Wednesday, December 28, 2011

"Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati"

Tentatif Program "Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati"

Hari Pertama: 31 Disember 2011 (Sabtu)
12.00 – 3.00 ptg Pendaftaran peserta di Masjid Negara
3.00 – 5.00 ptg Pembahagian Kumpulan & Solat Asar
5.00 – 6.30 ptg Majlis Perasmian Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati oleh Timbalan Ketua Pengarah JAKIM
6.30 – 9.00 mlm Siap diri/ Makan malam / Solat Solat Isyak
9.00 – 12.00 mlm Persembahan 1000 Jiwa 1 Hati oleh Wan Aishah, Ustazah Firuz Akhtar (Juara Ustazah Pilihan), Ustaz Zahazan, Shoutul Harokah (MC: Ahmad Fedtri Yahya)
12.00 – 4.30 pg Rehat / Tidur

Hari Kedua: 1 Januari 2012 (Ahad)
5.00-5.45 pg Qiamullail Perdana oleh Imam Muda Hassan
5.45-7.00 pg Solat Subuh dan Tazkirah
8.00-10.00 pg Larian Sihat Cergas 1000 Pemuda (sila bawa baju putih)
10.00-10.30pg Sarapan pagi
10.30-11.30 pg Majlis Penutup oleh Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
11.30-12.00tgh Sesi Fotografi
12.00 tgh hari Bersurai

Orang awam dijemput hadir bersama dalam malam Persembahan 1000 Jiwa 1 Hati & Qiamullail Perdana.

Utk maklumat lanjut boleh ke: http://www.raudhatussakinah.com/himpunan-1000-jiwa-1-hati/

Untuk mendaftar: https://spreadsheets.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dHM3NC01eElmWXNNVFBwNFFWOHBNMXc6MQ


KLIK VIDEO PROMO: http://youtu.be/val42i_SoM8
--
ABDULLAH OMAR BIN MUHAMAD FUAD
Pengarah Program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati
Jurulatih Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy (RSMTC)
No Tel Bimbit: +6013 2466190

Pertandingan Paintball Piala Pusingan Izzudin Al Qassam

24 Dis 2011, Gombak – Sempena memperingati serangan kejam rejim Zionis Israel pada 27 Dis 2008, Aqsa Syarif negeri Selangor dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor telah menganjurkan pertandingan paintball Piala Pusingan Izzudin Al Qassam bertempat di Rimba Harmonis Paintball, Gombak. Nama piala Izzudin al Qassam pula telah diambil untuk memperingati seorang ulama’ Palestin, Sheikh Izzudin al Qassam yang telah syahid mepertahankan bumi Palestin pada tahun 1935.

Pertandingan ini bertujuan menanam semangat jihad dikalangan aktivis dan sukarelawan Aqsa Syarif disamping melatih suasana kerja berpasukan. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini telah berjaya mengumpulkan 16 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita dengan lebih 150 peserta dari daerah-daerah Aqsa Syarif seluruh Selangor. Pertandingan dimeriahkan lagi dengan penyertaan satu pasukan daripada rakyat Palestin yang berada di Malaysia. Pelbagai senario perang telah diadakan termasuk menjatuhkan bendera Israel dan menegakkan bendera Palestin, menegak dan mempertahankan bendera Palestin serta operasi menyelamat tebusan dari kubu musuh.

Daripada pengamatan kami, kumpulan wanita telah menunjukkan satu perlawanan yang lebih agresif berbanding kumpulan lelaki. Dalam 'Urban War Game' misalnya, kumpulan wanita berjaya menjatuhkan bendera Israel dan mengibarkan bendera Palestin sekurang-kurangnya 3 kali. Manakala kumpulan lelaki hanya sekali sahaja sorakan kemenangan kedengaran. Kumpulan wanita melalui pasukan Zainab Al Ghazali juga telah mengalahkah 23 kumpulan lain (termasuk kumpulan lelaki) melalui acara menembak tepat. Tahniah!!! Mungkin tahun depan aktivis Aqsa Syarif wanita boleh menghantar lebih kumpulan lagi.

