Thursday, August 2, 2012

Demo Bantahan Krisis Rohingya hari inj 3 Ogos lepas Jumaat, Masjid Tabung Haji

Memandangkan krisis Rohingya di Myanmar masih berterusan dengan pihak tentera sendiri dilaporkan terlibat dalam pembunuhan, merogol dan menahan secara besar-besaran rakyat muslim Rohingya, maka satu demo bantahan akan diadakan seperti berikut:

Demo: Bantahan terhadap keganasan dan pembunuhan Rohingya. Juga bantahan terhadap sikap sambil lewa kerajaan Myanmar menangani krisis dan pembunuhan oleh tentera

Tarikh: 3 Ogos 2012 (Jumaat - HARI INI!)

Mass: Selepas Solat Jumaat

Tempat: Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Myanmar

Anjuran: NGO-NGO Islam, MAPIM

Adalah digalakkan untuk ahli-ahli IKRAM, khususnya di Lembah Kelang, untuk turut menunjukkan sokongan dengan menyertai demonstrasi tersebut. 

Rombongan NGO Malaysia termasuk wakil JK Hal-Ehwal Antarabangsa IKRAM, kini berada di Myanmar mengatur pertemuan dengan Presiden Myanmar dan Ketua Pembangkang, Aung Sang Suu Kyi. 

Pohon sebarkan maklumat tentang demo ini.

Syed Ibrahim Alhabshi
Ust Wan Subki
Naib Presiden 
Pertubuhan IKRAM Malaysia

No comments:

Post a Comment