Friday, November 5, 2010

DERU TELAH BERADA DI UTARA: SUKARELAWAN DIPERLUKAN

Maklumat dari DERU salah sebuah agensi kemanusian yang dipelupori oleh JIM yang diwakili oleh Sdr. Aidil yang kini berada di Kedah mendapati bahawa keadaan banjir masih teruk dan sukarelawan tidak mencukupi. Menurutnya, 200 unit rumah di Taman Permai Jitra telah tenggelam hingga ke paras pinggang.  Kerja-kerja membersihkan memerlukan 5-6 orang untuk selama 3-4 jam.  Dilaporkan bahawa terdapat seramai 12,000 orang di pusat pemindahan banjir di Kubang Pasu (menurun), 19,000 orang di Kota Setar (meningkat) dan 12,000 di Perlis (menurun).

Oleh itu, beliau memohon agar ramai lagi sukarelawan untuk segera mendaftar bagi minggu ini dan minggu-minggu seterusnya. Di samping itu, IKRAM, JIM dan semua badan NGO atau Parti Politik/ atau agensi yang bertanggungjawab lagi prihatin haruslah sentiasa bersegera dalam memberikan khidmat bakti kepada mereka yang diuji. Dalam keadaan demikian, luluhkan segala agenda tersembunyi dan curahkan khidmat bakti dengan penuh keikhlasan. Apa yang penting... kerjasama.  Itulah saranan yang dibirikan oleh Tuan Syed Ibarhim kepada semua. 


Beliau juga menyarankan kepada ahli IKRAM agar dapat memberi bantuan segera. Walaupun mungkin bantuan dan sumber kita terhad di mana sumbangan dan sukarelawan perlu terus ditingkatkan.  Bentuk bantuan tidaklah hanya kepada ahli IKRAM yang diuji, tetapi juga semua mangsa banjir yang lain tidak mengiira agama, kaum dan fahaman politik. Inilah peluang keemasan untuk ahli IKRAM mempraktikkan proses tarbiah yang menjadi amalan ahli seperti dalam usrah, daurah, katibah, muktamar dan sebagainya. Malah beliau meyakini "kesegeraan" atau "saari'u" dalam tindakan begini adalah juga sebahagian proses tarbiah...tarbiah amal.
 

No comments:

Post a Comment