'War Game' ini bukan sahaja memerlukan kekuatan dan stamina semata-mata, tetapi strategi perang yang baik. Salah satu game yang sangat sukar ialah perlawanan kelayakan ke suku akhir. Dimana bendera perlu dipacak dan dipertahankan selama satu minit di dalam kawasan musuh. Kumpulan Nuruddin Zanqi dari Ampang Jaya dibawah pimpinan Akhi Wan Ahmad Nizar (peserta paling senior) telah mengejutkan pihak musuh dengan menyerang bertubi-tubi sebaik sahaja perlawanan dimulakan. Dalam masa yang sama seorang 'runner' berlari pecut tanpa membawa senjata menuju ke bendera seterusnya memacak bendera berkenaan. Perlawanan tamat dalam masa 2 minit sahaja dalam keadaan musuh terpinga-pinga. Tahniah Nuruddin Zanqi dengan taktik perang yang sangat mengujakan itu.

Pertandingan sehari suntuk ini akhirnya menyaksikan Piala Izzudin Al Qassam dijuarai oleh pasukan Briged HAMAS dari Gombak manakala tempat kedua dimenangi oleh Nuruddin Zanqi dari Ampang Jaya untuk kategori lelaki. Zainab Al Ghazali dari Hulu Selangor menjuarai kategori wanita manakala tempat kedua dmenangi oleh Kor Amilin dari Kelang. Pada masa yang sama pertandingan menembak tepat juga diadakan dan telah dimenangi oleh pasukan Syuhada’ al Muqaddis dari Gombak. Yang Dipertua IKRAM Negeri Selangor, Ustaz Shamsul Maarif telah menyampaikan ucapan penutup dan hadiah dan piala pusingan para pemenang.

Bagi pihak penganjur, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menganjurkan program ini dengan jayanya terutamanya kepada Aqsa Syarif dan IKRAM daerah Gombak. Kem Komandan, Akhi Syed Radzi Syed Sakkaf serta facilitator yang bertugas dengan penuh sabar menghadapi karenah peserta. Tidak lupa juga kepada Aqsa Syarif Pusat dan BOT yang turut hadir memberi sokongan. Rata-rata peserta sangat teruja dan menunggu-nunggu program seumpama ini diadakan lagi. Boleh lihat komen-komen mereka di facebook link dibawah.

Monday, November 21, 2011

KIMB Menyumbang Sebanyak RM23 Ribu Tujuan Kebajikan

KIMB telah mengeluarkan sebanyak RM23 ribu sebagai pelbagai sumbangan antaranya adalah kematian almarhum Muhammad Syakiiruddin bin Rosli sebyk RM15.5 ribu dan RM7.5 ribu untuk tabung fisabillah dan kebajikan untuk menampung keperluan ahli dan aktiviti dakwah dan tarbiyah.
KIMB dibawah kepimpinan baru dan diterajui oleh seorang ahli ekonomi dan usahawan Dr. Ahmad Zainuddin telah menampakkan perkembangan yang meyakinkan para pelabur dan penambahan ahli baru.  Yang terbaru ini ramai profesional telah mula memberi keyakinan untuk menyertai koperasi dibawah naungan IKRAM ini.  Maklumat terkini terdapat seramai 18 ahli baru yang terdiri dari para profesional dan kepimpinan IKRAM  antaranya ialah Ust Wan Subki, Prof Dr Jamal Othman, Ust Hasanuddin Yunus, Syed Umar Syed Zakaria, Mohd Zin Su, Prof Dr Zulkarnain Zainal, dan Syed Muhammad Radhi Syed Sakkaf.  Sebahagian dari ahli yang menyertai ini telah memberi persetujuan untuk mencarum sebanyak RM1000 sebulan. 

 

KIMB boleh dihubungi  dialamat berikut:
EMEL:::::kimb.jim@gmail.com
TEL: 03 41086314: Fax:03 4108 6319
LOT 300.3 LORONG SELANGOR
PUSAT BANDAR MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR

K I M B MEMUDAHKAN ANDA.......
Menunaikan Umrah dan Haji dengan pakej Tabung Haji Travel and Services,
Memiliki Tafsir Fi Zilal (TFZ) dengan membayar secara ansurans melalui Kad Kredit Bank Rakyat, Menguruskan pelaburan anda dalam sektor ekuiti, hartanah dan pertanian,
Melindungi hartabenda anda dari kecurian,kebakaran,
BANJIR dll melalui takaful non-motor, Memperbaharui insurans TAKAFUL kenderaan DAN memperbaharui cukai jalan kenderaan anda, Menyediakan plan perlidungan kesihatan untuk anda, keluarga dan syarikat
Menguruskan harta melalui WASSIYA SHOPPE
Merupakan Agen Kad Kredit Bank Rakyat
ANDA TIDAK SILAP MEMILIH K I M B, TEMAN MUAMALAT ANDA

Sunday, November 20, 2011

Training FOr Palestine Speacialist-1 (TOPS-1)


Semuga saudara/i berada di dalam iman yang sejahtera.

