Tuesday, December 28, 2010

Back to School Bersama Ikram Kubang Pasu

Dr. Rohani
Pada hari Ahad, 28hb Disember IKRAM Kubang Pasu telah mengadakan Program "Back to School"  kepada pelajar-pelajar terpilih di Daerah Kubang Pasu. Pemilihan pelajar dibuat dengan mengambil kira beberapa kriteria antaranya pelajar-pelajar ini terdiri dari keluarga yang miskin, anak yatin, ibu tunggal, dan sebahagiannya adalah dari keluarga yang terkena musibah banjir bulan November yang lalu. Dr Rohani (ahli Teras IKRAM), selaku Ketua Muslimat Kubang Pasu banyak membantu dengan mengenalpasti pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan. Untuk menjayakan program ini, IKRAM Kubang Pasu mendapat sumbangan dari ahli, dermawan dan juga dari lebihan Tabung Deru yang dilancarkan.

Sebelum program dibuat, pihak jawatankuasa telah mengadakan perbincangan dengan tuan punya kedai Yusof Borong iaitu En Yusuf tentang harga pakaian yang akan dikenakan, dan akhirnya kami bersetuju dengan tawaran yang diberikan dimana sepasang pakaian lengkap akan dikenakan bayaran RM70 seorang walaupun secara puratanya mengikut harga yang dikenakan harga pakaian dan kelengkapan tersebut adalah diantara RM100 - RM150. Barang kelengkapan persekolahan tersebut adalah tudung pelajar, baru, seluar/kain, stokin, kasut, kapur kasut dan beg sekolah. Kami merasakan sebut harga yang diberikan amat berpatutan kerana pelajar bebas memilih kelengkapan yang mereka perlukan mengikut citarasa dan keperluan mereka (kasut kulit/hitam, baju pengawas, dll). En Yusuf juga bersetuju untuk membuka kedai seawal 8:30 pagi bagi memudahkan urusan, walaupun pada kebiasaanya kedai beliau akan dibuka pada pukul 10 pagi.

Pada pagi Ahad, seawal 8 pagi pelajar-pelajar ini sudah datang ditemani oleh ibu bapa, penjaga dan wakil IKRAM. Taklimat diberikan mengikut kumpulan tentang barang keperluan yang mereka boleh pilih di dalam kedai. Nasihat dan harapan turut diberikan kepada pelajar-pelajar ini.Manakala, sesi taklimat dan tazkirah disampaikan oleh Dr Rohani kepada para waris yang turut hadir. Pelajar mengambil masa selama satu jam untuk membuat pilihan dimana. Pada keseluruhannya seramai 108 pelajar hadir dalam progam ini dan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM7560.

Program tamat dan ditutupi dengan nasihat, bacaan doa, dan sesi bergambar. Aktiviti ini turut dihadiri oleh wartawan Sinar Harian.


Asmat Nizam 
SU IKram Kubang Pasu
(26 Disember 2010)

No comments:

Post a Comment