Monday, September 27, 2010

Sesi Pendengaran Awam Enakmen "Kebebasan Maklumat" Kerajaan Negeri Selangor


  • Shah Alam: Sesi Pendengaran Awam berkaitan "Enakmen Kebebasan Maklumat" anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YB Tuan Haji Saari Sungib telah berlangsung pagi tadi. Beberapa NGO yang hadir telah menyatakan pandangan masing-masing. Antaranya adalah wakil Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS), Transparency International dan Perundingan Agama.

    Wakil IKRAM iaitu Sdr Mohammad Hanapi Jusoh selaku Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani (JKMM) IKRAM Selangor telah menyampaikan pandangan dan komentar IKRAM terhadap Rang Undang-undang berkenaan. Antaranya adalah seperti berikut:-

    •IKRAM mendokong prinsip keadilan dan ruang lebih luas kepada penglibatan rakyat

    •IKRAM mendokong hasrat tertulis Rang Undang-undang sebagaimana yang dinyatakan dalam tujuannya iaitu “bagi mempertingkatkan penzahiran awam, untuk memberi kepada setiap individu peluang yang dibuat oleh setiap jabatan Kerajaan Negeri”.

    •Kebebasan Maklumat sepatutnya membawa maksud bahawa semua maklumat adalah boleh diakses (accessible) kecuali dinyatakan sebaliknya (iaitu yang diklasifikasikan). Namun draf peruntukan Rang Undang-undang ini kelihatannya tidak mencerminkan hasrat tersebut sepenuhnya iaitu “penzahiran atau kebebasan maklumat”. Telah sedia diwujudkan had-had dan pengecualian serta proses-proses tertentu. Diantara had-had (limitation) tertulis adalah

1. Jika maklumat yang dipohon tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, seperti OSA, maka akses kepada maklumat tersebut juga akan tertakluk kepada undang-undang yang sama. Walau bagaimanapun, kebanyakkan maklumat kerajaan tidak tertakluk di bawah OSA.
2. Rang undang-undang ini memudahkan akses kepada maklumat yang tidak menjejaskan operasi Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya. Permohonan boleh ditolak jika pemohon didapati tidak berhak memperolehi maklumat tersebut, maklumat tersebut tidak wujud ataupun berada di luar bidangkuasa jabatan.

3. Permohonan yang menyusahkan, tidak munasabah atau berulang juga boleh ditolak.

  • Perlu pemantauan/penelitian tentang pelantikan dan tanggungjawab Pegawai Maklumat, Akses Maklumat dan Kaedah/proses perolehan maklumat.

Walaubagaimanapun, IKRAM menyokong sebarang usaha Kerajaan Negeri untuk cuba melaksanakan Kebebasan Maklumat ini walaupun belum sepenuhnya (iaitu kita buat mana yang termampu dahulu).

Menurut Sdr Mohammad Hanapi, daripada maklumat yang disampaikan, Rang Undang-undang ini dibuka kepada Pendengaran Awam selama beberapa hari lagi dengan Jawatankuasa berkaitan akan mendengar pandangan daripada pelbagai pihak lain lagi.

Sunday, September 26, 2010

Wakil IKRAM Menyampaikan Pandangan Di Dewan Anex












27hb Sept 2010, En. Muhammad Hanapi Jusoh selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Masyarakat Madani (JKMM) IKRAM Selangor bersama dengan Tuan Haji Razali Hassan Setiausaha JKMM telah mewakili IKRAM untuk menyampaikan pandangan IKRAM diperjumpaan Jawatan Kuasa Pilihan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat Negeri Selangor di Dewan Anex Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah wakil dari JIM, ABIM, MAPPIS, PUM, Antara Agama dan Transparency Malaysia.

Pandangan IKRAM berhubung dengan Enekmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor (2010)

Shah Alam 26 Sept 2010, JKMM IKRAM Negeri Selangor telah mengadakan sesi pencerahan maklumat berhubung dengan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2010. Dalam wacana tersebut Naib Presiden IKRAM Pusat yang merupakan Pengerusi JK Masyarakat Madani IKRAM Pusat, Tuan Syed Ibrahim Syed Noh telah pun menyampaikan padangan IKRAM berhubung dengan cadangan penggubalan undang-undang yang akan dibentangkan dalam dewan undangan negeri tahun hadapan.


