Wednesday, August 1, 2012

IKRAM SERTA DELEGASI ASEAN KE ROHINGYA


Hari ini 01/8/2012 jam 5.10pm,

Pertubuhan IKRAM Malaysia yang di wakili oleh Wan Mohd Yusof, Pengurus JKHA berlepas bersama delegasi Asean ke Yangon, Myanmar, di wakili oleh Malaysia, Thailand, Kemboja dan Sri Langka.. Seramai 12 orang ahli rombongan termasuk Wakil TV Hijrah.

Objektif utama delegasi ialah menyampaikan surat serta memorandum bantahan dari Gabungan NgO, Wakil Komuniti Rohingya dan juga surat dari Ketua Sami Malaysia kepada Perdana Menteri Rohingya.

Rombongan juga akan berusaha menyampaikan sumbangan sebanyak RM60,000.00 kepada rakyat Muslim Rohingya.

Ikram telah terlibat sebelum ini bersama gabungan membantu Rohingya bersama MAPIM dan SYURA serta beberapa buah NgO lain.

Sumbangan dari ikram sebanyak RM10,000 telah disampaikan kepada Cikgu Azmi ketua delegasi di lapangan terbang lcct hari ini dengan disaksikan oleh Mapim dan Senator Saiful Izham Ramli dari PKR.

No comments:

Post a Comment