Ramai
orang menuduh negara Islam suka berperang, di mana-mana negara Islam
ada peperangan. Sungguhpun demikian itu hanyalah tuduhan tidak berasas,
kerana peperangan yang berlaku di negara-negara Islam adalah sebab
negara Islam dijajah atau diceroboh oleh negara lain. Islam tidak
membenarkan pembunuhan tanpa alasan yang patut seperti diterangkan dalam
ayat di bawah :
Sesiapa yang membunuh seorang manusia tanpa alasan yang membolehkannya membunuh orang tersebut, atau melakukan kerosakan di bumi, maka seoalah0olah dia telah membunuh manusia semuanya (Al-Ma'idah 5;32).
Mengikut ayat di atas jelas bahawa Islam tidak membenarkan peperangan, bahkan Islam menggalakkan umatnya untuk berbuat baik kepada bukan Islam selagi tidak memusuhi umat Islam seperti tersebut dalam ayat di bawah :
Sesiapa yang membunuh seorang manusia tanpa alasan yang membolehkannya membunuh orang tersebut, atau melakukan kerosakan di bumi, maka seoalah0olah dia telah membunuh manusia semuanya (Al-Ma'idah 5;32).
Mengikut ayat di atas jelas bahawa Islam tidak membenarkan peperangan, bahkan Islam menggalakkan umatnya untuk berbuat baik kepada bukan Islam selagi tidak memusuhi umat Islam seperti tersebut dalam ayat di bawah :
Allah
tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang
yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengusir kamu dari
kampungmu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil
(Al-Mumtahanah 60;8).
Belum
ada satu negara Islampun yang menceroboh negara lain, yang ada negara
Islam diceroboh oleh negara lain maka sebagai bangsa yang berdaulat maka
wajib mempertahankan diri. Ini selaras dengan peringatan Allah dalam
ayat di bawah :
Dan
perangilah orang-orang yang memerangi kamu kerana menegakkan dan
mempertahankan agama Allah, dan janganlah memulakan peperangan; kerana
sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang memulakan peperangan
(Al-Baqarah 2;190).
Dalam ayat
di atas Islam hanya membenarkan berperang untuk menegakkan dan
mempertahankan agama kalau diserang oleh negara lain. Islam dilarang
keras untuk menceroboh negara lain atas alasan apapun, sekalipun untuk
menyebarkan Islam sekiranya negara tersebut tidak memulakan peperangan.
Dalam peperangan pun Islam telah mengatur sistem peperangan seperti
tersebut dalam ayat di bawah :
Kecuali
orang-orang yang meminta perlindungan kepada suatu kaum yang ada ikatan
perjanjian setia antara kamu dengan mereka, atau orang-orang yang
datang kepada kamu sedang hati mereka berat memerangi kamu atau
memerangi kaumnya (An-Nisa 4;90).
Bahkan
dalam peperanganpun Islam mengharamkan membunuh orang-orang yang tidak
terlibat dalam peperangan seperti perempuan, kanak-kanak dan orang-orang
tua, peniaga di pasar, atau petani di ladang.
Bukan
negara Islam sahaja, bahkan semua negara akan melakukan hal yang sama
sekiranya diceroboh untuk tujuan penjajahan. Sebagai contoh pada suatu
hari rumah anda dimasuki perompak, mereka merompak semua barang kemas
dan duit anda kemudian merogol anak perempuan dan isteri anda. Apakah
yang anda akan lakukan? Adakah maafkan perompak tersebut? Atau
berbincang dengan perompak? Ataupun biarkan mereka rompak je nanti duit
itu anda boleh cari semula?
Sebagai orang
yang sihat akal dan mempunyai maruah maka anda akan cuba melindungi
isteri dan anak-anak anda serta mempertahankan harta benda anda setakat
yang mampu. Begitu juga semasa Malaysia dijajah oleh Britain dulu, semua
rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama berusaha untuk mendapatkan
kemerdekaan. Bahkan orang yang terkorban dianggap sebagai hero atau
pahlawan, begitu juga halnya negara-negara Islam.
Apabila
negara-negara Islam diserang oleh musuh untuk dijajah seperti Iraq,
Afghanistan dan Chechen. Maka rakyatnya akan melakukan perlawanan
sungguhpun akan mengakibatkan kehancuran dan korban semata-mata untuk
mendapatkan semula kemerdekaan dan mempertahankan maruah sebagai sebuah
negara yang berdaulat. Islam tidak pernah menggalakkan berperang dengan
menyerang negara lain tetapi sekiranya diserang maka wajib
mempertahankan diri.
From: http://israelu09.blogspot.com/2010/04/kenapa-negara-islam-suka-berperang.html
No comments:
Post a Comment