Monday, August 6, 2012

Sukar untuk mengenali watak orang munafik


Sukar untuk mengenali watak orang munafik, sama sahaja amalannya dengan orang-orang mukmin tetapi dalam ayat ini, ayat 67 surah At-Taubah, memberi gambaran sebenar watak dan perangai orang-orang munafik. Berbeza dari segi perangainya. Orang-orang munafik lebih merbahaya dari orang kafir, daripada non-muslim. 
 
المُنٰفِقونَ وَالمُنٰفِقٰتُ بَعضُهُم مِن بَعضٍ ۚ يَأمُرونَ بِالمُنكَرِ وَيَنهَونَ عَنِ المَعروفِ وَيَقبِضونَ أَيدِيَهُم ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُم ۗ إِنَّ المُنٰفِقينَ هُمُ الفٰسِقونَ

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat dan melarang dari perbuatan yang baik dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.

Elakkan diri kita daripada 4 perangai munafik ini:
1. Ajak orang buat mungkar, buat jahat
2. Suka sangat halang orang buat kebaikan
3. Suka genggam tangan-tangan mereka, bakhil, kedekut yang amat sangat
4. Sentiasa lupa kepada Allah maka Allah terus melupakan mereka
Merekalah orang fasik - orang Islam yang sentiasa kekalkan diri mereka dalam dosa.

Dari kuliah Zohor masjid negeri Shah Alam:
oleh Tuan Syed Ibrahim, Naib Presiden IKRAM

No comments:

Post a Comment