kepada Allah swt :

’’Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri“
(QS Maryam : 95)

 

“Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya“. (QS Al-Muddathir :  38)

BEBERAPA KESIMPULAN         

PERTAMA : Bahwa tarbiyah bersifat terbuka nampak jelas melalui arahan nabi / hadits yang diulang-ulang dan anjuran yang terus menerus untuk memenuhi keperluan masyarakat luas di mana perlu adanya sikap kepedulian terhadap urusan mereka dan menghilangkan kezaliman yang menimpa mereka.

“Barang siapa yang bermalam dan ia tidak peduli terhadap urusan kaum muslimin, maka ia tidak termasuk golongan mereka “ (HR Al-Bazzar)

KEDUA : Tarbiyah bersifat terbuka nampak jelas melalui keterangan rasul tentang hubungan yang terus berkembang dan maju di antara sesama kaum muslimin dan antara kaum muslimin dengan bukan muslim. Di antaranya kewajiban setiap individu terhadap yang lainnya:


  1. Pada gambaran sosial, Rasulullah saw bersabda :

      
          “Hak seorang muslim atas muslim yang lain ada enam; [1] bila kamu bertemu dengannya maka ucapkan salam kepadanya, [2] bila kamu diundang maka penuhilah undangannya, [3] bila ia minta nasihat kepadamu maka nasihatilah dia, [4] bila ia bersin dan membaca alhamdulillah maka doakanlah dia dengan mengucap yarhamukallah, [5] bila ia sakit maka jenguklah dan [6] bila ia meninggal maka hantarkanlah jenazahnya sampai ke perkuburan “.  (HRMuslim)


“Orang yang paling baik adalah orang yang paling bermanfaat buat masyarakatnya“  (HR Al-Qadha’i)

 

  “Seorang mu’min yang bergaul dengan masyarakat dan bersabar atas perilaku dan sikap buruk mereka itu lebih utama dari pada seorang mu’min  yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas perilaku dan sikap buruk mereka“ (HR Tirmizi)


  1. Pada gambaran dakwah, Rasulullah saw bersabda :

“ Belalah saudaramu yang zalim atau yang dizalimi, lalu  berkata   seorang laki-laki: ya Rasulullah, saya membelanya jika ia dizalimi, bagaimana saya membelanya jika ia yang  menzalimi? Rasul menjawab: kamu cegah dia dari berbuat zalim, dengan demikian kamu telah membelanya“. (HR Bukhari)


         “Demi Allah, dengan usahamu Allah memberikan hidayah kepada seseorang itu lebih baik bagi kamu dari unta merah (harta yang paling berharga)“. (HR Bukhari dan Muslim)

           “Barang siapa yang menunjukkan orang lain kepada kebaikan maka baginya pahala  seperti  pahala orang yang melakukannya“. (HR Muslim)


  1. Pada gambaran hubungan persaudaraan, Rasulullah saw bersabda :


            “Seorang mu’min dengan mu’min yang lain bagaikan satu bangunan, satu dengan 
              yang lain saling memperkuat“.  (HR Bukhari dan Muslim)

         “Seorang muslim adalah orang yang tidak mengganggu kaum muslimin dengan   lidah (kata-kata) dan tangan (perbuatan) nya, dan seorang mu’min adalah orang yang memberikan jaminan keamanan terhadap nyawa dan harta orang lain“. (HR Tirmizi dan Nasaie)
           
 Seorang muslim bersaudara dengan muslim yang lain, maka ia tidak boleh      mengkhianati, mendustai dan  menjadikannya hina, setiap muslim atas muslim yang lain baginya haram kehormatan, harta dan darah [nyawa] nya, taqwa ada di sini [Rasulullah mengisyaratkan tangan ke dadanya/hati], sudah cukup keburukan bagi seseorang dengan menghina saudaranya yang muslim“.  (HR Tirmizi)

  1. Pada gambaran amal jama’ie dalam menjalankan misi dakwah, amar ma’ruf nahi munkar’, pengislahan dan pengarahan, Allah swt berfirman :

            “Dan mesti ada di antara kamu ummat (golongan) yang menyeru kepada kebajikan, memerintahkan yang ma’ruf (baik) dan mencegah dari yang munkar (buruk) dan mereka adalah orang-orang yang beruntung “. (QS Ali ‘Imran : 104)

            “Dan bekerjasamalah kamu atas dasar kebajikan dan ketaqwaan, dan janganlah bekerjasama di atas dosa  dan permusuhan “. (QS Al-Maidah : 2)

Rasulullah saw bersabda :

 “Hindari perpecahan dan berkomitmenlah pada jamaah, kerana syaitan selalu bersama dengan orang yang menyendiri (tidak berjamaah), dan ia menjauh dari   dua orang, maka barang siapa yang menginginkan syurga yang terbaik ia mesti berkomitmen pada jamaah“.

