Sunday, November 7, 2010

SUKARELAWAN IKRAM MEMBANTU MANGSA BANJIR DI KEDAH

 7 November 2010: Kubang Pasu, seramai lebih seratus sukarelawan pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah turun membantu mangsa banjir di daerah kubang pasu sejak khamis yang lepas.. Tumpuan utama khidmat sukarelawan ini adalah membersihkan rumah-rumah mangsa, surau serta masjid. Sukarelawan IKRAM yang sebahagian besarnya terdiri dari ahli professional dan belia ini datang dari luar Kedah termasuk Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. Mereka telah bergabung dengan ahli IKRAM cawangan Negeri Kedah. Pertubuhan IKRAM Malaysia telah dilancarkan pada 20 JUN 2010 dan bermotokan Ukhuwah Teras Kegemilangan merupakan sebuah NGO Islam yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam

Sukarelawan ini telah menjadikan Tadika Al-Azhar Taman Jitra, yang merupakan antara mangsa banjir tahun ini sebagai pusat operasinya. Mereka telah bergerak dalam kumpulan kecil seramai lima hingga tujuh orang dengan kelengkapan peralatan pembersihan termasuk water jet. Kehadiran mereka diterima baik oleh masyarakat setempat yang amat memerlukan pertolongan dalam kerja-kerja mengeluarkan barangan yang telah musnah dan membersihkan rumah kediaman mereka daripada lumpur banjir. Sebanyak 41 buah rumah, 2 surau, 2 tadika dan satu masjid telah dapat dibersihkan.

Menurut pengarah khidmat bantuan en Suberi Salleh usaha bantuan ini akan diteruskan ke kawasan Kota Setar pada minggu hadapan memadangkan banyak kawasan yang masih ditenggelamii air dan sebahagian besar sukarelawan terpaksa balik bertugas dan di hujung minggu nanti insyallah tumpuan akan diberikan dikawasan Kota Setar pula.

No comments:

Post a Comment