Tuesday, August 7, 2012

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre ke-3 PP - 5 Ogos 2012


Inline image 1 

Alhamdulillah syukur pada Allah Ta'ala program MIPHC-3 PP telah dapat dijayakan dengan lancar.  Terimakasih kepada semua AJK HCPP, urusetia program, AJKN Ikram PP, ahli-ahli IKRAM semua daerah di PP iaitu TL, BD, SPT, SPU dan SPS, semua penyumbang, sukarelawan, barisan penalis, barisan AJK dakwah pusat, darul hidayah serta banyak lagi pihak yang tak tertulis di sini.
 
Program telah dihadiri oleh hampir 570 orang yang disertai oleh hampir 180 orang muallaf bersama keluarga.  Rakan NGO iaitu Institut IQ serta Kelab Kakitangan Hospital.  Meja-meja penuh dan terpaksa ditambah di saat-saat terakhir.  Permintaan untuk ikhwah membeli meja terpaksa ditolak di saat-saat terakhir kerana limpahan peserta.
 
Program dirasmikan oleh TKM 1 Dato' Mansor Othman.  Juga menerima tetamu istimewa iaitu tuan speaker DUN Pulau Pinang Dato' Halim Hussain serta wakil MPP akh Hj Rashid Hasnon serta akh Mohd Tuah.  Ucapan disampaikan oleh YDP Ikram PP - akh Ir Jamal, akhi Muhammad Sylvester mewakili HC serta tayangan montaj aktiviti HCPP.  Program diserikan oleh penasyid dari sekolah Al-Itqan, Teluk Kumbar.  Nampaknya TKM 1 agak tertarik dengan program ini hingga minta buat satu lagi program.
 
Program dimulakan dengan forum oleh tokoh pendakwah yang tak asing iaitu Shahkirit, Ustaz Fitri dan Dr Fuad Yeoh.  Saya bertanya kepada rakan di Pejabat hadir, katanya 'TERBAEK'.  Forum dimoderat oleh akhie Rizal.  Program tazkeerah selepas solat terawih disampaikan oleh akhi Muhammad Sylvester.  Pencapaian, alhamdulillah lebih bagus daripada tahun lepas anggaran lebih dari RM 70K, walaupun sasaran RM 80K. 
 
Terdapat sedikit perubahan pada tahun ini kerana ruang solat dibuat dalam dewan utama dan satu stesyen makanan diadakan di bahagian luar.  TV Alhijrah telah turut hadir dan menemuduga saya dan 3 orang muallaf, sebelumnya saya ditemuduga oleh dua orang SB.  Harap muka saya masuk TV nanti..he hee.  Ketiga-tiga matlamat program iaitu pengumpulan dana, meraikan muallaf serta usaha dakwah bersama masyarakat nampaknya tercapai, alhamdulillah.
 
Doakan di bulan barakah ini semoga dakwah bertambah rancak serta AJK-AJK dan sukarelawan HCPP bekerja dengan penuh ikhlas pada Allah Ta'ala.
 
Sekian, laporan ringkas.
 
Wassalam,
 
Yusni

No comments:

Post a Comment