             “Dan saya memerintahkan kepada kamu lima perkara, Allah memerintahkan saya dengannya: [1] berjamaah, [2] selalu bersedia untuk mendengar, [3] taat, [4] hijrah dan [5] jihad fi sabilillah. Barang siapa yang keluar dari jamaah walaupun hanya satu jengkal maka ia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya sampai ia kembali dan berkomitmen lagi pada jamaah, para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, sekalipun solat dan puasa? Rasul menjawab: Sekalipun ia puasa dan solat serta mengaku sebagai seorang muslim“.  (HR Ahmad)

Ya Allah, berilah kefahaman yang benar kepada kami terhadap fiqh tarbiyah sehingga ianya
mampu menjadikan proses pembinaan aktivis sebagai wasilah ke arah pengumpulan dan
penggembelingan massa.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS  

Mydin Rawang Kena Serbu: Back To School

 
 
Pada hari Isnin, 20 hb Dis bersamaan 14 Muharram 1432 yang lalu seramai 93 orang pelajar sekolah menengah dan rendah yang datang dengan dua buah bas dan beberapa buah kenderaan lain telah menyerbu pusat membeli belah MYDIN Rawang untuk memilih pakaian sekolah mereka di bawah program "Back To School."

Ini merupakan acara tahunan Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Hulu Selangor.  Tahun ini merupakan kali yang ke empat program ini dibuat , tiga tahun sebelumnya bermula 2007 adalah di bawah JIM Hulu Selangor dan telah bekerjasama dengan MYDIN Rawang untuk kali yang ke tiga. Program "Back To School" ini bertujuan untuk membantu meringankan sedikit bebanan keluarga yang terpilih, dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka.

Mereka yang layak menerima sumbangan ini terdiri dari anak-anak ahli dan rakan JIM /IKRAM , anak-anak saudara baru dan anak-anak saudara baru dari kalangan orang asli yang menepati kriteria yang ditetapkan . Alhamdulilah, seperti yang dirancang, tepat jam sembilan pagi, bas dari Bukit Beruntung sampai di perkarangan Mydin Rawang, diikuti sebuah lagi bas dari Serendah dan beberapa kenderaan lain yang membawa pelajar.

Pelajar diminta beratur mengikut kategori sekolah rendah lelaki, sekolah rendah perempuan, sekolah menengah lelaki dan sekolah menengah perempuan. Pelajar di beri tag berlainan warna mengikut kategori masing-masing, 25 orang Petugas turut mendapat tag yang berlainan warna bagi memudahkan pelajar dan Petugas mengenali satu sama lain. Selepas sessi taklimat oleh Pengarah Program , sessi bergambar pula.

Tepat jam 9.30 pelajar mula memasuki MYDIN untuk membeli belah. Mydin dibuka awal setengah jam pada hari tersebut khas untuk program "Back To School" ini.

Rasa seronok pula bila petugas MYDIN beratur di kiri kanan pintu masuk, menyambut pelajar dengan senyuman manis mereka. Para pelajar terutamanya yang bersekolah rendah dibantu pleh Petugas yang terdiri dari anak-anak remaja IKRAM, makcik-makcik IKRAM serta pekerja MYDIN mencari saiz pakaian / kasut yang sesuai. Suasana bertukar meriah dan kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak.

Sebanyak RM 8,000 telah diperuntukan oleh IKRAM Hulu Selangor tahun ini. Setiap pelajar mendapat sepasang pakaian sekolah (tudung, baju kurung dan kain / baju kemeja dan seluar panjang) , sepasang kasut dan tiga pasang stokin. Pilihan utama baju yang berwarna putih samada baju kurung atau kemeja adalah dari jenama Canggih, manakala yang lain iaitu tudung, kain dan seluar dari jenama lain. Pilihan utama kasut adalah dari Bata B First . Jenama pakaian sekolah Canggih dan kasut B First merupakan jenama dari kualiti yang baik, agak mahal dan tahan lama. Bagi pelajar yang tidak menemukan pakaian mereka di Mydin, mereka dibenarkan untuk memilih barangan sekolah yang lain berdasarkan peruntukan yang diberikan.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi anak-anak ini telah mula beratur di kaunter. Pihak MYDIN telah membuka dua kaunter khas untuk tujuan ini. Terima kasih kepada Nazreen yang begitu cekap sekali memeriksa setiap bakul anak-anak bagi memastikan pilihan anak-anak menepati syarat dan tidak melebihi jumlah peruntukan yang ditetapkan untuk seseorang itu.

Terdapat juga sedikit masalah bila beberapa pelajar tidak mendapat barangan mereka , samada kehabisan stok atau tiada saiz. Alhamdulilah ini juga dapat di atasi segera dengan mencarikan barangan gantian dan ada juga yang dibawa ke kedai sebelah (Pusat Pakaian Hari-Hari) .

Dalam pukul 11 pagi semuanya telah selesai. Setiap pelajar yang melepasi kaunter akan mendapat air kotak dan roti, Para Petugas juga tidak ketinggalan mendapat air kotak, roti dan satu beg cenderahati istimewa dari MYDIN.

Syukur kepada Allah dan syabas kepada Petugas / PIC setiap kawasan iaitu : Isma dan Ust Ramlah (Bukit Sentosa), Nani (Bukit Mancung) dan Nazreen dan Ani (Serendah) yang telah memastikan semuanya tepat seperti yang dirancang terutamanya di tempat berkumpul untuk menunggu bas.

