Thursday, April 28, 2011

Muzakarah Belia IKRAM Selangor

muzakarah belia selangorSHAH ALAM - Muzakarah Belia IKRAM Negeri Selangor telah selesai bersidang di Pejabat IKRAM Shah Alam pada Sabtu, 24 April 2011 yang lalu. Sebanyak 45 perwakilan belia IKRAM daerah menyertai program muzakarah kali ini daripada sembilan daerah di negeri Selangor. Muzakarah dirasmikan oleh Norazmi Mat Noh selaku Ketua Unit Belia IKRAM Pusat dan diteruskan dengan Pembentangan Pelan Strategik Belia IKRAM Selangor oleh Ketua Pemuda IKRAM Selangor, Shahrul Aman Shaari.

Shahrul Aman (gambar) menyampaikan amanat buat wakil belia. Menurutnya, golongan belia perlu jadi golongan pendesak yg berada di saf paling hadapan dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Beliau memetik surah Fussilat ayat 30 tentang kepentingan beriman dan istiqamah untuk para belia dan berita gembira berupa syurga. Menurutnya, belia menjadi harapan untuk memimpin saf pemuda dan juga massa serta mempunyai semangat yang kuat untuk melakukan perkara yang lebih besar dan perubahan positif di kalangan masyarakat. Sebelum pembentangan, beliau turut menyorot statistik taburan belia di Selangor supaya setiap belia IKRAM daerah bersedia memberi perhatian untuk mengadakan pelbagai aktiviti untuk mendekati golongan belia.
muzakarah belia selangor
muzakarah belia selangor
Sebahagian wakil belia IKRAM Daerah yang hadir
Sembilan IKRAM Daerah yang menghantar wakil-wakil belia ke muzakarah ini adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Sepang, Gombak dan Hulu Selangor. Beberapa resolusi berjaya dicapai hasil perbincangan yang dikendalikan Ahmad Fauwaz Mohamad, Ketua Belia IKRAM Selangor. Resolusi tersebut ialah menggabungkan beberapa Belia IKRAM daerah mengikut zon untuk aktiviti bulanan,  mengadakan satu karnival sukan belia peringkat Selangor, memperkasakan program Keindahan Bersamamu (KBM) untuk belia dan perkongsian pendekatan dakwah untuk belia.

No comments:

Post a Comment