Antara penjelasan yang diberikan adalah undang-undang kebebasan maklumat yang dicadangkan ada menetapkan peraturan dalam pemerolehan maklumat yang dipegang oleh badan-badan kerajaan. Undang-undang tersebut menjelaskan proses perundangan yang mewajibkan maklumat kerajaan dibuka kepada orang awam. Enakmen itu juga bertujuan untuk “mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam, untuk memberi kepada setiap individu peluang untuk akses kepada maklumat yang dibuat oleh setiap jabatan Kerajaan Negeri.” Tujuannya untuk menggalakkan ketelusan dan menangani rasuah.

Walau bagaimana pun Enakmen ini hanya berkuatkuasa kepada Kerajaan Negeri Selangor dan jabatan-jabatan di bawahnya. Jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan walaupun bertempat ataupun bertugas di negeri Selangor tidak termasuk dalam enakmen ini. Maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) juga tidak termasuk. Sedangkan lebih daripada 70 buah negara di dunia, termasuk negara China, India dan negara Thai telah melaksanakan undang-undang kebebasan maklumat, dan banyak lagi dalam proses untuk berbuat demikian. Malaysia merupakan antara negara terakhir yang masih belum memperkenalkan undang-undang kebebasan maklumat.

Sebagai sebuah NGO yang berpegang kepada Islam sebagai asas kepada pengamalan dalam apa jua keadaan maka IKRAM mempunyai pandangan awal terhadap rang undang-undang yang dicadangkan tersebut. Prinsip-prinsip keadilan perlulah diperkukuhkan seperti ketelusan, kebenaran, keterbukaan, pertanggungjawaban, dan tadbir urus baik (good governance). Kebebasan maklumat boleh menyelamatkan negara dari amalan negatif dalam pentadbiran negara dan institusi berkaitan dengannya. Rakyat dapat mengetahui keadaan sebenar kedudukan sosial, politik dan ekonomi negara. Perancangan dan tindakan [akan] tepat dan selari dengan maklumat yang ada. [Tindakan akan] berdasarkan maklumat tepat, bukan interpretasi [yang] tidak berasas. Mudah mengesan penyelewengan, fitnah dan ketidak amanah rakyat dan pemimpin. Membenarkan penglibatan rakyat memberi pandangan yang bermaklumat. Walaubagai pun di peringkat Persekutuan, Akta Rahsia Rasmi 1972 selain daripada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang telah digunakan terhadap Suara Keadilan dan Harakah, Akta Hasutan 1949 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 telah mengekang hak rakyat untuk mendapat maklumat daripada kerajaan. Baru-baru ini Merdeka Centre telah menjalankan penyelidikan dan mendapati rakyat Malaysia terasa lemah-longlai dan lesu, seolah-olah mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka merasakan mereka tidak dapat menentukan apa-apa perkara dan hubungan mereka dengan kerajaan adalah longgar.

Sebagai rumusan IKRAM mendokong prinsip keadilan dan ruang lebih luas kepada penglibatan rakyat, menyokong hasrat tertulis Rang Undang-undang kebebasan maklumat negeri Selangor sebagaimana yang dinyatakan dalam tujuannya iaitu “bagi mempertingkatkan penzahiran awam, untuk memberi kepada setiap individu peluang yang dibuat oleh setiap jabatan Kerajaan Negeri”. Namun begitu peruntukan Rang Undang-undang tidak mencerminkan hasrat tersebut iaitu “penzahiran atau kebebasan maklumat”. Telah sedia wujud had-had dan pengecualian serta proses tertentu sedangkan seharusnya semua maklumat adalah ‘accessible” kecuali yang diklasifikasikan. Seterusnya pemantauan/penelitian perlu kepada pelantikan dan tanggungjawab Pegawai Maklumat, Akses Maklumat dan Kaedah/proses perolehan maklumat.

Wednesday, September 22, 2010

Mengenal Konsep 'Masyarakat Madani'

Bismillahirrahmanirrahiim

Istilah Masyarakat Madani yang sudah sering didengar tapi belum banyak dikenal, saat ini belum memiliki kerangka applikasinya, meskipun sudah banyak artikel, pidato dan diskusi mepermasalahkannya. Tepatkah terminologi 'Civil Society' atau 'Independent Society' sering digunakan sebagai terjemahan Masyarakat Madani, sampai seberapa dalam kandungan maknanya mampu merefleksikan hakekat dan aplikasi masyarakat yang dibangun diatas tatanan 'ukhuwah Islamiyah' sesaat setelah Rasulullah saw hijrah ke Madinah.
Sebelum lanjut ada baiknya sebagai perbandingan kita mengetahui Sejarah Masyarakat Hejaz (Arab) sebelum datangnya Islam.