Jutaan terimakasih , jazakumullahukhairan katheera kepada semua Petugas (adik-adik remaja dan mak cik-mak cik) yang menjalankan tugas mereka dengan begitu cekap dan berdedikasi :-

Mak cik-mak cik : Pn Rohani, Pn Isma, Pn Sarimah, Pn Asmah, Pn Nazreen, Pn Jame'ah, Pn Sutinah, Pn Nani, Pn Norzira, Pn Fadilah, Pn Azizah, Pn Rosnah, Pn Norbani dan Pn Salina. Pak cik-pak cik : Akhi bni Khalid dan Akhi Rashidi.  Remaja : Faqihah, Tasneem, Raudhah, Maizura, Syafiqah, Siti Nur Fadzilah, Nur Hannan, Sharifah Naja, Nurul 'Ezzah, Nor Amirah dan Rushda Adibah.

Jazakumullahukhairan katheera juga buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung samada sebelum, semasa dan selepas program iaitu Akhi Ariffin, Akhi Fakhruddin, Akhi Ralim, Pn Salmi, Ustazah Ramlah, Cikgu Kamaruzzaman dan Pn Hanita, Pn Asmah dan semua AJK JIM dan IKRAM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terimakasih kepada pihak MYDIN terutama En Hanafi dan En Ahmad Ghazali dan semua pekerja yang telah membantu dari segenap segi termasuk memberikan potongan harga.
Kerjasama begini amatlah dihargai.

Tuesday, December 28, 2010

Back to School Bersama Ikram Kubang Pasu

Dr. Rohani
Pada hari Ahad, 28hb Disember IKRAM Kubang Pasu telah mengadakan Program "Back to School"  kepada pelajar-pelajar terpilih di Daerah Kubang Pasu. Pemilihan pelajar dibuat dengan mengambil kira beberapa kriteria antaranya pelajar-pelajar ini terdiri dari keluarga yang miskin, anak yatin, ibu tunggal, dan sebahagiannya adalah dari keluarga yang terkena musibah banjir bulan November yang lalu. Dr Rohani (ahli Teras IKRAM), selaku Ketua Muslimat Kubang Pasu banyak membantu dengan mengenalpasti pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan. Untuk menjayakan program ini, IKRAM Kubang Pasu mendapat sumbangan dari ahli, dermawan dan juga dari lebihan Tabung Deru yang dilancarkan.

Sebelum program dibuat, pihak jawatankuasa telah mengadakan perbincangan dengan tuan punya kedai Yusof Borong iaitu En Yusuf tentang harga pakaian yang akan dikenakan, dan akhirnya kami bersetuju dengan tawaran yang diberikan dimana sepasang pakaian lengkap akan dikenakan bayaran RM70 seorang walaupun secara puratanya mengikut harga yang dikenakan harga pakaian dan kelengkapan tersebut adalah diantara RM100 - RM150. Barang kelengkapan persekolahan tersebut adalah tudung pelajar, baru, seluar/kain, stokin, kasut, kapur kasut dan beg sekolah. Kami merasakan sebut harga yang diberikan amat berpatutan kerana pelajar bebas memilih kelengkapan yang mereka perlukan mengikut citarasa dan keperluan mereka (kasut kulit/hitam, baju pengawas, dll). En Yusuf juga bersetuju untuk membuka kedai seawal 8:30 pagi bagi memudahkan urusan, walaupun pada kebiasaanya kedai beliau akan dibuka pada pukul 10 pagi.

Pada pagi Ahad, seawal 8 pagi pelajar-pelajar ini sudah datang ditemani oleh ibu bapa, penjaga dan wakil IKRAM. Taklimat diberikan mengikut kumpulan tentang barang keperluan yang mereka boleh pilih di dalam kedai. Nasihat dan harapan turut diberikan kepada pelajar-pelajar ini.Manakala, sesi taklimat dan tazkirah disampaikan oleh Dr Rohani kepada para waris yang turut hadir. Pelajar mengambil masa selama satu jam untuk membuat pilihan dimana. Pada keseluruhannya seramai 108 pelajar hadir dalam progam ini dan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM7560.

Program tamat dan ditutupi dengan nasihat, bacaan doa, dan sesi bergambar. Aktiviti ini turut dihadiri oleh wartawan Sinar Harian.


Asmat Nizam 
SU IKram Kubang Pasu
(26 Disember 2010)

IKRAM GOMBAK ANJUR JOM KE MASJID

Alhamdulillah pd 25 Dis 2010 / 19 Muharam 1432H (Sabtu) telah diadakan Expo Maal Hijrah ..Jom ke MASJID! yg telah diadakan di masjid Jamek al Amaniah, Masjid Daerah Gombak.  Expo anjuran masjid al Amaniah dan Pertubuhan IKRAM Daerah Gombak telah mengadkan pelbagai acara sejak dari awal 8.30 pagi - 11.30 malam.  Berikut adalah antara acara2 yg melibatkan ahli2 IKRAM Gombak:
 
