Tuesday, September 4, 2012

Delegasi IKRAM ke Rangon

KLIA, 5 September 2012, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) hari ini menghantar buat kali keduanya wakil ke Arakan, Myanmar, kali ini IKRAM akan menyertai satu delegasi yang di ketuai oleh satu pertubuhan kemanusiaan dari Indonesia iaitu Pos Keadilan Peduli Umat ( PKPU ), serta beberapa Ngo lain iaitu Rumah Zakat Indonesia dan Dompet Dhuafa.

IKRAM diwakili oleh Pengurus Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa IKRAM, En Wan Mohd Yusuf Wan Ismail dan Pengarah Nusantara Islah Centre of Excellence (NICE), En Wan Mohd Zukri Che Mat Zin.

Tujuan utama delegasi dihantar ke Myanmar adalah untuk menghantar bantuan secara langsung kepada warga Rohingya, sumbangan berjumlah RM100,00.00 yang berjaya dikumpulkan IKRAM sepanjang bulan Ramadan lepas, hasil sumbangan orang ramai.

Sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli barang-barang keperluan asas seperti beras, gula, tepung, bawang dan lain-lain.

Bagi Wan Mohd Yusof delegasi kali ini lebih meyakinkan kerana rangkaian yang dibina hasil dari lawatan pertama apabila beberapa perbincangan dan pertemuan dengan NGO-NGO tempatan di Myanmar telah pun berjaya dilakukan sebelum ini.

Hasil dari lawatan pada 1 Ogos lepas yang turut disertai pemberita TV AlHijrah, IKRAM telah berjaya bekerjasama dengan beberapa NGO di Yangon yang bersedia membantu melancarkan urusan pembelian dan penghantaran ke lokasi-lokasi yang sesuai.

IKRAM sebelum  ini telah menyertai delegasi pertamanya dan telah membuat sumbangan berjumlah RM10,000.00 untuk membeli ubat-ubatan. Sumbangan disalurkan melalui pertubuhan Islam di Rohingya melalui kapal dari Yangon ke Arakan.

Delegasi berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari ini bersama wakil-wakil Ngo dari Indonesia yang tiba dari Jakarta awal pagi ini.

No comments:

Post a Comment