

Kita melihat dalam zaman peralihan dari Hindu kepada Islam ini ditandai oleh kelahiran penulisan-penulisan ilmiah yang bermutu tinggi. Sedikit demi sedikit hasil-hasil sastera berteraskan cerita dewa-dewa seperti 'Hikayat Seri Rama' dan 'Hikayat Pandawa Lima' digantikan oleh kitab-kitab tasawuf, akidah dan fiqh[5]. Pendita-pendita, tukang-tukang karut, Brahmin dan sami-sami diganti dengan kemunculan tokoh-tokoh ulama, sufi dan pemikir Islam. Di antara nama-nama yang memberi sumbangan yang sangat besar kepada pembangunan ilmu dan pembinaan insan pada kurun-kurun awal kebangkitan Islam ialah Syeikh Hamzah Fansuri[6], Syeikh Shamsuddin as-Sumaterani[7], Syeikh Nuruddin Ar-Raniri[8], Syeikh Abdul Rauf As-Sinkeli.[9] Sastera-sastera rakyat turut diresapi oleh unsur-unsur Islam sehingga lahirlah beberapa karya penting seperti 'Hikayat Umar Umaiyah', ‘Hikayat Amir Hamzah’ dan 'Hikayat Muhammad Hanafiyah'. Pandangan hidup ‘worldview’ orang melayu berubah dari sesuatu yang berasaskan estetika semata-mata kepada sesuatu yang lebih tinggi iaitu berdasarkan ilmu dan
[1] HAMKA, 1965. Sejarah Umat Islam: Perkembangan Islam di Nusantara. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. hlm. 439.
[2] Ibid., hlm. 439. Sultan al-Malik az-Zahir dilaporkan oleh Ibn Batutah sebagai seorang yang alim dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang fiqah Mazhab Syafie. Kealiman baginda menjadikan Pasai sebagai tumpuan ulama’ dari Mesir, Mekah, Madinah, Yaman, Hadramaut dan Malabar. Baginda pergi bersolat jumaat dengan berjalan kaki dan hanya menunggang gajah atau kuda ketika pulang. Sultan juga aktif menyebarkan Islam di kawasan pendalaman yang masih jahil. Jika perlu menurut Ibn Batutah, Sultan akan menggunakan kekuatan tentera untuk melaksanakan tugas dakwahnya.
[3] Mohd. Dahlan Mansoer. 1979. Pengantar Sejarah Nusantara Awal. kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 134 – 140. Marco Polo bersama ayahnya saudagar dari Venice telah melawat Cina atas jemputan Maharaja Monggol, Kublai Khan. Marco Polo dilantik sebagai pegawai Kerajaan Mongol dan pernah ditugaskan untuk mengiringi puteri Monggol yang dikirim ke Parsi pada tahun 1292M. Dalam perjalanan ke Parsi beliau telah singgah di beberapa tempat di Sumatera. Di antara tempat-tempat tersebut ialah ’Ferlec (Perlak) dan Lamri. Menurut Marco Polo penduduk pendalaman masih biadab, memakan daging manusia dan berekor. Mohd Dahlan Mansoer yang mengutip petikan-petikan catatan perjalanan Marco Polo tidak menganggapnya sebagai sumber sejarah yang bernilai kerana sarat dengan prejudis, kisah yang pelik dan tidak masuk akal. Namun catatan Marco Polo ini mengesahkan Islam telah bertapak di Sumatera Utara pada akhir kurun ke 13M.
[5] Ali Ahmad dan Siti Hajar Che’ Man, 1966. Bunga Rampai Sastera Melayu Warisan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 197 – 204.
[6] T. Iskandar. 1987. Hamzah Fansuri Pengarang, Penyair, Ahli Tasauf Abad Ketujuh Belas. Dlm. Mohamad Daud Mohamad (pnys.) Tokoh-tokoh Sastera Melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 1 – 9.
[7] T. Iskandar. 1987. Shamsuddin as-Sumaterani Tokoh Wujudiah. Dlm. Mohamad Daud Mohamad (pnys.) op. cit., hlm. 45 – 53.
[8] Wan Mohd Shaghir Abdullah. 1987. Al-Allamah Syeikh Nuruddin Ar-Raniri. Dlm. Mohamad Daud Mohamad. op. cit., hlm. 90 – 100.
No comments:
Post a Comment