1.  Meja pendaftaran / booth IKRAM diketuai oleh akh Mohd Shah & Azraai
2.  Solat Duha berjemaah bersama dgn pihak masjid
3.  Perasmian dan Penyampaian sumbangan keluarga miskin oleh TYDP Hj Tarmizi sekitar pkl 9.00 pagi
4.  Ceramah Keluarga oleh Ust Abas Nordin Peguam Kanan Syarie Persekutuan
5.  Khidmat Kesihatan diketuai oleh Dr Sam, Dr Noraini & Dr Fatimah serta 12 org pelajar perubatan CUCMS oleh JK Khidmat Masyarakat
6.  Derma darah diketuai oleh Dr Sam dari JK Khidmat Masyt
7.  Khidmat Nasihatan Pemakanan oleh Pn Norhayati zaujah Ust Zainudin oleh JK Khidmat Masyt
8.  Khidmat Nasihat Undang2 & Keluarga oleh Dr Tajul Aris Bustami JK Dakwah
9.  Pameran Hidayah Centre, Aqsa Syarif & Raudatus Sakinah oleh JK Dakwah & JK Palestin
10.  Pemeriksaan Gigi oleh Dr Ahmad Shariffudin & zaujah (Ahli IKRAM Ampang Jaya) oleh JK Khidmat Masyt 
11.  Pertandingan Sukaneka & Mewarna diketuai oleh Kak Noriah & Akhawat2 JK Pendidikan & JK Pemuda
12.  Pertandingan Futsal & Treasure Hunt diketuai oleh akh Abd Rahman, Ghazali, Huzaifah, Fattah dll dari JK Pemuda
13.  Ceramah Bersama Mu Palestin oleh akh Syed Mohd Radzi dari JK Palestin / Aqsa Syarif
14.  Ceramah Wanita oleh Dr Robiah diketuai oleh Ketua Wanita Ustazah Mahani & Kak Noriah JK Wanita & JK Pendidikan
15.  Forum Perdana Maal Hijrah diketuai oleh akh Hj Mohd Tahir JK Dakwah
16.  Tayangan Slide Palestin oleh akh Mohd Azmi dibantu oleh akh MTUG JK Pemuda / JK Tarbiah
17.  Konsert Rabbani diketuai oleh masjid dgn dibantu oleh JKD
 
YDP IKRAM Gombak Abdul Aziz Jalal ditengah  
Sekalung tahniah dan terima kasih yg tidak terhingga kpd semua JKD, AJK IKRAM, AJK program & Ahli2 IKRAM Gombak yg menjayakan prgm, yg hadir, yg mendoakan secara langsung atau tidak langsung semoga Allah memberi ganjaran yg selayaknya kpd kita semua. Insyaallah JKD juga memohon pandangan & nasihat dari ahli agar prgm masa depan akan lebih baik dan memaksimakan kebaikan kpd dakwah, tarbiah & amal kebajikan kita.  Juga memohon maaf apa2 yg terkurang yg sentiasa memerlukan sokongan & kerjasama dari ahli.  Sudah pasti beberapa KRA dlm perancangan strategi IKRAM perlu kita capai. Semoga Allah permudahkan dan memberikan kemanisan beramal kpd kita semua terus tsabat & bersungguh2 mengembangkan dakwah ini. 
 
Alhamdulillah menurut feed back dari Nazir & Pengarah Program...ini adalah program pelbagai acara terbaik & teramai yg pernah mereka adakan.  Mereka juga telah menempah utk mengadakan Seminar Dakwah Masyt Majmuk & Program Remaja (ini khas utk JK Dakwah & JK Pemuda).  Dikongsikan gambar pelbagai acara...sbgi tambahan dari akh Ismail & akh Mujahid sebelum ini.  Jzkk Wslm
 
YDP Gombak

Monday, December 27, 2010

Qaradawi Menolak Ajakkan Untuk Memboikot PBB

Pengerusi Persatuan Ulama Islam Antarabangsa Dr. Yusuf al-Qaradawi menolak cadangan Sheik Mubaraki dari Saudi Arabia untuk memboikot Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Dalam program mingguan Al-Jazeera “Sharia and Life” Qaradawi telah mempertikaikan bahawa Muslim perlukan kepada penyesuaian dan berintrak dengan globalisasi semasa dan Islam moden.  Dia juga mengajak akan keperluan kepada perbincangan terbuka dengan PBB daripada memboikot kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan Institusi Islam akan diasingkan.  Adalah lebih berkesan jika diajak untuk keamanan dan dialog di antara Dunia Islam dan Barat.

Qaradawi telah menekankan pendapat begitu boleh memberikan api kekerasan dan permusuhan yang bertentangan dengan ajaran Islam, yang telah dibuktikan bahawa pembukaan negara adalah berdasarkan keamanan tapan perang, pertentangan dan pertumpahan darah. Beliau telah menutup perbincangan dengan memberi penekanan kepada perbincangan pembinaan Islam moden. 


Monday, December 27,2010 17:31 Ikhwanweb

MENDAKAP KEINSAFAN DI RAUDHATUS SAKINAH


KUALA LUMPUR: Kes 1: Ketika kawan-kawan sebaya usianya tekun mentelaah pelajaran, Ira (bukan nama sebenar) leka mencari teman lelaki dan menjalin hubungan cinta.

Ibu dan ayah Ira sudah lama tidak tinggal sebumbung. Sementara ibu asyik menjalin hubungan sulit, Ira yang dahagakan kasih sayang seorang ayah, kecundang dengan pujukan teman lelaki yang diharap akan menjadi teman hidupnya.

Dalam usia 14 tahun, Ira hamil dan bakal menjadi ibu.

Kes 2: Is (bukan nama sebenar) tidak sempat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana berbadan dua.

Dia mula menjadi liar ketika di tingkatan dua dan kerap bertukar teman lelaki. Lelaki yang menghamilkannya mungkin teman lelakinya yang keenam atau ketujuh.

Seorang yang pendiam, Is mempunyai ayah yang boleh dikategorikan seorang yang garang, justeru tidak hairanlah remaja ini mencari perhatian dan kasih sayang daripada kaum Adam di luar rumah.

