Friday, August 5, 2011

Pertemuan YDP Selangor Bersama Ketua Kabliah 5 Ramadhan

 
 
Sesi ramah mesra YDP IKRAM Selangor, Ustaz Shamsul Ma'arif bersama Ketua Kabilah IPT dalam dan luar negara yang sedang bercuti & berusrah anjuran Pemuda IKRAM Selangor. Alhamdulillah seramai 40 wakil daripada pelbagai medan yang hadir walaupun  jemputan yang singkat.  Antara mutiara pesanan beliau adalah penekanan kepada asas iman dan ukhuwah di dalam berjemaah.  Turut ditekankan adalah kepentingan beramal di dalam komuniti terutamanya melalaui agensi-agensi IKRAM yang sedia ada untuk melatih diri mengzahirkan hasil tarbiah.

Majlis bermula dengan Solat Isya dan Terawih yang diimamkan oleh para salah seorang peserta program. Program diteruskan dengan taaruf & tazkirah oleh YDP IKRAM Selangor. Sessi perbincangan dua-hala menutup pertemuan malam itu dengan pelbagai maklumbalas & perbincangan mengenai perihal usrah & dakwah tempat masing-masing.  Antara yang menarik dalam sesi tersebut adalah tawaran yang diberikan oleh para peserta untuk terlibat sama dalam melaksanakan dakwah dalam masyarakat terutamanya masyarakat  Mandarin. 

Turut hadir daripada Sekretariat IPT Pusat, Ahli Jawakuasa Negeri, Pemuda Negeri & Daerah untuk bersama-sama bermuayasyah dan berkongsi di dalam majlis yang penuh ukhuwah. Wallahua'lam. Doakan.
--
Shahrul Aman Bin Mohd Saari
Ketua JK Pemuda IKRAM Selangor
"Brotherhood, the Foundation Of Glory"

No comments:

Post a Comment