Alhamdulillah kejayaan TOPS-1 bulan April lepas bersama lebih 70 orang peserta menuntut kami menganjurkan TOPS-1 untuk kali kedua.

InsyaAllah Training FOr Palestine Speacialist-1 (TOPS-1) peringkat Negeri Selangor buat kali ke-2 akan di adakan pada:
Tarikh: 10hb Dis 2011, Masa: 8:00pg-7:00ptg, Tempat: Shah Alam

Apa Yang Menarik?

Penceramah khas Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor akan bersama kita lagi mengendalikan TOPS ini.

Perkongsian pengalaman Aqsa2Gaza2 yang berjaya memasuki Gaza yang diberkati.

Begitu juga perkongsian pengalaman daerah yang cemerlang melaksanakan aktiviti kesedaran di daerah

Team forming session bagi persediaan melonjakkan aktivisme Aqsa Syarif tahun 2012

Apa Objektif TOPS-1?

1. Memperkasa individu dengan ilmu pengetahuan berkenaan isu Palestin yang mencukupi agar dapat memberi penyampaian dan kesedaran yang berkesan.

2. Membentuk pasukan yang berorganisasi, terurus dan terancang dalam setiap daerah di negeri Selangor bagi menjayakan setiap aktiviti dan program peringkat daerah.

3. Menyediakan tim-tim yang segar dan menetapkan KPI yang ingin dicapai bagi tahun 2012.

Siapa perlu hadir?

1 Pengurus Aqsa Syarif Daerah
4 orang JK Aqsa Syarif/ahli IKRAM daerah
5 orang sukarelawan tak semestinya ahli IKRAM, Pelajar IPTA, IPTS
(Mudah-mudahan mereka akan menjadi muka baru dalam menggerakkan aktiviti Aqsa Syarif daerah)

Kami mensasarkan 10 penyertaan setiap daerah. Berdasarkan pengalaman Aqsa Syarif daerah paling berjaya di Selangor, 10 orang adalah jumlah yang optimum untuk menggerakkan aktivism Aqsa Syarif daerah. InsyaAllah kita buka penyertaan 50% masyarakat luar sahabat IKRAM/Aqsa Syarif.

Berapa Yuran Penyertaan?

Bayaran RM50 seorang sebagai tiket untuk manjadi aktivis Aqsa Syarif. Yuran termasuk bahan-bahan presentation, makan & minum, t-shirt ekslusif TOPS-1 serta sijil penyertaan.

Bagaimana untuk mendaftar?

Sila isi borang on-line Pendaftaran TOPS-1 Selangor

Maklumat lanjut?
Sila hubungi Pengarah TOPS-1 Sdr Azmi Katiman 019-2716292 azmikatiman@gmail.com

Best ker TOPS ni?
Memang best. Disertakan kemeriahan dan keseriusan TOPS-1 di Nur Lembah Pangsun Eco Resort yang lepas. Sila klik di sini TOPS-1

Kita berhutang dengan rakyat Palestin!!!
Memperkasa Ummah Membebaskan Al-Aqsa!!!

Zun Arif Hakim
Pengurus Sekretariat
Aqsa Syarif Selangor

Polis sahkan tahan 13 orang bawah ISA


NONE 
Pihak polis mengesahkan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing di Sabah mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, antara 14 hingga 16 November (semalam) kerana didakwa cuba menghidupkan kembali gerakan militan di negeri itu.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, kegiatan anggota militan terbabit jika tidak dibendung boleh mengancam dan menggugat keselamatan negara.
 
"Berdasarkan kepada risikan dan siasatan yang telah dijalankan oleh pihak polis, didapati ada usaha-usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.
 
"Hasil daripada siasatan dan pemantauan rapi itu, pada 14 hingga 16 November lalu, polis melancarkan operasi dan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing,” katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
 
Ismail bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti 13 orang yang ditahan itu.

Tuesday, November 15, 2011

Program MaxBrain IbnuSina

SYUKURI NIKMAT ILAHI, GILAP MINDA BESTARI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ibubapa yang dihormati,

Untuk putera dan puteri tersayang anda, kami memperkenalkan program MaxBrain IbnuSina (MxBIS).
Program hasil kajian stimulasi dan optimalisasi otak kiri dan kanan yang bermula di Jepun, diadaptasi di Indonesia dan kini berada di Malaysia.

