Wednesday, August 15, 2012

KENAPA NEGARA ISLAM SUKA BERPERANG ?

Ramai orang menuduh negara Islam suka berperang, di mana-mana negara Islam ada peperangan. Sungguhpun demikian itu hanyalah tuduhan tidak berasas, kerana peperangan yang berlaku di negara-negara Islam adalah sebab negara Islam dijajah atau diceroboh oleh negara lain. Islam tidak membenarkan pembunuhan tanpa alasan yang patut seperti diterangkan dalam ayat di bawah :

Sesiapa yang membunuh seorang manusia tanpa alasan yang membolehkannya membunuh orang tersebut, atau melakukan kerosakan di bumi, maka seoalah0olah dia telah membunuh manusia semuanya (Al-Ma'idah 5;32).

Mengikut ayat di atas jelas bahawa Islam tidak membenarkan peperangan, bahkan Islam menggalakkan umatnya untuk berbuat baik kepada bukan Islam selagi tidak memusuhi umat Islam seperti tersebut dalam ayat di bawah :
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengusir kamu dari kampungmu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil (Al-Mumtahanah 60;8).

Belum ada satu negara Islampun yang menceroboh negara lain, yang ada negara Islam diceroboh oleh negara lain maka sebagai bangsa yang berdaulat maka wajib mempertahankan diri. Ini selaras dengan peringatan Allah dalam ayat di bawah :

Dan perangilah orang-orang yang memerangi kamu kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah, dan janganlah memulakan peperangan; kerana sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang memulakan peperangan (Al-Baqarah 2;190).

Dalam ayat di atas Islam hanya membenarkan berperang untuk menegakkan dan mempertahankan agama kalau diserang oleh negara lain. Islam dilarang keras untuk menceroboh negara lain atas alasan apapun, sekalipun untuk menyebarkan Islam sekiranya negara tersebut tidak memulakan peperangan. Dalam peperangan pun Islam telah mengatur sistem peperangan seperti tersebut dalam ayat di bawah :

Kecuali orang-orang yang meminta perlindungan kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka, atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka berat memerangi kamu atau memerangi kaumnya (An-Nisa 4;90).

Bahkan dalam peperanganpun Islam mengharamkan membunuh orang-orang yang tidak terlibat dalam peperangan seperti perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua, peniaga di pasar, atau petani di ladang.

Bukan negara Islam sahaja, bahkan semua negara akan melakukan hal yang sama sekiranya diceroboh untuk tujuan penjajahan. Sebagai contoh pada suatu hari rumah anda dimasuki perompak, mereka merompak semua barang kemas dan duit anda kemudian merogol anak perempuan dan isteri anda. Apakah yang anda akan lakukan? Adakah maafkan perompak tersebut? Atau berbincang dengan perompak? Ataupun biarkan mereka rompak je nanti duit itu anda boleh cari semula?

Sebagai orang yang sihat akal dan mempunyai maruah maka anda akan cuba melindungi isteri dan anak-anak anda serta mempertahankan harta benda anda setakat yang mampu. Begitu juga semasa Malaysia dijajah oleh Britain dulu, semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Bahkan orang yang terkorban dianggap sebagai hero atau pahlawan, begitu juga halnya negara-negara Islam.

Apabila negara-negara Islam diserang oleh musuh untuk dijajah seperti Iraq, Afghanistan dan Chechen. Maka rakyatnya akan melakukan perlawanan sungguhpun akan mengakibatkan kehancuran dan korban semata-mata untuk mendapatkan semula kemerdekaan dan mempertahankan maruah sebagai sebuah negara yang berdaulat. Islam tidak pernah menggalakkan berperang dengan menyerang negara lain tetapi sekiranya diserang maka wajib mempertahankan diri.
 
From:  http://israelu09.blogspot.com/2010/04/kenapa-negara-islam-suka-berperang.html

No comments:

Post a Comment

Post a Comment