JK Khidmat Masyarakat IKRAM Pusat amat mengalu-alukan semua input idea dan cadangan yang diberikan oleh semua ahli dalam usaha untuk mengeratkan hubungan kemasyarakatan. Setakat ini, gerakerja yang sudah disusunatur oleh JK Khidmat Masyrakat IKRAM Pusat adalah menubuhkan pasukan Khidmat Masyarakat IKRAM Kedah dan Perlis untuk menjalankan tugas mengkoordinasi gerakerja setempat dan menyelaras bantuan dari luar. Mereka juga ditugaskan memantau perkembangan dan mengenalpasti keperluan bantuan yang dihulurkan. JK Khidmat Masyarakat IKRAM Kedah diketuai oleh Ustaz Shahimi dan DERU Ikram Perlis diketuai oleh Akh Hairul Anuar Hashim. Menggerakkan pasukan Disaster and Emergency Response Unit (DERU) membantu IKRAM Kedah dan Perlis. Setakat ini empat pasukan Misi 1-4 DERU sedang menDERU di negeri terbabit. Usaha ini diketuai oleh ahli JK Khidmat Masyarakat IKRAM Pusat Dr. Shamsudin Kamaru Zaman (Dr.Sam).
Bagi menggerakkan jentera ini suntikan dana telah pun diberikan kepada IKRAM Kedah dan IKRAM Perlis sebagai sumbangan keprihatinan bantuan menghadapi banjir kali ini. Dengan ini juga, sebuah tabung khas bantuan bencana telah ditubuhkan di peringkat Pusat, yang memerlukan suntikan dana khas dari setiap IKRAM Negeri yang lain. Penyaluran perlulah dibuat melalui masing-masing untuk disalurkan ke akaun IKRAM Pusat. Diharapkan sumbangan dana khas ini dapat disempurnakan menjelang hari Jumaat ini, 12 November 20101.
Wanita IKRAM pula akan menggunakan mekanisma mobilisasi kumpulan usrah di semua IKRAM daerah bagi menyumbang persalinan kelengkapan solat ( sepasang telekung, kain pelekat dan sehelai sejadah). Bagi menyelaraskan kerja-kerja ini maka Ukht Faridah Maluddin selaku wakil dari JK Khidmat Masyarakat IKRAM Pusat telah diberi pertanggungjawaban. Selain daripada itu satu lagi unit agensi dibawah IKRAM telah dihubungi bagi menyusun satu gerakerja di kalangan doktor dan pelajar perubatan untuk membantu mangsa banjir. Unit ini yang dikenali sebagai IKRAM-Health akan memberi perhatian khusus kepada aspek penjagaan kesihatan semasa dan selepas banjir.

Beliau juga menyarankan agar usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat setempat perlu dilaksanaka seperti melancarkan tabung derma kilat, mengadakan solat hajat beramai-ramai memohon Allah SWT membantu rakan saudara mara di Kedah dan Perlis menghadapi musibah.
Dari sudut sebagai seorang AHLI IKRAM pula beliau menyeru agar boleh menyumbang dalam pelbagai bentuk seperti infaqkan masa untuk membuat kerja kesukarelawan dan gotong royong selama dua tiga hari di Kedah dan Perlis, infaqkan wang ringgit, sedikit harta dan tenaga membantu dari jauh selain doa, menyumbang telekong, kain pelekat, sejadah, titbits atau jajanan buat kanak-kanak mangsa banjir. Tidak juga kurang pentingnya membantu menyelaras kempen kesedaran memberikan bantuan dan keprihatinan di kalangan umat setempat agar sama-sama berkongsi kepahitan yang sedang dialami oleh mangsa. Atau dapat membantu pelbagai program motivasi buat mangsa banjir mengikut kesesuaian masa, tempat dan ketika.
Selain daripada itu beliau juga mensarankan agar ahli juga dapat bekerjasama dengan Sekretariat Qurban-Aqiqah JIM dan KIMB untuk menyampaikan pelbagai sumbangan binatang kurban telah diperuntukkan untuk menjalankan ibadah kurban semasa Aidil Adha nanti di kalangan tempat yang dilanda musibah banjir.
No comments:
Post a Comment