Dalam bukunya yang berjudul "Masyarakat Madani - Tinjauan Historis Kehidupan Zaman Nabi" (terjemahan "Madinah Society at the Time of the Prophet: Its Characteristic and Organi zation") Prof. Dr. Akram Dhiyauddin Umari antara lain menyatakan:
Aisyah r.a., 'ummul mukminin' yang dikenal cerdas dan memiliki daya ingat yang kuat, mengamati dengan cermat pengaruh perang dan konflik ( kelompok Aus dan Khazraj disamping kelompok Yahudi - penulis) yang mempengaruhi penerimaan mereka terhadap Islam.
Beliau berkata: "Allah menakdirkan terjadinya Perang Bu'ats sebelum kedatangan Rasulullah saw. Ketika Rasulullah tiba di Madinah, mereka (Aus dan Khazraj) terbagi menjadi rival yang berseteru Dan orang-orang yang berpengaruh di kalangan mereka terbunuh atau terluka. Allah menakdirkan semua ini terjadi sebelum datangnya Nabi, sehingga mereka dapat (bersedia) menerima dan meme luk Islam."

Perubahan Tatanan Masyarakat Madinah.
Dengan kedatangan orang-orang Muhajirin yang hijrah dari Makkah, mulai terasa interaksi antara kaum Anshar sebagai bagian utama masyarakat Yatsrib (nama kota Madinah sebelumnya) dengan para pendatang yang membawa bekal rasa takwa memenuhi panggilan Allah swt. dan Rasul-Nya.
Mereka meninggalkan hampir semua harta-bendanya yang dikumpulkan melalui kerja keras, dan berkeyakinan akan kebenaran janji Allah yang akan menggantinya dengan rezeki yang berlimpah. "Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah ?" (An-Nisa':100).
Tatanan masyarakat Madinah baru dibangun diatas landasan Akidah dan Syari'ah yang berada diatas struktur Ethnis ('Ashabiyah) dan ikatan struktur lainnya. Pada saat itu untuk pertama kalinya diperkenalkan konsep afiliasi baru yang lebih luas yang dikenal sebagai konsep 'Ummah', yang membangun 'lingkaran-lingkaran sub-society' baru seperti kaum Mu'minun, Munafiqun dan kelompok Yahudi.
Sudah barang tentu dengan terbangunnya tata hubungan kemasyrakatan seperti itu muncul pula interaksi sosial yang bersifat bisnis perdagangan dan tata pergaulan antar warga yang kemudian dikenal sebagai ikatan 'persaudaraan' atau 'Rabithah al-Muakhah' dimana Rasulullah saw. memberi makna pada hubungan ini dengan kesetiaan terhadap kebenaran dan saling menolong antar saudara dalam ikatan "Ukhuwah Islamiyah" seperti yang pernah terjadi sebelumnya di Makkah.
Dalam perkembangan selanjutnya terjadi pendewasaan proses, yang dilengkapi dengan seperangkat 'perjanjian dan aturan', oleh para ahli sejarah hal ini ditafsirkan sebagai munculnya sebuah 'negara kota' atau 'city state'. Disinilah lahir sebuah masyarakat yang hidup dan berkembang yang berada disebuah kota bernama Madinah Al Munawarah. Masyarakat yang terdiri dari beberapa ethnis dan mereka memberi kesempatan tumbuhnya Agama yang berbeda, berinteraksi satu dengan lainnya dalam bingkai 'perjanjian dan aturan tertentu', maka masyarakat demikian inilah yang dikenal sebagai 'Masyarakat Madani'.