Kes 3: Mila (bukan nama sebenar) berasal dari kawasan luar bandar, sebuah negeri di utara tanah air. Ayah dan ibunya sudah bercerai. Keadaan hidup keluarga yang tidak tenteram membuatkan remaja ini menyertai kumpulan Black Metal. Usianya ketika itu cuma 11 tahun!

Apabila menjadi anggota kumpulan Black Metal, remaja yang memiliki rupa paras yang cantik ini mula ponteng sekolah dan berubah sehingga menjadi kasar dan liar.

Berzina, ambil dadah, 'kaki pukul', Mila terus lemas bergelumang dengan noda dalam usia yang begitu muda.

LAGI CONTOH KES

Kes 4: Aida (bukan nama sebenar) ialah seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang sering menjadi contoh teladan untuk adik-adiknya. Ibunya seorang yang lemah lembut sementara ayahnya pendiam dan garang.

Rindukan belaian kasih sayang ayah membuatkan Aida mencari kenalan menerusi "chatting room" di Internet.

"Habis madu sepah dibuang". Begitulah nasib Aida, jejaka idamannya menghilangkan diri apabila dirinya hamil. Hanya deraian air mata ibu mengiringi remaja ini untuk membina semula kehidupan dengan penuh keinsafan!

JALAN PULANG

Ira, Is, Mila dan Aida hanyalah contoh kecil remaja yang menjadi mangsa gejala sosial. Mereka terjerumus ke dalam kancah aktiviti tidak sihat dalam memburu erti kehidupan, kasih sayang dan identiti diri.

Meskipun kehidupan muda mereka digelapi pelbagai krisis, mereka ini akhirnya menemui 'penyuluh' untuk kembali ke pangkal jalan di Raudhatus Sakinah (RS), rumah bimbingan remaja puteri di bawah kendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM).

Di RS, remaja yang dalam lingkungan usia 12 hingga 25 tahun ini diberi bantuan dan bimbingan untuk mengembalikan keyakinan serta keupayaan diri supaya mereka mampu bangkit dan membina kehidupan baru sebagai individu yang berguna untuk agama dan masyarakat.

Mula beroperasi Ogos 1998, RS ditubuhkan kerana terdapat keperluan mendesak menyediakan rumah perlindungan khususnya untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang hamil anak tidak sah taraf.

"Anak-anak ini tidak tahu ke mana hendak pergi. Ada yang mengandung kerana tunang, teman lelaki dan kebanyakan mereka dari sekitar Lembah Klang. Mereka ini sememangnya takut tetapi tidak langsung terfikir mahu menggugurkan kandungan.

"Di peringkat awal, kami beri perlindungan dan bimbingan untuk tempoh enam bulan kerana anak-anak ini boleh mengambil cuti satu semester untuk bersalin dan kemudian boleh menyambung semula pelajaran.

"Sekarang program ini dilanjutkan kepada minimum 13 bulan. Anak-anak remaja yang terjebak kian liar daripada yang pernah kami bimbing dulu. Rata-rata ponteng atau tak pergi ke sekolah atau IPT. Mereka tak peduli pun tentang pelajaran melainkan hanya fokus kepada keseronokan dan kebebasan.

"Pada bulan terakhir kami adakan bimbingan intensif fardu ain dan dalam tempoh itu juga kami berbincang dengan ibu dan ayah cara terbaik untuk anak mereka meneruskan kehidupan selepas keluar dari rumah perlindungan ini," kata Pengarah Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal dalam wawancara dengan Bernama di pejabatnya di Taman Melawati di sini baru-baru ini.

KEJUTAN BUDAYA

Daripada kes pelajar IPT, RS kemudian menerima kes yang melibatkan pelajar sekolah termasuk remaja yang pernah menggugurkan kandungan, menjadi mangsa gejala sosial lain termasuk merempit, 'penkid', black metal, liar dan seks bebas, kes rogol dan sumbang mahram.

Bagaimanapun, kebanyakan kes yang dikendalikan RS ialah anak-anak yang dibawa atas inisiatif ibu bapa setelah berbincang dengan pihak sekolah, IPT, hospital, polis atau jabatan kebajikan masyarakat.

Hanya sebahagian kecil dirujuk atas perintah mahkamah iaitu antara lima atau enam kes setahun. Untuk kes-kes ini, remaja yang terlibat akan diletakkan di RS bagi tempoh bimbingan dua tahun.

Rosmawati menyifatkan remaja yang tersasar sebahagian besarnya kerana kejutan budaya.

Mulai tahun 2000, anak remaja, katanya mula terpengaruh dengan keinginan mahu kebebasan.

Gejala itu mudah menular dalam kalangan anak-anak sekolah yang melangkah ke tingkatan empat, yang sering digelar tahun berbulan madu.

"Masa itu cabaran cukup hebat bagi kami kerana budak-budak ini sudahlah tahap kesedaran mereka rendah. Pada mereka hanya mengandung itu dosa besar. Asalkan mereka tak mengandung tak mengapa, mengapa orang lain nak kisah.

"Budak-budak ini sebenarnya bijak dan kreatif tetapi sayangnya menyalahgunakan kebijaksanaan mereka dan terlalu menurut hawa nafsu," jelasnya.

