Friday, August 5, 2011

PROGRAM PALESTIN DI MASJID JAMEK AL BAROKAH, KG. ASSAM JAWA, KUALA SELANGOR

   
Alhamdulillah semasa solat Jumaat hari ini, Program Palestin telah diadakan di Masjid Jamek Al Barokah, Kg. Assam Jawa, Kuala Selangor. Program ini anjuran bersama dengan Aqsa Syarif Kuala Selangor. Program merangkumi pertunjukkan video Palestin, pameran, jualan, kempen-kempen (macam-macam kempen ada), kutipan sumbangan dan tazkirah Jumaat - Tazkirah Palestin. Tazkirah Jumaat telah di sampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Kuala Selangor, akhi Mazlan Mohdi. Jumlah Kutipan ialah RM919.95.


 
 
Aqsa Syarif Kuala Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nazir Masjid En Ismail Abdul Kadir yang telah memberi laluan kepada Aqsa Syarif Kuala Selangor untuk mengadakan program ini walaupun at short notice. Juga ucapan terima kasih kepada seluruh ahli kariah masjid yang telah memberi sumbangan mereka seadanya.
 
Semoga Allah memberkati segala usaha kita, Insha Allah.

 
 
Abu Aiman
Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Daerah Kuala Selangor.
Senior Fellow, PACE Klang


No comments:

Post a Comment