Kenyataan Media MAPIM Dan SHURA
1 hb Ogos 2012
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Sekretariat
Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) kesal dengan kenyataan Perdana
Menteri Bangladesh Sheikh Hasina , yang tidak mahu membantu pelarian
Rohingya dari Arakan yang sedang ditindas dengan zalim oleh regim
Myanmar.
Kenyataan beliau yang mengatakan Bangladesh tidak bertanggungjawab
untuk membantu pelarian itu adalah kenyataan yang tidak layak kelaur
dari seorang pemimpin Islam dari sebuah negara umat Islam.
Sementara kita tidak menafikan bahawa Bangladesh memang sebuah negara
yang miskin , itu tidak bermakna keadaan yang genting seperti yang
dihadapi oleh etnik Rohingya untuk menyelamatkan nyawa tidak boleh
dibantu , padahal mereka yang sedang dizalimi adalah saudara seagama .
Lebih parah lagi Bangladesh pula tidak mahu bekerjasama untuk
menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian di sempadan yang
terdiri daripada kanak-kanak , wanita, orang tua dan orang yang cedera.
Pendirian yang diambil oleh beliau dalam isu yang sudah mendapat
perhatian dunia sewajarnya dikutuk kerana tindakannya sama dengan bekas
Presiden Mesir Husni Mubarak yang menutup sempadan Rafah yang telah
menyekat sabarang bantuan untuk dihantar ke Gaza.
Kini keadaan pelarian yang terputus bekalan makanan bakal menghadapi
kebuluran jika bantuan tidak segera dihantar . Laporan yang diterima
keganasan ke atas Rohingya Muslim maseh berterusan oleh operasi tentera
Myanmar dan esktremis Rakhine yang telah membunuh ribuan etnik Rohingya.
Nyawa kanak-kanak dan kaum wanita berada dalam keadaan yang sangat
genting kerana pembunuhan tidak mengira umur sedang berlakukan secara
sangat ganas dan brutal.
Bangladesh bertanggungjawab ke atas kematian begitu ramai orang Rohingya
kerana menutup sempadan dalam keadaan dharurat yang sepatutnya difahami
oleh Perdana Menteri Bangladesh.
Kami menegaskan bahawa seluruh pemimpin Islam dalam OIC dan gerakan
Islam perlu segera bertindak untuk membela nasib umat Islam Rohingya
yang sedang ditindas .
Tekanan kepada Myanmar dan Bangladesh hendaklah dilakukan semada menerusi saluran diplomasi mahupun saluran ketenteraan..
Usaha untuk masuk ke Arakan bagi mengekang pembunuhan etnik Rohingya
yang maseh berterusan serta menghantar bantuan kemanusiaan perlu
dilaksanakan tanpa lengah-lengah lagi.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM
Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA
No comments:
Post a Comment