Ayuh! Manfaatkan peluang ini untuk memperlengkap minda generasi masa depan dalam menempuh persaingan yang semakin mencabar. InsyaAllah, berdasarkan pengalaman kami, anak-anak MxBIS terbukti mendapat manfaat berikut:
  1. Meningkatkan daya intuisi dan firasat hati (sixth-sense) - sila lihat video testimoni. Klik di sini.
  2. Meningkatkan daya ingatan dan mengira dengan pantas
  3. Meningkatkan daya imaginasi positif, inovasi dan kreatif
  4. Meningkatkan daya tumpuan dan menganalisa lojik yang kuat
  5. Meningkatkan kemandirian, keterampilan dan keyakinan diri

Sessi seterusnya adalah pada 3 & 4 Disember 2011 di Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi, 8pagi - 6petang.
6 - 15 tahun (terhada kepada 25 peserta shj)

Maklumat lanjut:
Tel: 03-41494129 (office) / 013-2782038 (h/p)
Flyer: rujuk lampiran
Youtube: www.youtube.com/maxbrainibnusina

Sunday, November 13, 2011

TABUNG KASIH UMMAH BENCANA BANJIR THAILAND 2011

 
 
Majlis Belia Dunia Islam (WAMY) Thailand, Universiti Islam Yala Andaian serta IKRAM dalam Projek Kasih Ummah telah mengadakan korban untuk mangsa banjir di Thailand pada Aidul Adha yang baru berlalu ini.
 

IKRAM SHAH ALAM: KULIAH UMUM UST HASSANUDDIN MOHD YUNOS

Salam ikhwah dan akhawat sekalian,
Insyaallah pihak JK Tarbiyah akan meneruskan kuliah umum seperti sebelumnya dan akan menjemput Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus seperti berikut :
Tarikh        :    Khamis, 17.11.2011
Masa         :    9.15 malam - 10.15 malam
Tempat      :    Pejabat IKRAM Shah Alam
                      No. 39-1, Jalan Tukul N  15/N,
                      Seksyen 15, 40200 Shah Alam
Penyampai :    Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Tajuk        :     Tafsir Surah Ibrahim ayat 21 - 22
Diharapkan semua ahli-ahli IKRAM Shah Alam dapat menghadiri program berkala ini yang di anjurkan oleh JK Tarbiyah. Undangan ini juga dipanjangkan ke IKRAM Selangor bagi daerah yang berdekatan dengan Shah Alam.
Ajaklah bersama saudara mara, rakan taulan dan kenalan-kenalan utk sama-sama memanfaatkan majlis ilmu ini yang juga merupakan salah satu dari taman-taman syurga, insyaallah.
Semoga Allah mempermudahkan dan memberkati usaha-usaha kita.
Pengerusi JK Tarbiyah 
Wan Ahmad Sanadi

Friday, November 4, 2011

Allah Tempat Kembali

Manusia, sejak berada di alam rahim lagi sehingga memasuki liang lahad sentiasa berada dalam proses perjalanan dan perjuangan menuju satu tujuan.
Setiap satu tahapan, adalah titik tolak untuk menuju tahapan berikutnya yang dianggap lebih tinggi tingkatannya.
Lahirnya kita ke dunia adalah tahap awal perjalanan. Setelah kelahiran itu, kita membesar menjadi seorang bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan akhirnya menjadi tua. Setelah itu kematian segera menjelang.
Fasa- fasa kehidupan kita di dunia hakikatnya adalah :
  1. Masa perjalanan.
  2. Masa perantauan.
  3. Masa perjuangan.
untuk mengumpulkan bekalan sedangkan kematian adalah akhir perjalanan, iaitu masa kembali ke tempat asal kita bermula.
Kematian adalah tempat kembali kita menuju Allah swt, Zat Pencipta.

