Assalamualaikum, PACE mengucapkan tahniah kepada Harakat ul Muqawwamat al Islamiyah (HAMAS) atas ulangtahun kelahirannya pada 14 Disember. HAMAS muncul secara rasmi di persada tanah air Palestin pada tarikh tersebut pada tahun 1987 sempena tercetusnya Intifadhah pertama yang bermula pada 9 Disember tahun tersebut. Intifadah telah mengambalikan perjuangan Palestin di atas landasannya yang sahih iaitu jihad tanpa kompromi untuk membebaskan seluruh bumi Palestin dari cengkaman dan pendudukan haram Zionis israel semenjak tahun 1948.
Perdana Menteri Ismail Haniyeh di dalam ucapan sambutan ulang tahun penubuhan HAMAS menegaskan bahawa mereka sekali-kali tidak akan mengiktiraf bahkan tidak mengakui kewujudan Israel sebagai entiti halal di atas bumi palestin. Pendudukan haram israel tidak akan berlanjutan di masa hadapan dan seluruh bumi palestin dari laut (Mediterranean) ke sungai (Jordan) akan dibebaskan. "from the sea to the river; from 'Rosh haNikra to Rafah'. Sehubungan dengan itu beliau memuji jihad bersenjata yang diterajui oleh sayap ketenteraan HAMAS iaitu Brigade al-Qassam yang sehingga kini telah berjaya membunuh 1,349 tentera zionis. Beliau juga memberi pujian kepada usaha penentangan di Iraq dengan menegaskan bahawa jalan perjuangan bagi umat Islam dalam menghadapi musuh-musuhnya hanyalah dengan jihad fi sabilillah. Sanjungan juga dikalungkan kepada Syeikh Raed Salah, pemimpin gerakan Islam palestin 1948, yang mengambil tanggungjawab jihad mempertahankan Masjid al-Aqsa dan al-Haram As-Syarif al-Quds, yang dibebaskan dari penjara Israel. Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan kepada rakyat Palestin yang hidup di wilayah palestin 1948 yang disifatkan hidup di dalam 'perut raksasa' (Levathian - biblical sea monster)
Dalam semangat yang sama beliau menyeru kepada Mahmud Abbas dan kelompok Fatah supaya tidak lagi bersekongkol dengan regim Zionis Israel dengan mengadakan kerjasama keselamatan dan mengadakan rundingan damai yang ternyata sia-sia dan merugikan perjuangan rakyat Palestin. Mereka diajak supaya kembali kepada usaha sebenar yang akan membebaskan bumi Palestin dan rakyatnya iaitu jihad atau penentangan.
Dalam semangat yang sama beliau menyeru kepada Mahmud Abbas dan kelompok Fatah supaya tidak lagi bersekongkol dengan regim Zionis Israel dengan mengadakan kerjasama keselamatan dan mengadakan rundingan damai yang ternyata sia-sia dan merugikan perjuangan rakyat Palestin. Mereka diajak supaya kembali kepada usaha sebenar yang akan membebaskan bumi Palestin dan rakyatnya iaitu jihad atau penentangan.
Ismail Haniyeh juga menegaskan bahawa hak rakyat Palestin untuk pulang adalah hak asasi yang tidak bolih dipertikaikan oleh sesiapa. ia adalah hak mutlak rakyat Palestin yang terusir untuk kembali ke tanah air dan kampung halaman mereka. PACE dengan ini menyokong penuh seruan dan saranan Perdana Menteri Ismail Haniyeh untuk tidak mengiktiraf Israel, meneruskan jihad ke arah pembebasan palestin dan hak rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka di bumi palestin. PACE dengan ini mengiktiraf bahawa setiap inci bumi palestin yang terjajah semenjak tahun 1948 adalah bumi Palestin yang sah dan wajib dikembalikan kepada rakyat Palestin.
PACE menolak penubuhan negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967 seperti yang diistiharkan oleh Mahmud Abbas. bagi PACE, pendirian kami adalah selaras dengan HAMAS iaitu negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967 boleh diterima sebagai status sementara negara Palestin (berdasarkan resolusi 242 Majlis Keselamatan PBB 1967) dengan mewujudkan gencatan senjata bersama negara haram Israel untuk satu tempoh yang disepakati.
PACE menyeru semua pihak terutama kelompok Fatah yang menerajui PNA (Pihak Berkuasa Palestin) supaya berhenti meletak sebarang harapan kepada rundingan damai yang ternyata tidak memberikan apa-apa faedah kepada perjuangan pembebasan Palestin. PACE mengingatkan 'rundingan damain' hanyalah perangkap yang dipasang oleh zionis dan sekutunya US untuk terus meredam bumi Palestin dalam pendudukan dan cengkaman yahudi zionis secara berterusan.
PACE menyeru umat islam seluruh dunia supaya bersatu di atas kalimah Lailahaillah dan melaungkan slogan 'al-jihad fi sabiluna' - jihad adalah jalan kami demi mempertahankan tanah suci umat Islam dan Masjid al-Aqsa.
PACE juga mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada masyarakat sipil (madani) yang terdiri dari kalangan NGO dan palbagai inisiatif lain yang diterajui oleh warga dunia, samada di kalangan muslim dan bukan Islam yang telah menyumbang tenaga, kewangan bahkan meletakkan nyawa mereka dalam keadaan terancam melalui misi-misi penghantaran bantuan makanan, ubat-ubatan dan lain-lain keperluan asas yang amat diperlukan oleh penduduk Gaza yang terkepung dan dikenakan sekatan oleh regim kebinatangan zionis (Laknat Allah atas mereka semuanya). Usaha-usaha ini yang dijelmakan oleh VP (Viva Palestina), IHH (Turki), yang turut disertai oleh VPM, Aqsa Syarif, Haluan Palestin di Malaysia baik melalui Flotila LL4G (Lifeline for Gaza) di atas kapal Mavi Marmara, LandConvoy VP5 yang diterajui oleh VPM dan Aqsa Syarif (Aqsa2Gaza).
PACE juga mengucapkan tahniah kepada Muasassah al-Quds Malaysia yang rasmi penubuhannya pada 12 Disember 2010, sebagai cawangan kepada Muasassah al-Quds pusat yang diterajui oleh as-Syeikh Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi. Penubuhan Muassasah al-Quds yang berjaya menggabungkan parti-parti politik baik parti politik pemerintah mahupun parti-parti bukan pemerintah dan juga pelbagai NGO seperti IKRAM, Aqsa Syarif, Syura, Haluan Palestin, PGPF, Aman Malaysia dan banyak lagi pertubuhan yang bakal bersama adalah petanda jelas bahawa rakyat Malaysia akan menyertai warga dunia dalam satu keluarga antarabangsa yang bersiap sedia untuk membebaskan bumi palestin dan cengkaman zionis israel.
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE (Palestine Centre of Excellence)
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif
14 Disember 2010
Pengarah
PACE (Palestine Centre of Excellence)
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif
14 Disember 2010
No comments:
Post a Comment