SUKA PADA KESERONOKAN

Rosmawati turut berpendapat remaja mangsa gejala sosial terdedah dengan persekitaran yang tidak baik termasuk keluarga dan kelompok sahabat.

"Bila terdedah kepada persekitaran yang tidak baik maka senanglah budaya yang tidak sihat menyerap masuk. Budak-budak ini hendakkan kebebasan, tidak suka disuruh buat itu dan ini. Dalam keadaan itu, mulalah mereka mencari suasana yang paling selesa dengan dia.

"Inilah yang dinamakan budaya hedonisme iaitu budaya suka kepada keseronokan. Budaya ini sebenarnya telah menjadi anutan dan pegangan anak-anak muda berbanding dengan golongan tua yang lebih cenderung kepada agama," jelasnya.  Rosmawati berpandangan keadaan itu berlaku kerana kurang atau tiada bimbingan agama yang sepatutnya diterapkan oleh institusi keluarga.

"Keluarga jika tidak memainkan peranan inilah akibatnya," keluh beliau sambil menambah kebanyakan remaja yang menjadi penghuni RS berpunca daripada ibu dan ayah mereka sendiri yang lemah dari segi kemahiran keibubapaan.

SIKAP IBU AYAH

Lazimnya ibu bapa beranggapan mereka sudah melaksanakan kewajipan jika telah menyediakan segala keperluan atau memberi kemewahan kepada anak-anak.

"Bila kita bertemu dengan anak-anak ini mereka sering berkata emak atau ayah mereka terlalu garang dan tak pernah nak dengar apa yang mereka hendak cakap.

"Ada juga emak ayah yang tidak menjaga dari segi solat. Emak ayah tak solat, macama mana mereka hendak solat? Ada juga emak ayah yang sibuk dengan karier, anak-anak kurang perhatian dan ini menjadikan mereka terumbang-ambing mencari sokongan di luar," kata Rosmawati.

Satu lagi faktor yang menjerumuskan anak remaja ke kancah gejala sosial ialah menyalah gunakan kebebasan yang diberi ibu bapa.

"Emak ayah bila anak sudah masuk ke IPT mereka biarkan anak-anak dengan andaian anak mereka sudah dewasa. Ini menyebabkan anak menjadi liar dan bebas kerana berfikir emak sudah bagi kebebasan dan terpulang kepada mereka untuk buat apa yang mereka suka," katanya.

DIDIK ANAK

Natijahnya anak-anak yang dilahirkan bagaikan kain putih memerlukan asuhan dan bimbingan yang sempurna, khusus daripada ibu dan bapa sebagai tonggak utama institusi keluarga.

Rosmawati melihat tiga tahap mendidik anak yang perlu diberi penekanan, seperti yang digariskan Saidinia Ali ra (khalifah keempat Islam).

Tahap pertama, anak yang baru lahir sehingga 'mumaiyiz' (enam tahun), bermain dengan mereka dan belailah dengan sepenuh kasih sayang.

Tahap kedua, anak berusia tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun), hendaklah mendidik mereka dengan disiplin dan diberi tanggungjawab.

"Biasakan anak-anak membuat kerja-kerja kecil seperti membuang sampah dan menyusun kasut. Bagi pujian bila mereka lakukan tugas dengan baik dan tegur dan tunjuk jika tidak dibuat seperti sepatutnya. Anak-anak sebenarnya seronok bila disuruh buat sesuatu. Apa yang berlaku emak ayah lebih suka memberi arahan tapi tak beri tunjuk ajar," jelas Rosmawati.

Tahap ketiga, tambah beliau, untuk anak berusia 15 tahun hingga dewasa, hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat.

"Hormati dan hargai pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat. Jadikan anak kita sebagai rakan karib kita, nescaya kalau dia ada masalah dia akan datang kepada kita.

"Beri dorongan dan panduan. Ajak berbincang. Kenali juga rakan-rakan mereka. Anak-anak kalau dia bahagia di rumah, dia akan lebih seronok berada di rumah. Kalau dia keluar rumah pun dia akan beritahu emak dan ayahnya. Keakraban dengan emak dan ayah begitu kukuh," kata Rosmawati.

PROGRAM DI RS

RS kini mempunyai empat lokasi iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Johor.

Setakat ini RS Selangor boleh menampung sehingga 30 penghuni, RS Kelantan yang dibuka pada 2004 boleh menerima maksimum 25 orang sementara RS Pulau Pinang yang memulakan operasi pada 2006 boleh menerima sehingga 15 orang.

Lokasi terbaharu RS ialah di Johor, dibuka pada 2007 dan boleh menampung hanya 20 orang.

Menurut Rosmawati, apa jua kes yang dirujuk ke RS mesti dengan pengetahuan dan komitmen ibu dan ayah remaja berkenaan.

"Kita tidak mahu emak dan ayah yang lepas tangan. Memang anak mereka yang buat kesalahan tetapi emak dan ayah juga mesti bertanggung jawab.

"Anak-anak bukan lahir dengan sendirinya. Kita yang melahirkan mereka sebab itu kita di Raudhatus Sakinah memegang kepada konsep emak ayah mesti komited dalam program pemulihan dan bimbingan anak yang hendak dimasukkan ke sini.

"Raudhatus Sakinah bukan tempat untuk pembuangan dan bukan juga tempat untuk semata-mata tumpang letak remaja mengandung.

