Bagi pihak i-madani saya ingin merakamkan rasa simpati di atas kematian tokoh politik Islam Turki Negm Eldin Erbakan yang meninggal dunia dalam usia 85 tahun. Beliau yang pernah menjadi Perdana Menteri Islamic yang pertama selepas kejatuhan kerajaan Othmaniah Turki. Beliau diminta berundur sebagai perdana menteri selepas setahun memegangnya pada tahun 1997 di atas desakan tentera Turki. Parti pimpinan beliau ketika itu Parti Kebajikan Islam juga dicegah dari terlibat dalam arena politik dan beliau sendiri dilarang berpolitik selama lima tahun kerana dituduh melanggari perlembagaan. Walau bagaimana pun sebahagian dari mereka kini telah menubuhkan parti yang mempunyai mirip Islam adalah Parti AK Turki.
No comments:
Post a Comment