Friday, November 5, 2010

MEREKA YANG DIJANJIKAN SYURGA

Abu Ubaidah Amir bin Abdullah bin Al-Jarrah adalah sahabat yg kesembilan yg dijanjikan syurga semasa hayat dikandung badan. RSAW apabila delegasi dari Najran memohon ahli agama utk mengajar mrk,  menjanjikan kpd delegasi Najran - Aku akan utus bersama kamu nanti seorg lelaki yg dipercayai, sungguh dpt dipercayai (disebut 3x). Abu Ubaidahlah orgnya.

Disebut dlm Kitab Al-Hilyah bahwa Abu Ubaidah pernah memeriksa barisan tenteranya seraya berkata kpd mereka:::

Betapa banyak org yg mensucikan pakaiannya, padahal dia mengotori agamanya..dan demikian pulalah, betapa banyak org yg memuliakan dirinya, namun sebenarnya seorg yg terHINA! Sebab itu, hendaklah kamu hapuskan semua keburukan yg lama itu dgn kebaikan yg baru! Seandainya seseorg kamu membuat sesuatu keburukan sehingga banyaknya antara langit dgn bumi, kemudian dia membuat pula suatu kebaikan, moga2 kebaikan itu akan meninggi di atas semua keburukannya sehingga dia dpt menghapuskannya.


Dr Ahmad Z Abdullah
Pengerusi KIMB 2010-11
@ Masjid Hj Mat Saman, Kg Sg Ramal Luar
HUBUNGI KIMB, TEMAN MUAMALAT ANDA
TEL: 03 41086314: Fax:03 4108 6319
EMEL:::::kimb.jim@gmail.com

No comments:

Post a Comment