"Kita mahu bimbing mereka dan emak ayah perlu tahu masalah anak supaya selepas bimbingan emak ayah boleh pantau perjalanan kehidupan anak mereka supaya anak itu tidak mengulangi kesalahan yang sama atau mengelakkan anak yang lain terjebak dalam kancah gejala sosial," tegasnya.

Memandangkan kebanyakan remaja yang masuk ke RS ialah mereka yang terlanjur dan mengandung dan semakin banyaknya kes buang bayi, RS melancarkan kempen "Anda bijak Jauhi Zina" bermula 2007.

Menurut Rosmawati, kempen yang dijalankan itu mensasarkan bukan sahaja remaja dan belia tetapi juga masyarakat.

"Orang mungkin fikir kempen ini keras kerana menggunakan perkataan zina tetapi seperti yang saya jelaskan dalam program saya, zina ini terkandung dalam Quran. Ini ialah perkataan Allah SWT dan mudah-mudahan bila disebut akan gementarlah hati-hati yang mendengarnya," jelasnya. - Sumber BERNAMA

MENUTUP AURAT: LAMBANG KEPERIBADIAN WANITA UNGGUL

Tampil cantik dan bergaya merupakan fitrah semulajadi wanita. Namun dewasa ini, masyarakat cenderung mengikut acuan Barat dan selera fesyen pihak yang tidak menepati prinsip berpakaian wanita Islam. Trend yang lebih memberi tumpuan kepada aspek kecantikan fizikal menjadikan wanita Islam semakin keliru dalam meneliti neraca kecantikan sebenar yang dibenarkan oleh Islam.

Wanita JIM Selangor amat prihatin mengenai penampilan wanita dan persoalan berkaitan dengannya. Kefahaman mengenai imej wanita Islam yang sebenar dan contoh perlu diwujudkan agar ia dapat membentuk budaya dan tata cara berpakaian berdasarkan kepada tuntutan syariat Islam. Sehubungan dengan ini, Wanita JIM Selangor akan menganjurkan Bengkel Personaliti Unggul dengan tema ”Wanita Unggul Teras Negara”. Ia bertujuan untuk melebarkan kefahaman kita sebagai wanita Islam terhadap konsep ”menutup aurat” yang sebenar.

Selari dengan hasrat ini, objektif yang ingin dicapai oleh bengkel ini adalah untuk :

1. Membina jati diri wanita

2. Memastikan wanita memahami tatacara pakaian dan tanggungjawab mereka tanpa pengabaian nilai moral, sifat kewanitaan dan maruah dirinya.

3. Membuka perspektif wanita bahawa personaliti unggul bukan sahaja dilihat dari aspek fizikal tetapi juga emosi, mental dan spritual.

Kami berhasrat melalui bengkel ini wanita Islam akan menyedari bahawa berpakaian menutup aurat berkesan untuk memelihara kesejahteraan dalam hubungan sosial dan mampu membentuk keperibadian unggul yang mengesani bangsa dan negara. Kita perlu menukar tanggapan umum masyarakat bukan muslim yang secara stereotaip bahawa wanita Islam akan ketinggalan zaman, menjadi pasif disebabkan sekatan fizikal yang berlaku kepada mereka!

Contoh dari pemasyhuran Raja Permaisuri Agung yang tampil dengan busana Diraja yang menutup aurat, sopan dan anggun, menggambarkan ciri kewanitaan yang istimewa. Yang unggulnya ia masih lagi dalam batas tata cara berpakaian yang memberi nilai tambah pengaruh positif kepada semua warga wanita di Malaysia. Penampilan seperti itu dilihat mempunyai identiti keperibadian yang menarik, secara langsung menuntut individu tersebut dihomati bukan kerana kecantikan fizikal semata-mata, tetapi kerana ketinggian pemikiran dan keluhuran peradaban.

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Ahzab:59:

”Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Pelari pecut wanita Bahrain, Ruqaya Al Ghasara mengkagumkan peminat olahraga di Sukan Asia apabila meraih pingat emas dalam acara 200 meter walaupun berpakaian menutup aurat dan bertudung. Malah katanya, dengan mengenakan pakaian lengkap wanita Islam itu telah mendorongnya berlari lebih pantas sekali gus membuktikan bahawa wanita Muslim masih boleh berjaya dengan berpakaian seperti ini. 

Perlu ditegaskan bahawa perlaksanaan hukum menutup aurat kepada wanita dalam Islam bukan sekadar untuk kebaikan dirinya, tetapi juga untuk memelihara fitrahnya, ciri kewanitaannya dan menghormati peranannya sebagai pembawa risalah keibuan yang matlamatnya ialah pembentukan ketamadunan generasi negara masa hadapan.

Oleh kerana ini, Wanita JIM Selangor merasakan selagi konsep ini tidak ditafsir dan dihayati dengan baik oleh semua pihak, selagi itulah kesejahteraan masyarakat tidak akan dapat dikecapi. Semoga bengkel ini dapat memberi pendedahan dan kesedaran perihal pentingnya menonjolkan tatacara penampilan wanita Islam sebenar sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Kami sentiasa ingin menyumbang kepada pembangunan dan pembentukan masyarakat wanita Islam di Malaysia. Diharapkan usaha ini mengorak langkah kepada mencorak keperibadian unggul yang akan terjelma dalam aspek keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.

