Thursday, December 23, 2010

HUKUM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI NATAL KEPADA NON-MUSLIM & HUKUM MENCETAK KAD HARI RAYA KRISMAS




Nama penanya : Yasir (dari Jerman)
Nama Mufti yang menjawab : الشيخ الدكتور مصطفى الزرقا _ رحمه الله.ـ (Syeikh Dr. Mustafa Zarqa)
Soalan : Diharap dapat memberi penjalasan hukum syara'terhadap perkara-perkara berikut :
1) Ucapan Selamat Hari Natal/Krismas dan Selamat Tahun Baru
2) Mencetak Kad Hari Krismas, Kad Selamat Tahun Baru dan Kad Harijadi peribadi
3) Perniagaan menjual kad-kad yang disebutkan tadi
جزاكم الله عنا الخير الجزيل


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله
Mengucapkan tahniah/selamat hari raya Krismas kepada kenalan Kristian yang merayakan hari Kelahiran Al-Masih - عليه الصّلاة والسلام - pada pendapat saya termasuk dalam bab kesopanan (mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan. Sesungguhnya Islam tidak melarang kita daripada berbuat baik seumpama ini terhadap mereka lebih-lebih lagi Isa Al-Masih itu dalam akidah Islam kita, beliau adalah salah seorang rasul Allah, termasuk dalam golongan Ulul-'Azmi. Beliau juga dimuliakan dalam Islam, akan tetapi mereka (kaum Kristian) berlebih-lebihan dalam mengagungkan mereka dan beriktikad bahawa Isa itu adalah tuhan, Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka perkatakan.

Sesiapa yang keliru, dengan mengatakan sambutan hari kelahiran Isa ini adalah perayaan mereka (spt Aidilfitri dan aidil Adha), maka ia adalah haram, kerana ianya mempunyai kaitan dengan aqidah Kristian tentang ketuhanan Isa. Orang yang beriktiqad macam ini adalah salah. Mujamalah ini tidak ada kaitan dengan perincian aqidah mereka terhadap Nabi Isa dan sikap keterlaluan mereka dalam aqidah mereka.

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad - صلّى الله عليه وسلم - tatkala baginda صلّى الله عليه وسلم bersama-sama sahabat, lalu satu jenazah Yahudi, baginda صلّى الله عليه وسلم lantas berdiri. Berdiri Rasulullah صلّى الله عليه وسلم itu adalah penjelasan tentang betapa hebat dan agungnya kematian itu, tidak ada kaitan dengan aqidah jenazah tersebut (yakni bukan kerana hendak menghormati aqidah jenazah tersebut)

Orang-orang Islam dituntut menzahirkan kebaikan dan kesederhanaan Islam kepada non-muslim, tidak boleh seorang pemimpin Islam paksa rakyatnya yang non-muslim atau ahli zimminya supaya memeluk Islam. bahkan, hendaklah bertasamuh (toleransi) dengan mereka dan biarkan mereka dengan agama mereka.

Tambahan lagi, orang Islam di serata alam sekarang ini dalam keadaan lemah, berbanding bangsa-bangsa lain, negara-negara besar membuat konspirasi ke atas negara muslim dan menuduh mereka sebagai pengganas tugas utama muslim sekarang ialah membersihkan gambaran negara mereka yang telah diletakkan oleh negara Barat.

Lebih-lebih lagi, pada hari raya 'Idul Fitri dan 'Idul Adha, mereka sering dikunjungi oleh sahabat-handai yang beragama Kristian bagi meraikan dan mengucapkan selamat hari raya. Jika pada hari raya mereka (Kristian), orang-orang Islam tidak pula menziarahi mereka, maka mungkin menjadi tanggapan bahawa benarlah apa yang dituduh ke atas Islam selama ini, dan juga orang-orang Islam tidak bersedia untuk bercampur dan bergaul dengan mereka.

Hukum yang disebut tentang hari raya kelahiran Isa (Krismas), adalah sama juga dengan hukum perayaan menyambut tahun baru kerana ianya tiada kaitan dengan aqidah. Ia sekadar permulaan sejarah (tarikh) sahaja. Para sahabat, tatkala sayyedina Omar - رضي الله عنه - mengumpulkan mereka untuk berbincang bagi menentukan peristiwa manakah yang patut diambil bagi menetapkan permulaan tahun hijrah, mereka mengetepikan pendapat-pendapat yang bergantung kepada tarikh-tarikh Rom atau tarikh Yahudi. Jika sekiranya peraka ini haram, sudah tentu mereka tidak mencadangkannya sedari awal lagi.

Apabila kita telah mengetahui hukum syara' tentang mengucapkan tahniah (mengucapkan selamat hari raya), maka secara tidak langsung kita juga tahu hukum mencetak dan meniagakan kad-kad tersebut (kad hari raya Krismas sebagai contoh, atau kad selamat tahun baru). Kerana, selagimana ianya daripada jalan yang harus, maka ia menjadi harus.

Perlu diberi perhatian bahawa, mengucapkan Selamat hari Krismas kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakan Tahun Baru dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.

Ini yang jelas bagi saya والله سبحانه أعلم (Allah S.W.T. saja yang lebih mengetahui)

Diterjemah bebas daripada http://www.islamonline.net/fatwaapplication/arabic/display.asp?hFatwaID=17894

No comments:

Post a Comment