Apabila kita berasal dari Allah, maka sudah semestinyalah samada dalam alam bawah sedar kita atau dalam lubuk hati kita yang paling dalam ada keinginan untuk kembali kepadanya.
Jelaslah bahwa :
TANAH AIR KITA YANG SEBENARNYA BERADA PADA ALLAH SWT.
Tidak menghairankan pula bila Allah swt menyebut DiriNya sebagai ‘Al- Mashir’ iaitu Zat tempat kita kembali.
Di akhir surah Al-Maidah ayat 48, Allah swt mengungkapkan bahwa :
"Kepada Allahlah tempat kembali kamu ."
Hanya sahaja, tumpukan dosa dan jelaga hitam kemaksiatan telah menutupi sebahagian besar hati kita sehingga keinginan untuk kembali kepada Allah hanya sayup-sayup terdengar bahkan lenyap entah ke mana.
Walaubagaimanapun, seingkar mana pun seseorang manusia, dalam keadaan tertentu apabila dia:
  1. Diancam bahaya.
  2. Bersendirian.
  3. Tatkala bersabung nyawa.
Ia pasti teringat akan tempat kembalinya. Dengan cara apa pun ia pasti kembali kepada Penciptanya.

Seorang `abid mengungkapkan bahwa manusia akan kembali kepada Allah dengan dua cara yang berbeza.

PERTAMA : DENGAN CARA TERPAKSA (RUJU’ IDHTHIRARI)
Setuju atau tidak setuju, mahu atau tidak mahu, kita akan kembali kepada Allah. Inilah yang disebut kematian.

KEDUA : KEMBALI KEPADA ALLAH DENGAN TIDAK TERPAKSA ATAU SECARA SUKARELA (RUJU’ IKHTIYARI)
Dibandingkan kembali dengan terpaksa, maka kembali dengan sukarela lebih banyak jenisnya. Bahkan, boleh jadi kita telah melakukannya dengan berulang-ulang.
Kembali dengan sukarela hakikatnya adalah latihan atau persiapan menghadapi kembali secara terpaksa (kematian).

Apakah perkara-perkara yang kita lakukan secara sukarela untuk kembali kepada Allah?

PERTAMA : IBADAH HAJI

Haji adalah perjalanan kita memenuhi panggilan Allah. Oleh kerana itu, Ka'abah disebut rumah Allah kerana ke sanalah para jamaah haji berangkat, meninggalkan segala urusan dunia demi melepas rindunya bertemu Sang Kekasih.
Perjalanan menuju Ka'abah adalah sebuah simbol dari akhir perjalanan. Ia adalah titik asal semua ciptaan Allah.
Ka'abah adalah harapan dan cinta sehingga ia sentiasa dirindukan oleh orang-orang yang beriman.
Benarlah apa yang dikatakan oleh Jalaluddin Ar Rumi bahwa Ka'abah secara fizikalnya ada di Makkah tetapi hakikatnya adalah kesinambungan dari Ka'abah yang berada di dalam hati manusia.

KEDUA : A’IDIL FITRI

Secara bahasa ‘A`id’ bererti kembali dan ‘fitri’ bererti agama yang benar, kesucian atau asal kejadian.
Oleh yang demikian, A'idil Fitri dapat diberi makna dengan kembali kepada kesucian atau fitrah atau kembali kepada Allah dengan kesucian jiwa setelah sebelumnya jiwa kita jauh dari Allah kerana dosa-dosa kita.

Namun, sebelum mendapatkan A'idil Fitri, kita diperintahkan untuk melalui bulan Ramadhan dengan berpuasa selama satu bulan penuh.
Dalam jangka masa tersebut, kita ditarbiyah (dididik) untuk membersihkan diri dari segala perbuatan tercela dan membiasakan diri melakukan perkara-perkara yang baik.
Ketika di bulan Ramadhan :
  1. Hawa nafsu dalam diri, kita tundukkan.
  2. Perut kita laparkan.
  3. Jiwa kita kenyangkan.
Ramadhan adalah wasilah untuk mencari bekalan menuju Allah dan A'idil Fitri adalah pertemuan kita dengan Allah dalam kesucian.

Seorang 'abid yang soleh bermunajat kepada Allah :
"Ya Allah, bagaimanakah caranya berjalan menuju ke hadhrat-Mu?
Ketika itu jiwanya mendengar suatu bisikan :
“Ketahuilah bahwa nafsu adalah ibarat gunung yang tinggi dan besar. Dialah yang merintangi perjalanan menuju Allah dan tidak ada jalan lain yang dapat disusuri kecuali mendaki gunung itu terlebih dahulu.

Di gunung itu terdapat beberapa lereng yang curam, belukar yang tebal, banyak duri dan banyak pula perompak yang lalu-lalang untuk menakut-nakuti, menggangu dan menghalau para musafir.
Di sebalik belukar ada pula iblis yang selalu merayu atau menakut-nakuti agar si musafir kembali.
Bertambah tinggi gunung didaki, bertambah hebat pula rayuan dan ancaman sehingga bila tekad tidak dibulatkan, niscaya si pejalan kaki itu akan kembali ke belakang.

