Monday, September 27, 2010

Sesi Pendengaran Awam Enakmen "Kebebasan Maklumat" Kerajaan Negeri Selangor


  • Shah Alam: Sesi Pendengaran Awam berkaitan "Enakmen Kebebasan Maklumat" anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YB Tuan Haji Saari Sungib telah berlangsung pagi tadi. Beberapa NGO yang hadir telah menyatakan pandangan masing-masing. Antaranya adalah wakil Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS), Transparency International dan Perundingan Agama.

    Wakil IKRAM iaitu Sdr Mohammad Hanapi Jusoh selaku Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani (JKMM) IKRAM Selangor telah menyampaikan pandangan dan komentar IKRAM terhadap Rang Undang-undang berkenaan. Antaranya adalah seperti berikut:-

    •IKRAM mendokong prinsip keadilan dan ruang lebih luas kepada penglibatan rakyat

    •IKRAM mendokong hasrat tertulis Rang Undang-undang sebagaimana yang dinyatakan dalam tujuannya iaitu “bagi mempertingkatkan penzahiran awam, untuk memberi kepada setiap individu peluang yang dibuat oleh setiap jabatan Kerajaan Negeri”.

    •Kebebasan Maklumat sepatutnya membawa maksud bahawa semua maklumat adalah boleh diakses (accessible) kecuali dinyatakan sebaliknya (iaitu yang diklasifikasikan). Namun draf peruntukan Rang Undang-undang ini kelihatannya tidak mencerminkan hasrat tersebut sepenuhnya iaitu “penzahiran atau kebebasan maklumat”. Telah sedia diwujudkan had-had dan pengecualian serta proses-proses tertentu. Diantara had-had (limitation) tertulis adalah

1. Jika maklumat yang dipohon tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, seperti OSA, maka akses kepada maklumat tersebut juga akan tertakluk kepada undang-undang yang sama. Walau bagaimanapun, kebanyakkan maklumat kerajaan tidak tertakluk di bawah OSA.
2. Rang undang-undang ini memudahkan akses kepada maklumat yang tidak menjejaskan operasi Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya. Permohonan boleh ditolak jika pemohon didapati tidak berhak memperolehi maklumat tersebut, maklumat tersebut tidak wujud ataupun berada di luar bidangkuasa jabatan.

3. Permohonan yang menyusahkan, tidak munasabah atau berulang juga boleh ditolak.

  • Perlu pemantauan/penelitian tentang pelantikan dan tanggungjawab Pegawai Maklumat, Akses Maklumat dan Kaedah/proses perolehan maklumat.

Walaubagaimanapun, IKRAM menyokong sebarang usaha Kerajaan Negeri untuk cuba melaksanakan Kebebasan Maklumat ini walaupun belum sepenuhnya (iaitu kita buat mana yang termampu dahulu).

Menurut Sdr Mohammad Hanapi, daripada maklumat yang disampaikan, Rang Undang-undang ini dibuka kepada Pendengaran Awam selama beberapa hari lagi dengan Jawatankuasa berkaitan akan mendengar pandangan daripada pelbagai pihak lain lagi.

No comments:

Post a Comment