Bersama Islam Membina Masyarakat

Dr. Ruziaton Hasim
Bekas Ketua Wanita JIM Selangor

Thursday, December 23, 2010

HUKUM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI NATAL KEPADA NON-MUSLIM & HUKUM MENCETAK KAD HARI RAYA KRISMAS




Nama penanya : Yasir (dari Jerman)
Nama Mufti yang menjawab : الشيخ الدكتور مصطفى الزرقا _ رحمه الله.ـ (Syeikh Dr. Mustafa Zarqa)
Soalan : Diharap dapat memberi penjalasan hukum syara'terhadap perkara-perkara berikut :
1) Ucapan Selamat Hari Natal/Krismas dan Selamat Tahun Baru
2) Mencetak Kad Hari Krismas, Kad Selamat Tahun Baru dan Kad Harijadi peribadi
3) Perniagaan menjual kad-kad yang disebutkan tadi
جزاكم الله عنا الخير الجزيل


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله
Mengucapkan tahniah/selamat hari raya Krismas kepada kenalan Kristian yang merayakan hari Kelahiran Al-Masih - عليه الصّلاة والسلام - pada pendapat saya termasuk dalam bab kesopanan (mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan. Sesungguhnya Islam tidak melarang kita daripada berbuat baik seumpama ini terhadap mereka lebih-lebih lagi Isa Al-Masih itu dalam akidah Islam kita, beliau adalah salah seorang rasul Allah, termasuk dalam golongan Ulul-'Azmi. Beliau juga dimuliakan dalam Islam, akan tetapi mereka (kaum Kristian) berlebih-lebihan dalam mengagungkan mereka dan beriktikad bahawa Isa itu adalah tuhan, Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka perkatakan.

Sesiapa yang keliru, dengan mengatakan sambutan hari kelahiran Isa ini adalah perayaan mereka (spt Aidilfitri dan aidil Adha), maka ia adalah haram, kerana ianya mempunyai kaitan dengan aqidah Kristian tentang ketuhanan Isa. Orang yang beriktiqad macam ini adalah salah. Mujamalah ini tidak ada kaitan dengan perincian aqidah mereka terhadap Nabi Isa dan sikap keterlaluan mereka dalam aqidah mereka.

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad - صلّى الله عليه وسلم - tatkala baginda صلّى الله عليه وسلم bersama-sama sahabat, lalu satu jenazah Yahudi, baginda صلّى الله عليه وسلم lantas berdiri. Berdiri Rasulullah صلّى الله عليه وسلم itu adalah penjelasan tentang betapa hebat dan agungnya kematian itu, tidak ada kaitan dengan aqidah jenazah tersebut (yakni bukan kerana hendak menghormati aqidah jenazah tersebut)

Orang-orang Islam dituntut menzahirkan kebaikan dan kesederhanaan Islam kepada non-muslim, tidak boleh seorang pemimpin Islam paksa rakyatnya yang non-muslim atau ahli zimminya supaya memeluk Islam. bahkan, hendaklah bertasamuh (toleransi) dengan mereka dan biarkan mereka dengan agama mereka.

Tambahan lagi, orang Islam di serata alam sekarang ini dalam keadaan lemah, berbanding bangsa-bangsa lain, negara-negara besar membuat konspirasi ke atas negara muslim dan menuduh mereka sebagai pengganas tugas utama muslim sekarang ialah membersihkan gambaran negara mereka yang telah diletakkan oleh negara Barat.

Lebih-lebih lagi, pada hari raya 'Idul Fitri dan 'Idul Adha, mereka sering dikunjungi oleh sahabat-handai yang beragama Kristian bagi meraikan dan mengucapkan selamat hari raya. Jika pada hari raya mereka (Kristian), orang-orang Islam tidak pula menziarahi mereka, maka mungkin menjadi tanggapan bahawa benarlah apa yang dituduh ke atas Islam selama ini, dan juga orang-orang Islam tidak bersedia untuk bercampur dan bergaul dengan mereka.

Hukum yang disebut tentang hari raya kelahiran Isa (Krismas), adalah sama juga dengan hukum perayaan menyambut tahun baru kerana ianya tiada kaitan dengan aqidah. Ia sekadar permulaan sejarah (tarikh) sahaja. Para sahabat, tatkala sayyedina Omar - رضي الله عنه - mengumpulkan mereka untuk berbincang bagi menentukan peristiwa manakah yang patut diambil bagi menetapkan permulaan tahun hijrah, mereka mengetepikan pendapat-pendapat yang bergantung kepada tarikh-tarikh Rom atau tarikh Yahudi. Jika sekiranya peraka ini haram, sudah tentu mereka tidak mencadangkannya sedari awal lagi.

Apabila kita telah mengetahui hukum syara' tentang mengucapkan tahniah (mengucapkan selamat hari raya), maka secara tidak langsung kita juga tahu hukum mencetak dan meniagakan kad-kad tersebut (kad hari raya Krismas sebagai contoh, atau kad selamat tahun baru). Kerana, selagimana ianya daripada jalan yang harus, maka ia menjadi harus.

Perlu diberi perhatian bahawa, mengucapkan Selamat hari Krismas kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakan Tahun Baru dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.

Ini yang jelas bagi saya والله سبحانه أعلم (Allah S.W.T. saja yang lebih mengetahui)

Diterjemah bebas daripada http://www.islamonline.net/fatwaapplication/arabic/display.asp?hFatwaID=17894