Tetapi, jika perjalanan tetap diteruskan, maka sebentar lagi akan nampaklah cahaya terang benderang.
Pada saat itu akan nampak bahwa ternyata sepanjang jalan ada papan-papan tanda yang memberi petunjuk tentang tempat-tempat selamat yang jauh dari ancaman dan bahaya.
Ada pula tempat berteduh dan telaga-telaga air yang jernih untuk beristirehat sambil melepaskan dahaga.
Apabila perjalanan diteruskan akan dijumpai kenderaan ‘Ar-Rahman’ yang akan menghantar sang musafir bertemu dengan Allah swt bagi menerima balasan yang telah disiapkanNya.”
Oleh kerana itu, A'idil Fitri mengandungi pesanan agar sesiapa yang merayakannya mampu mewujudkan kedekatan dengan Allah swt dan juga dengan sesama manusia.
Kedekatan tersebut diperolehi antara lainnya dengan kesedaran yang telah diperbuatnya dengan saling memaafkan antara satu sama lain dan sentiasa menghadirkan Allah swt dalam setiap aktivitinya.

KETIGA : SOLAT
Lima kali dalam sehari kita disuruh kembali kepada Allah setelah waktu-waktu sebelumnya kita habiskan untuk mencari dunia.
Semasa solat maka pada saat itu pulalah kita menghadap dan merendahkan diri kepada Zat yang menciptakan kita. Tidak salah bila dikatakan bahwa solat itu adalah "Mi'raj" orang-orang yang beriman. Solat juga adalah tempat kembali harian seorang Muslim.

Akhir sekali, perjalanan dan pergerakan manusia dari satu titik ke titik lainnya adalah sebuah kemestian. Ia akan menentukan kualiti kehidupan seorang manusia.
Dengan diam (tidak bergerak), manusia tidak akan menjadi apa-apa dan tidak akan mendapat apa-apa. Oleh kerana itu, tidak ada jalan lain bagi kita selain mesti menuju ke tempat kembali, berjalan dan bergerak sesuai dengan yang telah digariskan oleh Allah dan RasulNya.

Imam Syafi'i pernah bersyair :
"Berjalanlah, niscaya engkau akan mendapatkan ganti orang yang kau tinggalkan dan berbekallah kerana kenikmatan hidup engkau akan engkau dapatkan dalam keletihan. Aku lihat air yang beku berubah menjadi busuk. Jika ia bergerak, tentu akan baik rasa dan rupanya. Harimau, jika tidak meninggalkan sarangnya tentu tidak akan mendapat  mangsanya. Anak panah jika tidak meninggalkan busurnya tidak akan mengenai sasarannya. Begitu juga serbuk emas itu, ketika masih di tempatnya, sama dengan tanah dan kayu gaharu dari negeri asalnya juga sama dengan kayu bakar."
Ya Allah, kepada Engkaulah kami bertawakkal, kepada Engkaulah juga kami meminta segala pengharapan dan kepada Engkau jugalah akhirnya kami akan kembali. Tetapkanlah kami di atas jalanMu yang lurus walaupun kami diuji dengan berbagai ujian samada kesenangan atau kesusahan sehingga kami kembali kepadaMu dalam keadaan redha dan meridhai.

AQSA SYARIF KUALA SELANGOR - PROGRAM PALESTIN DI MASJID JAMEK AT-TAQWA, SG. TENGI KANAN, TANJUNG KARANG

 
 


Alhamdulillah,, semalam (Jumaat, 4/11/2011) telah dapat diadakan program Palestin di Masjid Jamek At-Taqwa, Sg. Tengi Kanan, Tanjung Karang. Program ini anjuran bersama Aqsa Syarif Kuala Selangor dan Masjid At-Taqwa. Masjid terletak didalam kawasan kampung tidak berapa jauh dari jalan utama Kuala Selangor-Tanjung Karang menghala ke Sg Tengi Headworks. Anggaran jemaah ketika solat Jumaat, seramai 150 orang. Tazkirah Jumaat telah disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Daerah Kuala Selangor , akhi Mazlan Mohdi. Sejumlah RM180.15 telah dikutip semasa program.

Abu Aiman
Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Daerah Kuala Selangor
Senior Fellow, PACE Coordinator for Klang.