Kebenaran Islam bersifat 'Universal' bukan 'Sektarian'.
Salah satu sanggahan terhadap argumentasi Sekulerisme yang menyatakan kebenaran Islam bersifat 'Sektarian' dan tidak 'Universal' adalah diterimanya konsep 'Masyarakat Madani', tidak hanya oleh umat Islam tapi oleh masyarakat Barat dengan sebutan 'Civil Society' atau 'Independent Society'. Dua istilah terakhir ini sebenarnya secara disadari atau tidak telah terpotong oleh kurangnya pemahaman konsep Islam yang tidak komprehensip, dimana Islam mengajarkan 'udkhulu fissilmi kafah' yang bermakna masukilah Islam secara menyeluruh baik dari pintu pemahaman ajarannya maupun pengamalannya. Bagian penting yang terpangkas adalah kompensasi 'ukhrawi' sebagai hak yang dijanjikan Allah swt. bagi hamba-hambaNya yang bertakwa. Bukankah Islam menyediakan perlindungan dan keamanan bagi kepentingan umat beragama lain. Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), karena sudah jelas perbedaan antara yang lurus dengan yang lengkung. (S. Al Baqarah : 256 ). Dan tentunya kita mengakui dan menyadari bahwasanyaM u h a m m a d saw diutus menyebarkan I s l a m sebagai 'rahmatan lil alamiin': "Dan tidaklah Kami mengutus engkau ( Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam" (QS.Al-Anbiya : 107 )
Patutkah dikatakan bahwa Islam itu sectarian yang berarti picik atau terkungkung pada satu aliran saja. Ataukah yang dimaksud sekte sebagai bagian dari ajaran 'kebenaran yang Universal dari Declaration of Human Rights'? Naudzubillah mindzalik!
Suasana 'Masyarakat Persaudaraan' antara kaum Muhajirin dan kaum Anshar yang dikenal dengan Muakhah menciptakan tradisi tolong-menolong dalam saling memenuhi kebutuhan materiil dan moril seperti problema keluarga, karir dalam bisnis dan pekerjaan serta masalah lingkungan sosial sampai pada masalah warisan yang terhapus dengan turnnya ayat:
Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebagainnya lebih berhak terhadap sesamanya (dari pada yang bukan kerabat) didalam kitab Allah .... (Al Anfal 75).
Piagam Madinah yang berisi perjanjian antara Ummat Muslimin Madinah dengan kaum Yahudi merupakan produk eksplisit pada waktu itu. Untuk memperkuat komitmen masing-masing pihak, perjanjian ini didokumentasikan dalam buku yang disebut 'al Kitab ad Dustur' (Kitab Konstitusi)dimana dijelaskan didalamnya masing-masing hak dan kewajibannya. Bagian-bagian tertentu dari Piagam ini terdapat dalam Shahih Bukhari sebagai bukti ke'autentikan' perjanjian ini. Tapi sayang kesepakatan hidup berdampi ngan secara damai dengan Ahludz-Dzimmah (orang-orang Non Muslim yang berada ditengah-tengah komunitas Muslim) ini dikhianati oleh Yahudi yang mengadakan perjanjian rahasia dengan kaum Quraisy dengan maksud menghancurkan tata kehidupan Masyarakat Madani dengan jalan hasut, fitnah dan adu domba antar kelompok demi kembalinya pengaruh dan kekuasaan yang pernah dimilikinya, sehingga Rasulullah saw. terpaksa mengusir mereka keluar Madinah.
Hingga suatu saat kelak dimana dunia dipengaruhi dan dikuasai intrik super power Yahudi Dajjal, kota Madinah tetap akan terjaga dari kemungkinan kegoyahan fisik dan Akidah.
Apakah patron Masyarakat Madani bisa diterapkan ditempat lain?
Keadaan masyarakat yang cukup memiliki unsur-unsur keaneka ragaman ethnis dan Agama, bisa merupakan platform bagi usaha adopsi konsep Masyarakat Madani sebagai suatu kondisi-idaman masa depan.
Penyesuaian-penyesuaian karena jarak waktu, perbedaan kultuur dan persepsi akan menyederhanakan proses pembangunan dan applikasi kearah pencapaiannya. Bila ada kesadaran dan pengakuan bahwa elemen komunitas paling solid adalah keluarga, maka jaminan keberhasilan harus dimulai dari pembinaan keluarga sakinah atau keluarga madani yang pada gilirannya akan membentuk rangkaian jaringan terminal-terminal yang cerdas dan rapih serta kuat. Amien.

Petitkan dari http://greenfield.fortunecity.com/healing/451/madani.htm

Wacana Enakmen Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010.

MAKLUMAN

Jawatankuasa Masyarakat Madani Selangor akan menganjurkan satu wacana berkaitan:-

Enakmen Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010.

Tempat : Pejabat IKRAM Daerah Shah Alam

Masa : 2ptg - 5 ptg

Tarikh : 26hb September 2010

2. Sebagaimana yang telah dimaklumkan dalam Muzakarah JKN-YDP baru-baru ini, setiap Daerah diminta menghantar 2 wakil ke program ini. Tlg beri nama dan contact no kepada SU Masyarakat Madani Selangor.

3. Penyertaan daripada ahli2 IKRAM Selangor yang lain adalah digalakkan. Sila sahkan kehadiran anda kepada S/U JK Masy Madani Selangor- Akhi Razali Hassan (019-2216417; binseman@gmail.com) atau melalui egroups ini.