Thursday, December 30, 2010

Mydin Rawang Kena Serbu: Back To School

 
 
Pada hari Isnin, 20 hb Dis bersamaan 14 Muharram 1432 yang lalu seramai 93 orang pelajar sekolah menengah dan rendah yang datang dengan dua buah bas dan beberapa buah kenderaan lain telah menyerbu pusat membeli belah MYDIN Rawang untuk memilih pakaian sekolah mereka di bawah program "Back To School."

Ini merupakan acara tahunan Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Hulu Selangor.  Tahun ini merupakan kali yang ke empat program ini dibuat , tiga tahun sebelumnya bermula 2007 adalah di bawah JIM Hulu Selangor dan telah bekerjasama dengan MYDIN Rawang untuk kali yang ke tiga. Program "Back To School" ini bertujuan untuk membantu meringankan sedikit bebanan keluarga yang terpilih, dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka.

Mereka yang layak menerima sumbangan ini terdiri dari anak-anak ahli dan rakan JIM /IKRAM , anak-anak saudara baru dan anak-anak saudara baru dari kalangan orang asli yang menepati kriteria yang ditetapkan . Alhamdulilah, seperti yang dirancang, tepat jam sembilan pagi, bas dari Bukit Beruntung sampai di perkarangan Mydin Rawang, diikuti sebuah lagi bas dari Serendah dan beberapa kenderaan lain yang membawa pelajar.

Pelajar diminta beratur mengikut kategori sekolah rendah lelaki, sekolah rendah perempuan, sekolah menengah lelaki dan sekolah menengah perempuan. Pelajar di beri tag berlainan warna mengikut kategori masing-masing, 25 orang Petugas turut mendapat tag yang berlainan warna bagi memudahkan pelajar dan Petugas mengenali satu sama lain. Selepas sessi taklimat oleh Pengarah Program , sessi bergambar pula.

Tepat jam 9.30 pelajar mula memasuki MYDIN untuk membeli belah. Mydin dibuka awal setengah jam pada hari tersebut khas untuk program "Back To School" ini.

Rasa seronok pula bila petugas MYDIN beratur di kiri kanan pintu masuk, menyambut pelajar dengan senyuman manis mereka. Para pelajar terutamanya yang bersekolah rendah dibantu pleh Petugas yang terdiri dari anak-anak remaja IKRAM, makcik-makcik IKRAM serta pekerja MYDIN mencari saiz pakaian / kasut yang sesuai. Suasana bertukar meriah dan kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak.

Sebanyak RM 8,000 telah diperuntukan oleh IKRAM Hulu Selangor tahun ini. Setiap pelajar mendapat sepasang pakaian sekolah (tudung, baju kurung dan kain / baju kemeja dan seluar panjang) , sepasang kasut dan tiga pasang stokin. Pilihan utama baju yang berwarna putih samada baju kurung atau kemeja adalah dari jenama Canggih, manakala yang lain iaitu tudung, kain dan seluar dari jenama lain. Pilihan utama kasut adalah dari Bata B First . Jenama pakaian sekolah Canggih dan kasut B First merupakan jenama dari kualiti yang baik, agak mahal dan tahan lama. Bagi pelajar yang tidak menemukan pakaian mereka di Mydin, mereka dibenarkan untuk memilih barangan sekolah yang lain berdasarkan peruntukan yang diberikan.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi anak-anak ini telah mula beratur di kaunter. Pihak MYDIN telah membuka dua kaunter khas untuk tujuan ini. Terima kasih kepada Nazreen yang begitu cekap sekali memeriksa setiap bakul anak-anak bagi memastikan pilihan anak-anak menepati syarat dan tidak melebihi jumlah peruntukan yang ditetapkan untuk seseorang itu.

Terdapat juga sedikit masalah bila beberapa pelajar tidak mendapat barangan mereka , samada kehabisan stok atau tiada saiz. Alhamdulilah ini juga dapat di atasi segera dengan mencarikan barangan gantian dan ada juga yang dibawa ke kedai sebelah (Pusat Pakaian Hari-Hari) .

Dalam pukul 11 pagi semuanya telah selesai. Setiap pelajar yang melepasi kaunter akan mendapat air kotak dan roti, Para Petugas juga tidak ketinggalan mendapat air kotak, roti dan satu beg cenderahati istimewa dari MYDIN.

Syukur kepada Allah dan syabas kepada Petugas / PIC setiap kawasan iaitu : Isma dan Ust Ramlah (Bukit Sentosa), Nani (Bukit Mancung) dan Nazreen dan Ani (Serendah) yang telah memastikan semuanya tepat seperti yang dirancang terutamanya di tempat berkumpul untuk menunggu bas.

Jutaan terimakasih , jazakumullahukhairan katheera kepada semua Petugas (adik-adik remaja dan mak cik-mak cik) yang menjalankan tugas mereka dengan begitu cekap dan berdedikasi :-

Mak cik-mak cik : Pn Rohani, Pn Isma, Pn Sarimah, Pn Asmah, Pn Nazreen, Pn Jame'ah, Pn Sutinah, Pn Nani, Pn Norzira, Pn Fadilah, Pn Azizah, Pn Rosnah, Pn Norbani dan Pn Salina. Pak cik-pak cik : Akhi bni Khalid dan Akhi Rashidi.  Remaja : Faqihah, Tasneem, Raudhah, Maizura, Syafiqah, Siti Nur Fadzilah, Nur Hannan, Sharifah Naja, Nurul 'Ezzah, Nor Amirah dan Rushda Adibah.

Jazakumullahukhairan katheera juga buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung samada sebelum, semasa dan selepas program iaitu Akhi Ariffin, Akhi Fakhruddin, Akhi Ralim, Pn Salmi, Ustazah Ramlah, Cikgu Kamaruzzaman dan Pn Hanita, Pn Asmah dan semua AJK JIM dan IKRAM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terimakasih kepada pihak MYDIN terutama En Hanafi dan En Ahmad Ghazali dan semua pekerja yang telah membantu dari segenap segi termasuk memberikan potongan harga.
Kerjasama begini amatlah dihargai.

No comments:

Post a Comment