Friday, November 5, 2010

Syed Ibrahim: Marilah kita ambil kisah

Tuan Syed Ibrahim Alhabshi, selaku Naib Presiden IKRAM beliau mendoakan agar semua  masyaratkat yang sedang diuji Allah samada bencana banjir, kehilangan orang tersayang, kehilangan sedikit nikmat kesihatan dan apa sahaja kesusahan atau kepayahan didunia ini, semoga Allah menjadikan ianya pembersih dan menggantikannya dengan sesuatu yang maha jauh yang lebih baik. Saranan beliau kepada semua ahli agar bersama mengajak masyarakat untuk prihatin dan ambil kisah. Sebagai permulaan eloklah dimulakan dengan anjurkanlah solat hajat di masjid-masjid seluruh negara. Beliau juga mengingatkan akan agar tidak dilupakan lupakan bencana gempa dan gunung berapi yang sedang melanda negara jiran kita Indonesia, khususnya di kepulauan Mentawai, Sumatera dan Solo, Magelang dan Jogjakarta. Semalam Gunung Merapi meletus lagi dan ramai lagi yang terkorban. Usaha-usaha bantuan juga perlu diatur bersama dengan jaringan kita di Indonesia seperti dengan PKS dan NGO di sana.  Beliau juga memaklumkan bahawa Pengerusi JK Khidmat Masyarakat IKRAM, Prof Madya  Dr Harlina telah pun memulakan gerakerja dengan kerjasama Dr Shamsuddin AJKP JIM dan penggerak DERU akan menyelaraskan aktiviti di peringkat Pusat.  Tidak dilupakan beliau mengucapkan jazakallah dan tahniah ke atas semua penggerak yang berada di Perlis dan Kedah. Beliau juga mendoakan agar semua yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini diberi kebijaksanaan dan kekuatan dalam menghulurkan bantuan kerana amal yang mereka adalah amal yang muli dan tak minta dibalas.

No comments:

Post a Comment